Tuesday 31 March 2009

Risalah Tauladan

0 comments


NELAYAN MUKMIN DAN NELAYAN KAFIR


Al-Kisah dizaman dahulu di suatu kampung, tingal dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

Moral Tauladan

Hidup didunia hanyalah sementara namun akhirat adalah tempat tinggal selama-lamanya.

Syurga tempat tinggal bagi orang mukmin manakala dunia adalah tempat bagi orang yang kafir.

Ujian yang diberikan diatas dunia ini bukan bermakna tuhan benci tetapi untuk menguji hamba-hambanya yang bertaqwa agar diberikan balasan yang setimpal kelak.

Jangan leka dan lalai dengan tanggung jawab yang diperintahkan.

Sentiasa bersyukur atas rezki yang diberikan, dan redha dalam menghadapi liku-liku hidup.

Hidup didunia banyak panca roba, mujahadah kerananya.

Jangan berptus asa, sesungguhnya allah benci pada hamba-hambanya yang berputus asa.

Keimana itu adalah lebih bernilai berbanding dunia dan segala isi-isinya.

[+/-] Selengkapnya...

Monday 30 March 2009

Risalah Tokoh - Imam Al-Ghazali

0 comments

Imam al-Ghazali

Riwayat Hidup


Imam Al-Ghazali adalah seorang tokoh yang tidak asing lagi kemashurannya bukan sahaja di timur arab bahkan diserata benua mahupun eropah.

Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).

Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.

Bapanya juga mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama yang muktabar, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus danjenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Peribadi
Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.

Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.

Imam Al-Ghazali sememangnya sangat mencintai ilmu pengetahuan.

Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencaridan menuntut ilmu pengetahuan.

Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.

[+/-] Selengkapnya...

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

0 comments

Assyahid imam hassan al-banna sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat di malaysia. Apatah lagi banyak pendapat beliau diikuti dan dipakai dalam kebangkitan islam khususnya. Imam Hasan Al-Banna adalah seorang cendiakawan dan pemangkin masyarakat di bumi mesir sewaktu ketika dahulu, malangnya beliau pergi meninggalkan kita terlalu awal hanya yang tinggal adalah ilmu dan wasiatnya yang perlu kita ikuti. Antara contoh wasiat imam hassan a-banna seperti berikut :

1.Apabila mendengar AZAN,maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah AL-QURAN, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4.Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.

5.Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.

8.Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9.BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

[+/-] Selengkapnya...

Sunday 29 March 2009

Risalah ilmiah

0 comments

1)Bolehkah puasa 6 hari di bulan syawal dan diniatkan bersamanye puasa qadha'.maksudnye,setelah berpuase 6 hari di bulan syawal, secare automatik,kite telah menqadakkan 6 hari puasa?

2)Bolehkah puasa Qadha digabungkan dengan puasa sunat hari isnin dan khamis ?

Jawapan: Persoalan pertama

TIDAK BOLEH menghimpunkan niat puasa sunat 6 Syawal dengan puasa Qadha.

Jawapam :persoalan kedua

BOLEH menghimpunkan puasa qadha dan puasa isnin dan khamis.

Perincian persoalan seperti berikut, para ulama berbeza pendapat dalam masaalah ini,ia dikenali sebagai al-Tasyrik atau Tasyrik al-Niah yakni menghimpunkan 2 niat atau lebih dalam 1 amalan.

Pandangan yang lebih terperinci daripada al-Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayisy al-‘Uthaibiy. Secara ringkasnya masaalah ini adalah seperti berikut:

1. Hendaklah kita dapat membezakan antara amalan-amalan yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihannya yang tersendiri dengan amalan mutlak (umum) yang tidak berdiri sendiri dan tidak memiliki kelebihan yang tersendiri. Sebagai Contoh:

i. Perbezaan antara solat Tahiyyatul Masjid dengan solat sunat Dhuha. Dimana jika kita perhatikan, kita akan dapati solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihan yang tersendiri.

ii. Sebaliknya solat Tahiyyatul Masjid adalah solat sunat yang tidak berdiri sendiri dan tidak memiliki kelebihan yang tersendiri. Dimana solat sunat Tahiyyatul Masjid itu disyaritkan kepada sesiapa yang memasuki masjid, agar dia tidak terus duduk melainkan setelah dia menunaikan sembahyang terlebih dahulu. Maka jika seseorang masuk kemudian dia mendapati para jamaah telah mendirikan solat fardhu, lalu dia terus mengikuti jamaah, maka dia secara tidak langsung telah TIDAK melanggar arahan Nabi agar tidak terus duduk apabila memasuki masjid. Demikian halnya jika dia memasuki masjid selepas dikumandangkan azan Zohor contohnya, lalu dia masuk dan menunaikan solat sunat qabliah Zohor, maka dia telah mendapat pahala solat sunat qabliah dan pahala mematuhi saranan Nabi agar tidak memasuki masjid dan terus duduk melainkan didahulukan dengan mendirikan solat. Oleh dalam situasi ini, orang itu tidak ada lagi padanya sunat Tahiyyatul Masjid. Berbeza jika dia lakukan sebaliknya, andaikan dia menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid selepas dikumandangkan azan, setelah selesai, muazzin terus mengumandangkan iqamah, maka dia tidak dikira telah menunaikan solat sunat qabliah dengan mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid tadi, kerana sunat sunat Qabliah Zohor adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Perbezaan diantara solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan solat sunat Dhuha ini hendaklah diperhatikan sebaik mungkin. Memahami perbezaan ini memudahkan kita merungkaikan persoalan ini.

2. Utk lebih mudah difahami persoalan ini, saya datangkan lagi contoh amalan lain yang menyerupai kedudukan solat sunat Tahiyyatul Masjid ini.

- Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Dimana puasa pada hari Isnin dan Khamis ini tidak ada pahala khusus atas puasa tersebut, berbeza dengan puasa pada hari ‘Arafah dan ‘Asyura sebagai contoh. Akan tetapi sunatnya puasa pada hari Isnin dan Khamis adalah kerana pada dua hari tersebut semua amalan akan diangkat kepada Allah S.W.T. maka dengan itu Nabi S.A.W. suka amalannya diangkat kepada Allah dalam keadaan baginda sedang berpuasa.

Oleh itu, jika seseorang hendak berpuasa Qadha, Nazar, Kaffarah, atau puasa sunat 6 Syawal, digalakkan dia memilih hari Isnin dan Khamis agar dia beroleh pahala puasa yang dilakukannya dan beroleh juga kelebihan amalan diangkat kepada Allah, dalam keadaan dia berpuasa.
-
3. Berdasarkan penjelasan di atas, maka tidak tepat untuk menghimpunkan 2 niat atau lebih terhadap amalan yang setiap satu memiliki kelebihan yang tersendiri dan berdiri sendiri.

