Wednesday 29 April 2009

Risalah Tokoh - Kenali Ulama' Agung Mesir


Al-‘Arif billah asy- Shaikh Soleh Ja’afari, Beliiau adalah pengasas bagi Tariqah Ja’afariah dan beliau juga adalah Imam & Khatib di Masjid al–Azhar di Qaherah.


Al-‘Arif billah asy- Shaikh Muhammad Khalil Khatib ,Pengasas Tariqah Khatibiah As-Syaziliah Tanta ( 1909-1986M ).Seorang wali mastur dan menolak segala kemashyuran ,bermazhab Hanafi dan pernah ditawarkan untuk menjawat jawatan “Shaikhul Azhar” di zaman ‘Al Arifbillah As Shaikh Abdul Halim Mahmud sebanyak 2 kali.Wafat ketika berumur 77 tahun setelah menyelesaikan 77 buah kitab.Masyhur dengan gelaran “Syair Rasul ”

Al-‘Arif billah asy- Shaikh Muhammad Zaki Ibrahim Pengasas ‘Asyirah Muhammadiah di Qaherah, Mesir.

Al-‘Arif billah asy- Shaikh Muhammad Ibrahim Helmi Al-Qadir meninggal dalam keadaan sujud di malam lailatul qadar ketika menjadi imam pada sujud yang terakhir, keturunan Al-‘Arifbillah asy- Shaikh Abdul Qadir Jailani yang ke 17.Mahir di dalam bidang hadis
Al-Alim Al-‘Alamah Al-Hafiz Al-Imam Jalil Al-‘Arif billah asy- Shaikh Maulana Muhammad al-Hafiz b.Abdul Latif at Tijani al-Husaini.( 1315-1398 ).Merupakan Shaikh Ulama Hadis dan Shaikh Sufi dan Shaikh Tariqah Tijaniah di negeri Mesir.Wafat ketika berumur 83 tahun. “Setiap yang menghadiri majlis ilmunya tidak akan berganjak sehinggalah akan memenuhi di rung hatinya keimanan, kebenaran, ketenangan, kecintaan dan sentiasa loba di dalam membuat kebaikan ”

Al-Alim Al-‘Alamah Al-Hafiz Al-Imam Jalil Al-‘Arif billah asy- Shaikh Maulana Muhammad bin Abdul Rahim An-Nasyabiyah.Pengasas Tariqah An-Nasyabiyah As-Syazliah Tanta dan Shaikh Jamei al-Ahmadi Tanta..( 126.. –1338 @1849-1920 ) Beliau juga digelar sebagai “Abu Maarif ” kerana ke mashyurannya dan kearifannya didalam Mazhab Syafie.Belaiu merupakan Shaikh yang pertama mensyaratkan agar tidak mengambil sebarang ganjaran ……… dan banyak mewakafkan madrasah-madrasah .Sejak kecil kehidupan beliau sentiasa zuhud pada dunia dan maqabalah terhadap ilmu dan ibadah.Sering beriktikaf di masjid sehingga akhirnya beliau wafat ketika berumur 71 tahun.

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template