Sunday 31 May 2009

Risalah Teladan - LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

0 comments

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

[+/-] Selengkapnya...

Saturday 30 May 2009

Risalah Tarbiah - Kemudharatan memakan daging babi

0 comments

Daging babi sememangnya telah diketahui umum tentang pengharamannya bagi orang yang beragama islam. Naluri manusia yang baik tentu sekali tidak akan memilihnya, kerana makanan babi itu adalah kotor dan najis. Ini telah dibuktikan didalam Ilmu kedokteran sekarang yang telah mengkajinya dan mengakui, bahawa makan daging babi itu sangat berbahaya walaupun dimana-mana bahagian, lebih-lebih di bahahagian yang bersuhu panas.

Ini juga telah diperolehi berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahawa makan daging babi itu adalah salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya didalam tubuh individu yang memakannya. Dan barangkali pengetahuan moden berikutnya akan lebih banyak dapat menyingkap rahsia haramnya babi ini dari masa ke semasa. Didalam quran juga terdapat ayat Allah yang telah menegaskan, firmannya:

“Dan Allah telah mengharamkan keatas mereka dari perkara yang kotor(makanan).”
(al-A'raf: 156)

Sementara ahli penyelidik juga berpendapat, bahawa membiasakan memakan daging babi ini dapat melemahkan perasaan cemburu terhadap hal-hal yang terlarang.

[+/-] Selengkapnya...

Friday 29 May 2009

Risalah Teladan - KISAH SEEKOR ULAT DAN NABI DAUD A.S

0 comments


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday 28 May 2009

Risalah Tokoh - Sheikh Abderrahman Soudaiss

0 comments



Sheikh Abderrahman Soudaiss sememangnya tidak asing lagi pabila kita mendengar namanya, tentu sekali kita akan teringat akan suasana musim haji atau umrah bagi sesiapa yang pernah menunaikannya. Ini kerna tokoh ini sememanya seorang yang membangkit kan suasana di masijid Al-Haram.

Suaranya yang indah dan khas seperti sedang flu, sangat menyayat hati dalam membaca ayat-ayat Allah dan membuat kita akan kagum dengan beliau. Bacaannya juga dirakam dan ditayangkan dikaca tv diseluruh dunia setiap ramadhan ...Beliau adalah Imam dan Khatib Masjidil Haram, Mekah.

Dengan nada lagu bacaan yang indah didengari ramai dikalangan kita yang akan terikut-ikut dengan nada lagunya, Sheikh yang setaraf qori ini adalah sememangnya seorang yang pakar dalam Al-Quran, Tajwid, dan menghafaznya dengan 30 juz. Kita juga jarang sekali akan terdengar beliau tersilap atau terlupa ketika beliau membacanya dalam setiap solat yang beliau mengimaminya.


[+/-] Selengkapnya...

Wednesday 27 May 2009

Risalah Tarbiah - AHLI IBADAT JAHIL DAN ULAMA FASIQ

0 comments

AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Dalam hadith nabi saw ada menceritakan tentang keadaan umat akhir zaman yang bukan sahaja mereka ini terdiri dari golongan pemaksiat yang nyata yang kemungkaran tetapi ada juga yang terdiri dari golongan agama, mereka ini

Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman kelak ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

H.R. Ibnu Ady

Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Manakala golongan ulama' yang fasiq ini mereka sememangnya berilmu dan arif tentang hukum hakam tetapi mereka ini hanya mengguna kepentingan ilmu ini untuk duniawi sahaja semata-mata. Mereka ini terdiri dari pelbagai ragam dan fe'el ada yang mengeluarkan hukum berlandas kan kemahuan nafsu dan ingin mencapaikan kehendak mereka bahkan yang lebih teruk lagi mereka cuba menyesat kan manusia dengan helah tipu daya mereka.

Ada juga yang mengetahui hukum tetapi tidak mampu untuk menegakkannya kerana takut untuk kehilangan harta mereka, kepentingan diri mereka dan sebagainya.

Golongan yang tidak amanah inilah yang akan merosakkan islam dan menjatuhkan mertabat kemuliaan agama Allah ini.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday 26 May 2009

Risalah Fadhilat - Air Fatihah

0 comments

Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tanngan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.

[+/-] Selengkapnya...