Maka TIDAK BOLEH menghimpunkan niat Qadha Ramadhan dengan Nazar, demikian juga TIDAK BOLEH menghimpunkan niat Qadha Ramadhan dengan niat sunat 6 Syawal. Nabi S.A.W. bersabda:

من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal, dia telah berpuasa setahun penuh, (kerana) sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan, dia memperoleh 10 kali ganda pahala amalan kebaikan yang dilakukannya.” (H.R. Ibn Majah).

Puasa 6 hari Syawal itu memperoleh pahala 6 hari x 10 (gandaan pahala) = 60, dicampur dengan puasa Ramadhan 30 hari x 10 (gandaan pahala) = 300. Maka 300 + 60, hasil tambahnya adalah 360, samalah kelebihannya seperti kita telah berpuasa setahun (Qamariah).

[+/-] Selengkapnya...

Risalah ilmiah

0 comments

Persoalan; Apabila seseorang mahu menghimpunkan dua perkara dalam satu niat seperti mandi sunat dan mandi hadas besar. adakah ianya boleh dilakukan?

Jawapan : Boleh ianya dilakukan dengan mengunakan kaedah Qawaid Fiqhiyyah seperti berikut.

اذا اجتمع امران من جنس واحد و لم يختلف مقصود هما دخل أحدهما في الأخر غالبا


Apabila berhimpun dua perkara dari satu jenis yang tidak berlainan maksudnnya maka biasanya termasuk salahsatu kepada yang lain.


Contoh;

Apabila menghimpunkan perkara wajib dan sunat (mandi Hadas dan Mandi sunat Jumaat)

Atau,

Apabila berhimpun hadas kecil dan junub,maka memadai menghilangkanya(hadas) dengan mandi junub sahaja,tanpa perlu lagi kepada wudhuk.

Qaedah ini sama dgn qaedah;yang lebih kecil termasuk ke dalam yang
lebih besar(الأصغر يندرج تحت الأكبر).

[+/-] Selengkapnya...

PERHUBUNGAN INTIM SEBELUM BERKAHWIN

0 comments

[Fatwa as-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin].

Apakah pandangan agama tentang perhubungan wanita dengan lelaki sebelum berkahwin?

Jawapan:

Soalan orang yang bertanya adalah mengenai mereka yang belum berkahwin. Jika seseorang wanita itu mempunyai niat hendak berkahwin, kemudian melakukan akad nikah dan dia belum melakukan persetubuhan dengan suaminya, maka perbuatan perhubungan dengan suaminya itu tidak mengapa. Dengan sebab adanya akad nikah, wanita itu sudah menjadi seorang isteri sekalipun belum berlakunya perlakuan persetubuhan.

Adapun keadaan seseorang yang belum berakad nikah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum bertunang lagi, perkara itu adalah diharamkan. Seseorang lelaki ajnabi tidak diharuskan untuk berseronok-seronok bersama seseorang wanita ajnabiah. Lelaki ajnabi dan wanita ajnabiah tidak boleh berbual-bual, tidak boleh saling pandang-memandang dan tidak boleh berdua-duaan. Sesungguhnya sudah pasti daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki sungguh tidak boleh bersunyi-sunyian dengan seorang wanita kecuali bersama dengan mahram. Seseorang wanita tidak boleh bermusafir melainkan bersama mahramnya."

Kesimpulannya, sekiranya keadaan perlakuan mereka ini selepas mereka melakukan akad nikah, maka tidak mengapa. Seseorang lelaki masih lagi diharamkan untuk berinteraksi secara bebas dengan wanita yang masih lagi ajnabiah baginya.

[+/-] Selengkapnya...

Saturday 28 March 2009

WASIAT IMAM SYAFI'E

0 comments

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah
1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata
2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir
8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain
10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya
12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi
15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut
19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong
20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah
Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas
21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya
25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu
26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang
27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan
28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau
29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya
31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali
32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas

[+/-] Selengkapnya...

Khasiat Kayu Kokka

1 comments

Kayu kokka adalah tidak asing lagi bagi masyarakat islam khususnya, bahkan pada masa ini pelbagai jenis produk telah dihasilkan daripada kayu tersebut, antaranya seperti tasbih, cincin, minyak dan yang terbaru adalah pati untuk diminum. Walaupun tiada dalil al-quran dan assunnah tentang menerangkan khasiat kayu kokka ini. Namun kajian saintifik menunjukkan kayu kokka ini adalah kayu yang paling bermutu tinngi.

khasiat kayu kokka sebagaimana disebut dalam buku "Mushaf * Tasbih * Tongkat - Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Wad daulah" susunan Pehin Mufti Negara Brunei Darussalam, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (mufti sekarang ini) yang diterbitkan pada tahun 2001 oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Pada halaman 235 - 236 dinyatakan:-

Terdapat tiga jenis kayu kuka asli, iaitu Kuka Nigeria, Kuka Iran dan Kuka Turki. Kayu Kuka dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antara lain khasiat tasbih kayu kuka ini adalah seperti berikut:-


1. Air yang telah direndam dengan tasbih kayu kuka boleh dibuat sebagai penawar atau ubat untuk:- (1.1) Sakit gigi - airnya diminum dan dikumur dalam mulut. (1.2) Sakit kerongkong, seperti tonsil, guam dan ruam - airnya diminum dan dititikkan dalam mulut. Insya-Allah. (1.3) Keracunan - airnya diminum. Insya-Allah. (1.4) Demam panas - airnya diminum. Insya-Allah.
2. Jika tasbih kayu kuka dipakai di badan dengan syarat ianya menyentuh kulit badan, ia boleh jadi penawar kepada: (2.1) Gigitan dan sengatan binatang berbisa seperti ular tedung - letakkan tasbih itu di tempat gigitan / sengatan. (2.2) Kemalangan - Dengan pertolongan Allah, jika seseorang itu membawa tasbih kayu kuka, Insya-Allah terselamat daripada nahas dan kecederaan. (2.3) Melecur air atau minyak panas - kulit tidak melecit dan rasa panas / sakitnya hanya sebentar. (2.4) Khianat orang terhadap pemakainya - tidak berjaya. (2.5) Menjadi pemanis - pemakainya akan disukai ramai.
3. Tasbih kayu kuka boleh dibuat penawar kepada: (3.1) Rasukan makhluk halus - jika kanak-kanak dirasuk hantu, gosokkan tasbih kayu kuka di dahinya. Insya-Allah. (3.2) Sakit kepala - gosokkan di bahagian kepala yang berkenaan. Insya-Allah. (3.3) Sakit otot dan urat - gosokkan di tempat yang sakit. Insya-Allah.

* Sekiranya tasbih kuka diletakkan berhampiran ular berbisa seperti tedung dan senduk, ular akan lemah kerana tulang belikatnya patah.


Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

[+/-] Selengkapnya...

Friday 27 March 2009

FADHILAT AL-QUR’AN

0 comments

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w dan ianya dijadikan sumber hukum dan panduan bagi umat nabi s.a.w .Berbeza dengan kitab-kitab yang lain seperti Taurah, Injil dan Zabur, Al-Quran adalah penghulu bagi semua kitab-kitab terdahulu dan ianya menghimpunkan semua intisari dan menasakhkan segala hukum yang ada sebelumnya kepada ajaran yang dibawa oleh nabi s.a.w. Al-Quran juga mempunyai pelbagai fadhilat kepada pembacanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh :

Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”

(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)

Jadi dari hadith diatas dapatlah kita merenung sejenak ,beramalnya dan menyampaikan kepada saudara kita, agar kita menjadi insan yang sentiasa berusaha mencari keredhaan allah s.w.t.

sekian wassalam.

[+/-] Selengkapnya...

Fadhilat solat berjemaah

0 comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Solat berjemaah amatlah dititik beratkan dizaman rasulullah s.a.w, namun alangkah sedihnya umat diakhir zaman ini telah leka dan lalai tentang menunaikannya, ynag lebih buruk lagi ada sesetengah individu gagal menunaikan kewajipan solat lima waktu. Dan ketahuilah solat berjemah adalah lebih afdhal dan semputna jika dibandingkan dengan solat bersendirian. jadi marilah kita bersama-sama merenung sejenak tentang hadith rasulullah s.a.w tentang fadhilat solat fardhu berjemaah :

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”

(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

[+/-] Selengkapnya...

Sifat orang-orang munafik dan hukum tentangnya

0 comments

Hadis riwayat Zaid bin Arqam ra., ia berkata:
Kami pernah keluar bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana orang-orang banyak yang tertimpa musibah.
Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada para pengikutnya: Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah saw. dari sekitarnya Zuhair berkata:
Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, orang yang benar-benar kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Kata Zaid bin Arqam selanjutnya: Lalu aku datang melaporkan kepada Nabi saw. tentang ucapan Abdullah bin Ubay itu. Rasulullah saw. memanggil Abdullah bin Ubay untuk menanyakan hal itu.
Tetapi, Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Dia berkata: Zaid berbohong kepada Rasulullah saw. Aku merasa sangat susah mendengar perkataan itu, sampai Allah menurunkan ayat yang menyatakan kebenaranku: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu. Kemudian Nabi saw. memanggil mereka (Abdullah bin Ubay dan para pengikutnya) untuk dimintakan ampun, tetapi mereka membuang muka (menolak dan berpaling), Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang bertubuh sihat

Hadith riwayat sahih muslim

[+/-] Selengkapnya...

Thursday 26 March 2009

Tazkirah aL-Risalah

0 comments

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin)di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

[+/-] Selengkapnya...

KEUTAMAAN BISMILLAH

0 comments

Maksud hadits Nabi s.a.w

Bahawa ada suatu kaum yang datang pada hari kiamat sambil mengucap Bismillahirrohmanrirahim.Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka.Lalu berkata umat2 yg lain."Alangkah beratnya timbangan amalan kebajikan mereka.".

Sesungguhnya menjadi sedemikian itu kerana mereka memulai segala pembicaraan mereka dengan Bismillah .....Kerana bismillah ......itu namanya Zat Allah Yang Maha Agung.

Kalau sekiranya diletakkan langit dan bumi di dalam neraca timbangan serta isinya dan apa yang ada dalam timbangan itu nescaya beratlah lagi timbangan khalimah Bismillahirrahmannirrahim.

Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi umat ini Bismillah itu keamanan dari tiap bencana dari intaian setan terkutuk.Dijadikan obat dari segala macam penyakit,dari kehinaan,kebakaran,keburukan dengan berkat Bismillah (til end)

Hadith dari Anas bin Malik dari nabi s.a.w yang bermaksud : Andai kata pohon2 dijadikan pena,semua lautan dijadikan tinta lalu berkumpullah semua jin,manusia dan malaikat membuat buku ,terus mereka menulis arti Bismillah sejuta tahun,mereka tidak akan sanggup,mengertikan walau pun hanya satu persepuluhnya.

[+/-] Selengkapnya...

Apa itu Mani, WAdi dan Madzi

0 comments

“Allah tidaklah malu dalam menjelaskan hal yang benar” (Al Ahzab : 53)

Mani adalah cairan berwarna putih yang keluar memancar dari kemaluan, biasanya keluarnya cairan ini diiringi dengan rasa nikmat dan dibarengi dengan syahwat. Mani dapat keluar dalam keadaan sadar (seperti karena berhubungan suami-istri) ataupun dalam keadaan tidur/mimpi basah. Keluarnya mani menyebabkan seseorang harus mandi junub. Hukum air mani adalah suci dan tidak najis ( berdasarkan pendapat yang terkuat). Apabila pakaian seseorang terkena air mani, maka disunnahkan untuk mencuci pakaian tersebut jika air maninya masih dalam keadaan basah. Adapun apabila air mani telah mengering, maka cukup dengan mengeriknya saja. Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah, dimana beliau berkata “Saya pernah mengerik mani yang sudah kering yang menempel pada pakaian Rasulullah dengan kuku saya” (HR. Muslim).

Wadi adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing. Keluarnya air wadi dapat membatalkan wudhu. Wadi termasuk hal yang najis. Cara membersihkan wadi adalah dengan mencuci kemaluan, kemudian berwudhu jika hendak sholat. Apabila wadi terkena badan, maka cara membersihkannya adalah dengan dicuci.

Madzi adalah air yang keluar dari kemaluan, air ini bening dan lengket. Keluarnya air ini disebabkan syahwat yang muncul ketika seseorang memikirkan atau membayangkan jima’ atau ketika pasangan suami istri bercumbu rayu (biasa diistilahkan dengan foreplay/pemanasan). Air madzi keluar dengan tidak memancar. Keluarnya air ini tidak menyebabkan seseorang menjadi lemas (tidak seperti keluarnya air mani, yang pada umumnya menyebabkan tubuh lemas) dan terkadang air ini keluar tanpa disadari (tidak terasa). Air madzi dapat terjadi pada laki-laki dan wanita, meskipun pada umumnya lebih banyak terjadi pada wanita. Sebagaimana air wadi, hukum air madzi adalah najis. Apabila air madzi terkena pada tubuh, maka wajib mencuci tubuh yang terkena air madzi, adapun apabila air ini terkena pada pakaian, maka cukup dengan memercikkan air ke bagian pakaian yang terkena air madzi tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah terhadap seseorang yang pakaiannya terkena madzi, “cukup bagimu dengan mengambil segenggam air, kemudian engkau percikkan bagian pakaian yang terkena air madzi tersebut” (HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad hasan). Keluarnya air madzi membatalkan wudhu. Apabila air madzi keluar dari kemaluan seseorang, maka ia wajib mencuci kemaluannya dan berwudhu apabila hendak sholat. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah, “Cucilah kemaluannya, kemudian berwudhulah” (HR Bukhari Muslim).

