Friday, 27 March 2009

FADHILAT AL-QUR’AN


Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada rasulullah s.a.w dan ianya dijadikan sumber hukum dan panduan bagi umat nabi s.a.w .Berbeza dengan kitab-kitab yang lain seperti Taurah, Injil dan Zabur, Al-Quran adalah penghulu bagi semua kitab-kitab terdahulu dan ianya menghimpunkan semua intisari dan menasakhkan segala hukum yang ada sebelumnya kepada ajaran yang dibawa oleh nabi s.a.w. Al-Quran juga mempunyai pelbagai fadhilat kepada pembacanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh :

Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”

(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.)

Jadi dari hadith diatas dapatlah kita merenung sejenak ,beramalnya dan menyampaikan kepada saudara kita, agar kita menjadi insan yang sentiasa berusaha mencari keredhaan allah s.w.t.

sekian wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template