Monday 25 May 2009

Risalah hadith - Keutamaan Salam

0 comments


Salam adalah perkara sinonim dengan umat islam, ia bukan sahaja doa tetapi juga boleh merapatkan silaturrahim antara saudara seislam. Rasul saw banyak menerangkan kepada kita mengenai keutamaan salam seperti berikut,

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah


moga berdasarkan dalil diatas dapat kita mencakna amalan salam dalam kehidupan kita, Insya Allah

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Tabiah - Melakukan Setiap Perkara Dengan Ihsan

0 comments


Ihsan atau berbuat baik dalam setiap perkara dalam melakukan kebaikan adalah dituntun oleh Allah taala ,dan perkataan “Ihsan” boleh diertikan sebagai berbuat baik dalam melakukan sesuatu perkara dan perkataan ini adalah berlawanan dengan perkataan “ Isa’ah” yakni keburukan. Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka.

Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya."

Ihsan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

Pertama : Ihsan dalam melakukan ibadah

Sifat itu sepatutnya dimiliki oleh setiap insan di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T untuk menjadi umat Islam yang cemerlang. Apabila kita melakukan setiap ibadah seolah-olah macam kita lihat Allah, tetapi sudah pasti kita tidak dapat melihat Allah bahkan yang pasti ialah Allah sentiasa melihat kita. Jadi sudah tentu kita akan melakukan ibadah tersebut dengan cara bersungguh-sungguh.

Ini bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s dalam satu hadis yang panjang seperti mana yang telah diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:

"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau."

Kedua : Ihsan dalam amalan

Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Ketiga : Ihsan dalam perkataan

Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh mendatangkan manfaat atau sebaliknya.

Kerana semua manusia pada asasnya inginkan orang lain bercakap kepadanya dengan baik dan lemah lembut, maka tidak dapat tidak, ia perlulah melalui dari dalam dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:

"… Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…)

Keempat : Ihsan kepada manusia

Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat….)"

Allah S.W.T memerinthakan supaya manusia sentiasa melakukan ihsan kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat samada dalam keadaan senang atau pun susah, sihat ataupun sakit, ihsan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan kebaikan kepada mereka dan menghindarkan keburukan dan kemudaratan terhadap mereka.

Adapun ihsan sesama manusia ada kalanya tidak diwajibkan oleh Allah, tetapi sangat disukai olehnya seperti melakukan sedekah dan sebagainya.

Kelima : Ihsan kepada haiwan

Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya."

Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada pada tiap-tiap sesuatu.” Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak.

Ia melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.

Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua mahkluk Allah.

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Hadith - Dakwah

0 comments


Tanggungjawab dalam menyampaikan amr maaruf dan nahi munkar adalah sememangnya dituntut oleh Allah swt kerana ianya adalah satu kerja bagi umat akhir zaman dan juga sebagai anugerah Allah unuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh para rasul alaihi solatu wassalam, ayat-ayat menegnai perkara ini seperti berikut :

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.dan firman Allah juga :

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-‘Imran: 104)

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Dari dalil-dalil diatas kita dapat lihat bahawa tuntutan yang dituntun adalah merupakan satu kewajipan kerana mulianya umat ini sebagai umat akhir zaman bukan kerana nabinya sahaja tetapi mulianya kerana mereka saling mengingati dan menegur antara satu sama lain, semua perkara ini adalah merupakan kerja para rasul tetapi dianugerahkan kepada umat ini untuk menyambungnya dalam berdakwah kepada Allah Azza Wajalla.

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Tokoh :Muhammad bin Shalih Al Utsaimin

0 comments

Nasabnya: Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Shalih bin Muhammad bin Utsaimin Al Wuhaibi At Tamimy.

Kelahiran: Beliau dilahirkan di kota 'Unaizah pada tanggal 27 Ramadhan tahun 1347 H.

Pendidikan: Beliau mempelajari Al Qur'anul Karim oleh atuk dari pihak ibunya, yaitu Abdurahman bin Sulaiman Ali Damigh Rahimahullah sampai hafal, selanjutnya beliau belajar Khath, berhitung dan sastra.