Demikian yang dapat saya sampaiakan atas pertanyaan yang saya terima. Semoga dapat bermanfaat bagi kita semua.

[+/-] Selengkapnya...

makmum masbuk

0 comments

SOALAN: SAYA solat berjemaah tetapi tidak sempat menamatkan Fatihah kerana imam membacanya telalu cepat. Adakah saya dikira sebagai makmum masbuk, kerana saya tidak dapat waktu bersama imam untuk membaca dan menghabiskan Fatihah. Malah pada rakaat berikutnya, saya masih juga tidak dapat mengejar solat imam kerana apabila saya bangkit dari sujud, imam sudah mula turun rukuk kembali. Adakah saya masih dikira sebagai masbuk juga?

JAWAPAN: Anda dikira sebagai makmum masbuk bila anda tidak ada masa dan ruang (kadar biasa) untuk membaca Fatihah atau menghabiskannya. Apabila anda dikira sebagai masbuk, maka anda tidak perlu membaca Fatihah atau menghabiskannya lagi, melainkan setakat yang termampu sahaja, dan terus mendapatkan imamnya bersama dalam rukuk tersebut (dengan sempurna dan dapat tamakninah bersama imamnya) sedangkan bakinya, imamlah yang menanggung sebagai gantinya. Sebab itulah mereka yang akan dipilih sebagai imam perlu daripada kalangan mereka yang benar-benar fasih dan faham aturan solatnya serta dapat melaksanakan solatnya dengan sempurna dan sah.

Ini untuk melayakkannya sebagai imam yang dapat menanggung kekurangan makmum di belakangnya. Tetapi masa atau ruang yang ada sebelum itu jangan pula digunakan untuk melakukan bacaan sunat yang lain kecuali Fatihah sahaja. Ini kerana kalau ruang tersebut digunakan untuk bacaan sunat yang lain, maka wajiblah digantikan masa tersebut dengan membaca Fatihahnya selama mana masa yang digunakan itu, kerana kesilapannya menyalahgunakan masa dan ruang tersebut untuk tujuan yang lain. Dan bila anda dikira sebagai masbuk, maka anda dibenarkan (dimaafkan) ketinggalan di belakang imam sebanyak tiga rukun yang panjang - panjang iaitu sampai imam bangkit dari sujud yang kedua, kerana iktidal dan tasyahud awal, dikira rukun yang pendek.

Anda juga dikira sebagai masbuk sekalipun dalam rakaat yang seterusnya. Ini kalau keadaan masih sama dengan rakaat yang pertama tadi, iaitu masih tidak ada masa dan ruang untuk membaca Fatihah atau menghabiskan bacaan Fatihahnya. Kerana mereka yang ada masa dan ruang untuk menyempurnakan bacaan Fatihahnya dalam kiam imannya dia dikira bukan masbuk lagi, malah dikira makmum yang muafiq dan hukumnya adalah lain pula. Lantaran mereka perlu menghabiskan bacaan Fatihah masing-masing kerana bacaan Fatihahnya perlu disempurnakan sendiri, manakala imamnya tidak dapat menanggung bacaannya. Nabi bersabda yang bermaksud: Tidak ada solat (yang diterima lagi sah atau sempurna) tanpa ada bacaan Fatihah (dalam setiap rakaatnya) (riwayat Bukhari). Wallahualam

[+/-] Selengkapnya...

Takbirnya ma`mum yang masbuk (terlambat)

0 comments

Syaikh Ali Hasan ditanya:
Apa yang dimaksud dengan ucapan Syaikh Masyhur Hasan Salman tentang orang yang masbuk (tertinggal dalam shalat) ketika mendapati imam sedang ruku': Maka tidak ada alasan bagi apa yang dilakukan oleh sebagian orang yang shalat berupa meletakan tangan kanan di atas tangan kirinya, selesai takbiratul ikhram sebelum ruku' karena meletakan tangan dilakukan hanya ketika membaca (qira'ah), sedangkan ketika itu tidak ada membaca?
Syaikh Ali Hasan ditanya:
Apa yang dimaksud dengan ucapan Syaikh Masyhur Hasan Salman tentang orang yang masbuk (tertinggal dalam shalat) ketika mendapati imam sedang ruku': Maka tidak ada alasan bagi apa yang dilakukan oleh sebagian orang yang shalat berupa meletakan tangan kanan di atas tangan kirinya, selesai takbiratul ikhram sebelum ruku' karena meletakan tangan dilakukan hanya ketika membaca (qira'ah), sedangkan ketika itu tidak ada membaca?

Jawaban:
Perkataan ini baik sekali. Kebanyakan orang masuk masjid ternyata mereka mendapati imam sedang ruku', karena mereka tahu bahwa mereka harus melakukan dua takbir, yaitu takbiratul ihram dan takbiratul intiqal (ketika berpindah posisi), maka apa yang harus mereka kerjakan? Maka mereka mengucapkan: Allahu Akbar (meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri) dan Allahu Akbar untuk ruku'. Maka benar pada takbir pertama dan kedua, tetapi tidak benar dalam meletakkan tangan, dikarenakan meletakkan tangan ini tidak lain hanyalah pada waktu membaca surat dalam shalat. Sedangkan ketika itu tidak ada membaca, karena ia sedang ruku'. Maka ketika mengucapkan: Allahu Akbar, Allahu Akbar, takbir pertama yaitu takbiratul ihram, kemudian diikuti takbir kedua, yaitu takbir intiqal (perpindahan posisi) untuk ruku'. Dan adapun meletakkan tangan dan menggenggamnya maka tidak ada tampat baginya.

[+/-] Selengkapnya...

