Monday 30 March 2009

Risalah Tokoh - Imam Al-Ghazali


Imam al-Ghazali

Riwayat Hidup


Imam Al-Ghazali adalah seorang tokoh yang tidak asing lagi kemashurannya bukan sahaja di timur arab bahkan diserata benua mahupun eropah.

Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).

Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.

Bapanya juga mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama yang muktabar, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus danjenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Peribadi
Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.

Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.

Imam Al-Ghazali sememangnya sangat mencintai ilmu pengetahuan.

Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencaridan menuntut ilmu pengetahuan.

Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template