Adab tilawah agar ianya memberi kesan

0 comments

Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya. Berikut ini beberapa adab yang bisa Anda lakukan.
1. Pilihlah waktu yang terkategori waktu Allah ber-tajalli kepada hamba-hamba-Nya. Di saat itu rahmat-Nya memancar. Bacalah Al-Quran di waktu sepertiga terakhir malam (waktu sahur), di malam hari, di waktu fajar, di waktu pagi, dan di waktu senggang di siang hari.
2. Pilih tempat yang sesuai. Misalnya, di masjid atau sebuah ruangan di rumah yang dikosongkan dari gangguan dan kegaduhan. Meski begitu, membaca Al-Qur’an saat duduk dengan orang banyak, di kendaraan, atau di pasar, dibolehkan. Hanya saja kondisi seperti itu kurang maksimum untuk memberi bekas di hati Anda.
3. Pilih cara duduk yang sesuai. Sebab, Anda sedang menerima pesan Allah swt. Jadi, harus tampak ruh ibadahnya. Harus terlihat ketundukan dan kepasrahan di hadapan-Nya. Arahkan wajah Anda ke kiblat. Duduk terbaik seperti saat tasyahud dalam shalat. Jika capek, silakan Anda mengubah posisi duduk. Tapi, dengan posisi yang menunjukkan penghormatan kepada Kalam Allah.
4. Baca Al-Qur’an dalam keadaan diri Anda suci secara fisik. Harus suci dari jinabah. Bila Anda wanita, harus suci dari haid dan nifas. Berwudhulah. Tapi, Anda boleh membaca atau menghafal Al-Qur’an tanpa wudhu. Sebab, tidak ada nash yang mensyaratkan berwudhu sebagai syarat sah membaca Al-Qur’an. Bahkan, para ulama menfatwakan boleh membaca Al-Qur’an bagi wanita yang belajar dan mengajarkan Al-Qur’an saat ia sedang haid atau nifas dengan alasan darurat.
5. Sucikan semua indera Anda -lidah, mata, telinga, hati– yang berhubungan dengan tilawah Al-Qur’an dari perbuatan maksiat. Sesungguhnya Al-Qur’an itu seperti hujan. Batu tidak akan menyerap air hujan. Air hujan hanya berinteraksi dengan lahan yang siap menyerap segala keberkahan. Jadi, jangan Anda bungkus lidah, mata, telinga, dan hati dengan lapisan masiat, dosa, dan kemunkaran yang kedap dari limpahan rahmat membaca Al-Qur’an.
6. Hadirkan niat yang ikhlas hanya kepada Allah swt. Dengan begitu tilawah yang Anda lakukan akan mendapat pahala. Ketahuilah, amal dinilai berdasarkan niat. Sedangkan ilmu, pemahaman, dan tadabbur adalah nikmat dan rahmat yang murni dari Allah. Dan rahmat Allah tidak diberikan kepada orang yang hatinya bercampur aduk dengan niat-niat yang lain.
7. Berharaplah akan naungan dan lindungan Allah swt. seperti orang yang kapalnya sedang tenggelam dan mencari keselamatan. Dengan perasaan itu Anda akan terbebas dari rasa memiliki daya dan upaya, ilmu, akal, pemahaman, kecerdasan, serta keyakinan secara pasti. Sebab, kesemuanya itu tidak akan berarti tanpa Allah swt. menganugerahkan tadabbur, pemahaman, pengaruh, dan komitmen untuk beramal kepada diri Anda.
8. Bacalah isti’adzah dan basmalah. “Apabila kamu membaca Al-Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.” (An-Nahl: 98). Basmalah dibaca saat awal membaca surat di awal, kecuali surat At-Taubah. Membaca basmalah juga dianjurkan saat Anda membaca Al-Qur’an di tengah surat dan ketika Anda memutus bacaan karena ada keperluan kemudian meneruskan bacaan Anda. Membaca basamalah adalah tabarruk (mencari berkah) dan tayammun (mencari rahmat) dengan menyebut nama Allah swt.
9. Kosongkan jiwa Anda dari hal-hal yang menyita perhatian, kebutuhan, dan tuntutan yang harus dipenuhi sebelum membaca Al-Qur’an. Jika tidak, semua itu akan terbayang saat Anda membaca Al-Qur’an. Pintu tadabbur pun tertutup. Jadi, selesaikan dulu urusan Anda jika sedang lapar, haus, pusing, gelisah, kedinginan, atau ingin ke toilet. Setelah itu, baru baca Al-Qur’an dengan haqul tilawah.
10. Saat membaca, batasi pikiran Anda hanya kepada Al-Qur’an saja. Pusatkan pikiran, buka jendela pengetahuan, dan tadabburi ayat-ayat dengan sepenuh jiwa, perasaan, cita rasa, imajinasi, pemikiran, dan bisikan hati. Dengan begitu, Anda akan merasakan limpahan rahmat dan lezatnya membaca Al-Qur’an.
11. Hadirkan kekhusyu’an. Menangislah saat membaca ayat-ayat tentang azab. Hadirkan azab itu begitu nyata dalam penglihatan Anda dengan menyadari dosa-dosa dan maksiat yang masih lekat dengan diri Anda. Jika Anda tidak mampu berbuat seperti itu, tangisilah diri Anda yang tidak mampu tersentuh dengan ayat-ayat yang menggambarkan kedahsyatan azab neraka.
12. Rasakan keagungan Allah swt. Yang Mahabesar yang dengan kemurahannya memancarkan nikmat dan anugerah-Nya kepada Anda. Pengagungan ini akan menumbuhkan rasa takzim Andfa kepada Allah dan Kalam-Nya. Dengan begitu interasi, tadabbur, dan tarbiyah Anda dengan Al-Qur’an akan memberi bekas, makna, hakikat, pelajaran, dan petunjuk yang sangat luar biasa manfaatnya.
13. Perhatikan ayat-ayat untuk ditadabburi. Pahami maknanya. Resapi hakikat-hakikat yang terkandung di dalamnya. Kaitkan juga dengan berbagai ilmu, pengetahuan, dan pelajaran yang bisa menambah pengayaan Anda tentang ayat-ayat tersebut. Inilah tujuan tilawah. Tilawah tanpa tadabbur, tidak akan melahirkan pemahaman dan memberi bekal apa pun pada Anda. Al-Qur’an hanya sampai di tenggorokan Anda. Tidak sampai ke hati Anda.
14. Hanyutkan perasaan dan emosi Anda sesuai dengan ayat-ayat yang Anda baca. Bergembiralah saat membaca kabar gembira. Takutlah saat membaca ayat peringatan dan tentang siksaan. Buka hati saat membaca ayat tentang perintah beramal. Koreksi diri saat bertemu tilawah Anda membaca sifar-sifat orang munafik. Resapi ayat-ayat yang berisi doa. Dengan begitu hati Anda hidup dan bergetar sesuai dengan sentuhan setiap ayat. Inilah ciri orang beriman yang sejati dengan imannya (Al-Anfal: 2).
15. Rasakan bahwa diri Anda sedang diajak berbicara Allah swt. lewat ayat-ayat-Nya. Berhentilah sejenak saat bertemu dengan ayat yang didahului dengan kalimat “Wahai orang-orang yang beriman…, hai manusia….” Rasakan setiap panggilan itu hanya untuk Anda. Dengan begitu lanjutan ayat yang berisi perintah, larangan, teguran, peringatan, atau arahan akan dapat Anda respon dengan baik. Kami dengar dan kami taat. Bukan kami dengarin lalu kami cuekin.

[+/-] Selengkapnya...

Tidur ikut Sunnah Rasulullah SAW..

0 comments

"Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.”
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”. Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya :
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh . 6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday 25 March 2009

Fundamentalis dan Ekstremis

0 comments

Pendahuluan :

Fundamentalisme ialah suatu gerakan Kristian bermazhab Protestant yang bertujuan menentang arus fahaman evolusi yang dibawa oleh Darwin dan rakan-rakannya yang mengingkari kebenaran agama dan kewujudan Allah swt.

Ekstremisme ialah mengambil suatu langkah secara melulu, terburu-buru dan melampaui batas serta mendadak yang mana semuanya adalah terang-terangan bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Ia juga membawa maksud pembawaan mereka yang membuat sesuatu kerana mengejar nama atau supaya kepentingan dirinya tidak terluput dengan sebab ditakuti ketibaan ajalnya dengan mengejut atau terjadi sesuatu perkara yang di luar dugaan.

6 Petanda Bagi Sifat Melampau (Ekstremisme) Dalam Agama

1. Taasub (Keras Kepala) Kepada Pendapat Sendiri

Kedegilan seseorang atau taasubnya seolah-olah dia sahajalah yang hidup manakala orang lain dianggapnya sebagai tiada, yg beerti ia adalah berfikiran beku (jumud) dan sikap bekunya ini tidak membukakan matanya untuk melihat kepentingan-kepentingan majmuk atau sasaran agama atau keadaan-keadaan semasa di samping tidak memberi peluang langsung untuk orang lain mengemukakan pendapat dalam dialog yang dapat menimbangkan pendapat-pendapat dari kedua belah pihak untuk menyaring satu-satu pendapat yang nyata kuat hujah dan buktinya.

2.Berpegang kemas dengan yang sukar dan yang berat

Berpegang kuat dengan yang sukar dan berat tidak mahu berganjak sedikitpun padahal terang-terangan terdapat faktor-faktor yang mewajibkan kelonggaran, sambil memaksa orang lain pula mengikuti jejaknya sedangkan Allah swt sendiri tidak mewajibkan ke atas mengambil pakai qaul yang keras dan berat dalam satu-satu masalah agama didorong perasaan warak dan langkat ihtiat (langkah bercermat).


Sabda Rasulullah saw :
يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا
: Mudahkanlah dan jangan kamu memayahkan, gembirakanlah dan jangan kamu meliarkan.
Namun begitu boleh juga diterima sikap seseorang yang memberatkan dirinya sendiri dalam soal-soal agama dengan hanya mengamalkan azaim yakni fadhu pada asalnya tanpa mengamalkan kelonggaran-kelonggaran yang dibenarkan (rukhsah) asalkan tidak memaksa orang ramai mengikutinya, tanpa menghiraukan bahawa tindakannya itu mendatangkan kesukaran kepada mereka dalam soal-soal agama dan duniawi mereka. Sedangkan sifat yang menjadi amalan baginda Saw menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang tidak baik dan meringankan beban-beban dan merungkai belenggu yang dahulunya mengikat mereka.

3.Bertindak Keras Bukan Pada Tempatnya

Berkeras kepala bukan pada tempatnya dan tidak kena pada masanya seperti bukan dalam negeri yang dianggap sebagai negeri Islam atau wilayah di mana Islam mempunyai sepenuhnya kedaulatan atau dilakukan terhadap sesuatu golongan yang baharu sahaja memeluk Islam atau baharu bertaubat. Seharusnya berlembut dan longgar dalam keadaan furu’ . Apa yang mesti dipentingkan ialah perkara-perkara prinsip.

4.Kekerasan Dan Kekasaran

Melahirkan kekerasan dalam berkira-bicara, menggunakan cara-cara yang kasar dalam berdakwah bertentangan petunjuk Allah dan tunjuk ajar Baginda SAW. Kekasaran dan kekerasan dibenarkan dalam 2 tempat:
a)ketika ditengah-tengah pertempuran perang dan menentang musuh kerena menjadi suatu hukum militari yang berjaya bertindak keras dengan musuh sehingga masa tamat perang dan kedamaian wujud. Firman Allah:
قاتلوا الذين يلونكم من الكفار وليجدوا فيكم غلظة
maksudnya: perangilah mereka yang sekitar kamu dari orang-orang kafir dan hendaklah mereka rasa kekasaran dari tindakan kamu.


b)Dalam melaksanakan hukum had yang ditetapkan oleh syarak ke atas mereka yang terbukti kesalahannya kerana tidak ada tempat bagi perasaan belas kasihan dalam menjalankan hukum-hukum Allah di bumi. Firman Allah:

ولا تأخذكم بهما رأفة فى دين الله ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر
maksudnya: dan janganlah kamu merasa belas kasihan pada agama Allah kalau sebenar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.

5.Jahat Sangka Terhadap Manusia

Antara ciri-ciri lain ekstremis ialah bejahat sangka kepada orang lain
dan memandang kepada mereka dengan kaca mata hitam. Kebaikan-kebaikan mereka dipendapkan dan keburukan-keburukan mereka diperbesarkan. Firman Allah:
يأيهالذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم
maksudnya: Wahai orang-orang beriman jauhilah kamu daripada banyak sangkaan sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

Seseorang Islam yang sebenar tidak sekali-kali terpedaya dengan amalannya. Dia amat bimbang amalan-amalannya rosak dan hampa dengan sebab tutur katanya dan amalan buruknya yang menghapuskan pahala amal solehnya. Firman Allah:
والذين يؤتون ما أتاو وقلوبهم وجلة أنهم الى ربهم راجعون
maksudnya: dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.


6.Jatuhnya ke dalam Gaung Kafir –Mengkafir

Sifat ekstremis akan sampai kepada had penghabisannya apabila dia berani tuduh orang lain kafir yang beerti darah dan harta bendanya halal dicerobohi dan tidak memndang bahawa baginya pembelaan dan kehormatan yang dibenarkan dalam Islam. Hal yang demikian merupakan kemuncak bagi sifat melampau atau ekstrimis atau fanatik iaitu telah memisahkan satu golongan orang-orang Islam dari saudara-saudara mereka muslim yang lain.

Hal ini perndah berlaku kepada golongan Khawarij dalam sejarah islam dahulu. Mereka kuat beribadah, berpuasa, solat malam dan membaca al-Quran tetapi mereka telah ditimpa kerosakan pemikiran sedangkan pusat batin mereka terserlah dengan cahaya.






Yusof Al-Qaradhawi


Rujukan: Ekstrisme Agama
Yayasan Islam Terengganu

[+/-] Selengkapnya...

Wanita Islam sebenar

0 comments

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Blog ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Ciptaan

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan

Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.

Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).

Zina

Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada mendekatinya jua. Firman-Nya, "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32). Lupakanlah sahaja keinginan untuk melakukan zina!

Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi, seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya (21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang terbaik pada zaman itu.

Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga kemaluan mereka. Firman-Nya, "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.

Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang (24:2). Sekirannya bilangan seratus ini dikatakan hudud (had-had) Allah, maka pada hemat saya, bilangannya adalah had maksimum. Pelaksanaannya pula, menurut ayat itu lagi, hanya disaksikan oleh segolongan orang mukmin, bukan disaksikan oleh orang ramai seperti terdapat pada amalan sesetengah masyarakat Islam di dunia.

Penuduh ke atas perempuan yang berkahwin dan tidak mendatangkan empat saksi, dikenakan lapan puluh sebatan pula, dan kesaksiannya tidak lagi diterima selama-lamanya. Cakapnya tidak dipercayai lagi. (24:4)

Hukuman ke atas penzina adalah tidak seberat hukuman yang dikenakan ke atas pencuri. Pencuri lelaki dan pencuri perempuan dihukum dengan memotong tangan-tangan mereka (5:38). Itu pun juga, pada hemat saya, adalah had maksimumnya.

[+/-] Selengkapnya...

Hukum Pemakaian Alchohol

0 comments

Ia merupakan salah satu daripada masalah baru yang begitu hangat dibincangkan. Mungkin agak sukar kita menemui perkara ini di dalam kitab-kitab fikah klasik.

Berhadapan dengan masalah baru begini, para ulamak semasa hendaklah berijtihad untuk menentukan hukumnya. Begitu juga dengan masalah yang memang biasa berlaku dahulu, telah dikeluarkan hukumnya, dan telah juga diamalkan oleh umat Islam. Namun, oleh kerana pengetahuan manusia tentang sains dari masa ke semasa berkembang, maka ia bisa berubah seiring dengan perkembangan ilmu manusia. Dahulu satu-satu masalah itu, boleh jadi hukumnya haram kerana pengetahuan manusia ketika itu tidak dapat menyingkap hakikatnya. Namun sekarang ini oleh kerana ilmu mereka bertambah tentang sesuatu, dan dapat menyingkap hakikatnya, maka ia bertukar menjadi halal.

Seperti masalah alkohol di dalam perfume, boleh jadi ulamak dahulu menghukumkannya sebagai haram kerana pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi, prosesnya bagaimana, apakah ia sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar.. Dan seterusnya. Kita yakin, seandainya ulamak dahulu tahu sebagaimana yang orang sekarang tahu, sudah tentu mereka juga akan berfatwa seperti ulamak-ulamak hari ini fatwakan.

Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada perfume adalah najis, sebagaimana najisnya khamar/arak. Manakala ulamak-ulamak sekarang mengatakan sebagai suci tidak najis. Masing-masing berijtihad berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.

Bagaimana.. Dahulu kata najis. Sekarang ini boleh jadi suci pula?
Bagaimana hukum itu boleh berubah? Itulah dia yang dinamakan fikah. Ia berkembang, tidak statis. Ia menunjukkan keluasan feqh islami. Ia adalah bukti keadilan hukum Allah. Betapa, hukum Islam ini sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Feqh Islami sejak dahulu lagi sememangnya telah siap sedia berhadapan dengan sains modern hari ini. Malah sains yang bakal
mendatang.

Umar r.a. menegaskan: "Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan lingkungan/persekitaran dan daerah."

Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh kerana kepentingan mutlak yang menjadi dasar dari segala hukum, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka hukum mestilah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan masyarakat, Benarlah Ibnu al-Qaiyim ketika dia mengatakan bahawa fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa mujtahid yang berijtihad, jika betul, dia akan memperoleh dua pahala. Jika salah, dia akan memperoleh satu pahala (HR Bukhari & Muslim). Konsep ijtihad inilah yang dapat mencairkan kebekuan/kejumudan, sehingga ia boleh mengalir ke mana-mana sudut tanpa halangan.

Feqh Islam tidak hanya bergayut-gayut di teks-teks syarak yang tidak banyak jumlahnya. Bayangkan, ayat-ayat al-Quran cuma berapa ayat sahaja.. Cuba bandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia. Hatta jika kita tambah dengan teks-teks hadis, ia tidak mungkin juga mampu menampung keperluan masalah manusia yang semakin hari semakin bertambah.

Agama-agama lain sudah lama tewas. Ideologi-ideologi modern pula, dapat kita saksikan di depan mata kita sendiri.. Satu demi satu tumbang. Yang tinggal.. Yang unggul. Yang tiada duanya, hanyalah syariat Islam.

Senjata ampuh syariat Islam ialah al-Quran dan al-Hadis. Sekalipun al-Quran dan al-Hadis tidak menyebut segala-gala secara terperinci, tetapi keumumannya yang sempurna melengkapi segenap apa sahaja. Mau apa.. Semuanya ada. Teks-teksnya yang ringkas tetapi mengandungi 1001 macam pengajaran dan ilmu.

Itulah tanda Islam ini agama kebenaran. Kesesatan agama-agama lain terbukti dengan kegagalannya menghadapi cabaran zaman. Mereka terpaksa merubah isikandungan syariat agama mereka sehingga ke peringkat dasarnya.

Jadi, dengan ini ternafilah sebahagian dari orang yang berfikir bahawa Islam hendaklah di pinggirkan di masjid. Tertolaklah sistem yang tidak membenarkan Islam itu masuk ke kerusi-kerusi pemerintahan, kaunter-kaunter bank, ruang-ruang mahkamah, jalur-jalur penghubung dengan dunia luar dsbnya.

Mereka yang berpendapat bahawa Islam adalah begitu, adalah manusia yang diberi akal tetapi tidak digunakan. Hatinya telah tertutup manakala jiwanya penuh dengan kegelapan. Lebih gelap dari malam yang tidak berbintang.

------------------------------
Ulamak-ulamak Islam tidak pernah berhenti bekerja untuk menggali hukum dari al-Quran dan al-Sunnah. Mereka tidak pernahnya jemu untuk terus berijtihad terhadap masalah yang tidak terdapat di dalam kedua sumber di atas, berdasarkan ketetapan yang telah digariskan oleh keduanya.

Berikut ini adalah sebahagian dari hasil kajian mereka terhadap hukum alkohol:
************************
FAWTA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.
-----------------------------

Kesimpulan
----------
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.

Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?

Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.

Alhamdulillah, inilh, inilah jawapannya:

[+/-] Selengkapnya...

Mecca

0 comments


Mecca, also spelled Makkah IPA: [ˈmækə], Arabic: مكةMakka (in full: Makka al-Mukarrama IPA: [(Arabic) mækːæ(t) ælmʊkarˑamæ]; Arabic: مكّة المكرمة‎, literally: Honored Mecca) is a city in Saudi Arabia. Home to the Masjid al-Haram, it is the holiest city in Islam and plays an important role in the faith. As of 2008 the annual Hajj pilgrimage attracts two to three million pilgrims to the city,[1][2] and presents both opportunities for the city's economy, and challenges for its infrastructure. Culturally, the city is modern, cosmopolitan and ethnically diverse.[3][4][5][6]

Islamic tradition attributes the beginning of Mecca to Ishmael's descendants. In the 7th century, the Islamic prophet Muhammad proclaimed Islam in the city, by then an important trading center, and the city played an important role in the early history of Islam. After 966, Mecca was led by local sharifs, until 1924, when it came under the rule of the Saudis.[7] In its modern period, Mecca has seen a great expansion in size and infrastructure.

The modern day city is located in and is the capital of Saudi Arabia's Makkah Province, in the historic Hejaz region. With a population of 1.7 million (2008), the city is located 73 km (45 mi) inland from Jeddah, in a narrow valley, and 277 m (910 ft) above sea level.


History

Early history

According to Islamic tradition, the history of Mecca goes back to Ibrahim (ابراهيم, Abraham) when he built the Kaaba with the help of his son Ismā'īl (اسماعيل, Ishmael), around 2000 BC. The inhabitants were stated to have fallen away from monotheism through the influence of the Amelkites.[16] Historians state that the Kaaba later became the repository of 360 idols and tribal gods of all of Arabia's nomadic tribes. Until the 7th century, Mecca's most important god would remain to be Hubal, having been placed there by the ruling Quraysh tribe.[17][18]

Ptolemy may have called the city "Macoraba", though this identification is controversial.[19] In the 5th century, the Quraysh took control of Mecca, and became skilled merchants and traders. In the 6th century they joined the lucrative spice trade as well, since battles in other parts of the world were causing trade routes to divert from the dangerous sea routes to the relatively more secure overland routes. The Byzantine Empire had previously controlled the Red Sea, but piracy had been on the increase. Another previous route, that from the Persian Gulf via the Tigris and Euphrates rivers, was also being threatened by exploitation from the Sassanid Empire, as well as being disrupted by the Lakhmids, the Ghassanids, and the Roman–Persian Wars. Mecca's prominence as a trading center surpassed the cities of Petra and Palmyra.[20][21]

By the middle of the 6th century, there were three major settlements in northern Arabia, all along the southwestern coast that borders the Red Sea, in a habitable region between the sea and the great desert to the east. This area, known as the Hejaz, featured three settlements grown around oases, where water was available. In the center of the Hejaz was Yathrib, later renamed as Medina. 250 mi (400 km) south of Yathrib was the mountain city Ta’if, northwest of which lay Mecca. Though the area around Mecca was completely barren, Mecca was the wealthiest and most important of the three settlements. Islamic histories state that it had abundant water via the Zamzam Well, which was the site of the holiest shrine in Arabia, the Kaaba, and was also at the crossroads of major caravan routes.[22]. Actually the well of Zamzam was barely sufficient to support the small community there, the Kaaba was but one of many such Arabian Polytheistic temple found in the peninsula, and the city was the terminus for a single caravan route which ran from Mecca to Syria.[23]

The harsh conditions of the Arabian peninsula usually meant a constant state of conflict between the tribes, but once a year they would declare a truce and converge upon Mecca in an annual pilgrimage. This journey was intended for religious reasons, to pay homage to the shrine, and to drink from the Well of Zamzam. However, it was also the time each year that disputes would be arbitrated, debts would be resolved, and trading would occur at Meccan fairs. These annual events gave the tribes a sense of common identity and made Mecca extremely important throughout the peninsula.[24]

Muhammad's great-grandfather had been the first to equip a camel caravan, and they became a regular part of the town's economy. Alliances were struck between the merchants in Mecca, and the local nomadic tribes, who would bring leather, livestock, and metals which were mined in the local mountains. Caravans would then be loaded up in Mecca, and would take the goods to the cities in Syria and Iraq.[25] Islamic tradition claims that goods from other continents also flowed through Mecca. From Africa and the Far East towards Syria supposedly flowed spices, leather, drugs, cloth, and slaves; and in return Mecca was to have received money, weapons, cereals, and wine, which were distributed throughout Arabia. The Meccans signed treaties with both the Byzantines and the Bedouins, and negotiated safe passage for caravans, which included such things as water and pasture rights. These further increased Mecca's political power as well as economic, and Mecca became the center of a loose confederation of client tribes, which included those of the Banu Tamim. Other forces such as the Abyssinian, Ghassan, and Lakhm were in decline, and Meccan influence was the primary binding force in Arabia in the late 6th century.

[+/-] Selengkapnya...

Al-Azhar University Misr

0 comments


Al-Azhar University (pronounced "az-HAR", Arabic: الأزهر الشريف‎; Al-ʾAzhar al-Šarīf, "the Noble Azhar") in Egypt, founded in 975, is the chief centre of Arabic Literature and Sunni Islamic learning in the world[1] and the world's oldest surviving degree granting university.[2] It is associated with Al-Azhar mosque in Islamic Cairo. The university's mission includes the propagation of Islamic religion and culture. To this end, its Islamic scholars (ulemas) render edicts (fatwas) on disputes submitted to them from all over the Sunni Islamic world regarding proper conduct for Muslim individuals or societies (a recent example being the clarification and thus prohibition of female genital cutting). Al-Azhar also trains Egyptian government appointed preachers in proselytization (da'wa).

Its library is considered second in importance in Egypt only to the Egyptian National Library and Archives.[citation needed] In May 2005, Al-Azhar in partnership with a Dubai information technology enterprise, ITEP launched the H.H. Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum Project to Preserve Al Azhar Scripts and Publish Them Online (the "Al-Azhar Online Project") with the mission of eventually providing online access to the library's entire rare manuscripts collection (comprising about seven million pages).[3][4]

History

The university was founded by the Fatimid dynasty of Egypt, descended from Fatinah, daughter of the Prophet Muhammad. Fatimah was called Az-Zahra (the brilliant), and the university was named in her honor.

Studies began at Al-Azhar in the month of Ramadan, 975 AD. The university (Jami'ah) had faculties in Islamic law and jurisprudence, Arabic grammar, Islamic astronomy, Islamic philosophy, and logic.[5][6]

In the 12th century, following the overthrow of the Shia Fatimid dynasty, King Saladin (the founder of the staunchly Sunni Ayyubid dynasty) converted Al-Azhar to a Shafi'ite Sunni center of learning.[1][7]

In 1961, Al-Azhar was reorganised by the Nasser government and several secular faculties were added to the university, such as medicine, engineering and agriculture. An Islamic women's faculty was also added in the same year, six years after Zaib-un-Nissa Hamidullah had been the first woman to speak at the university

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template