Seorang ulama besar, Syaikh Abdurahman As Sa'dy Rahimahullah telah mendidik dua orang muridnya agar mengajar anak-anak kecil, beliau adalah Syaikh Ali Ash Shalihy dan Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz al Muthawwa'. Kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz untuk belajar kitab Mukhtasharul Aqidah Al Wasithiyah dan Minhaajus Saalikin Fil Fiqhi, keduanya karya Syaikh Abdurahman As Sa'dy dan Al Ajrumiyah serta Al Alfiyah.

Beliau telah belajar dari Syaikh Abdurrahman bin Ali 'Audan tentang ilmu Fara'idh dan Fiqih. Dan juga Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa'dy yang dikategorikan sebagai Syaikhnya yang utama beliau telah belajar kitab Tauhid, Tafsir, Hadits, Fiqih, Ushul Fiqih, Fara'idh, Musthalahul Hadits, Nahwu dan Sharaf.

Syaikh Utsaimin memiliki tempat yang dihormati dikalangan Syaikhnya, hal ini terbukti di antaranya ketika ayahanda beliau pindah ke Riyadh pada masa awal perkembanganya dan ingin agar anaknya, Muhammad Al Utsaimin pindah bersamanya. Maka Syaikh Abdurrahman As Sa'dy (guru) menulis surat kepada ayahanda beliau: "Ini tidak boleh terjadi, kami ingin agar Muhammad tetap tinggal di sini sehingga dia boleh banyak mengambil manfaat."

Berkomentar tentang Syaikh tersebut, Syaikh Utsaimin mengatakan: "Syaikh As Sa'dy banyak memberi pengaruh kepada saya dalam hal methode mengajar, memaparkan ilmu serta pendekatannya kepada para siswa melalui contoh-contoh dan substansi-substansi makna. Beliau juga banyak memberi pengaruh kepada saya dalam hal akhlak. Syaikh As Sa'dy Rahimahullah adalah seorang yang memiliki akhlak agung dan mulia, sangat mendalam ilmunya serta kuat dan tekun ibadahnya. Beliau suka mendidik anak-anak kecil, pandai mengambil hati dan tertawa kepada pelajar yang dewasa. Syaikh As Sa'dy adalah orang yang paling baik akhlaknya dari orang-orang yang pernah saya lihat."

Syaikh Utsaimin juga belajar kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz Hafizhahullah, Syaikh Abdul Aziz bin Baz adalah guru kedua beliau, setelah Syaikh As Sa'dy. Kepada Syaikh Bin Baz beliau belajar kitab Shahihul Bukhari dan beberapa kitab karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan kitab-kitab Fiqih.

Mengomentari Syaikh Bin Baz, Syaikh Utsamin mengatakan: "Syaikh Bin Baz banyak mempengaruhi saya dalam hal perhatian beliau yang sangat intens terhadap hadith. Saya juga banyak terpengaruh dengan akhlak beliau dan kelapangannya terhadap sesama manusia."

Pada tahun 1371 H, beliau mulai mengajar di masjid. Ketika dibuka Ma'had Ilmi, beliau masuk tahun 1372 H, Syaikh Utsaimin mengisahkan: "Saya masuk Ma'had Ilmi pada tahun kedua (dari berdirinya Ma'had) atas saran Syaikh Ali Ash Shalihy, setelah sebelumnyamendapat izin dari Syaikh Sa'dy. Ketika itu Ma'had Ilmi dibagi menjadi dua bagian: Umum dan Khusus, saya masuk ke bagian Khusus, saat itu dikenal pula dengan sistem loncat kelas. Yakni seorang siswa boleh belajar ketika liburan panjang dan mengikuti tes kenaikan di awal tahun. Jika lulus dia boleh di kelas yang lebih tinggi. Dengan sistem itu saya bisa menghemat waktu."

Setelah dua tahun menamatkan belajar di Ma'had Ilmi, beliau lalu ditunjuk sebagai guru di Ma'had ilmi 'Unaizah sambil melanjutkan kuliah di Fakultas Syari'ah dan tetap juga belajar di bawah bimbingan Abdurahman As Sa'dy Rahimahullah.

Ketika As Sa'dy meniggal dunia beliau ditetapkan sebagai Imam Masjid Jami' di 'Unaizah, mengajar di Maktabah 'Unaizah Al Wathaniyah namun demikian beliau juga turut mengajar di Ma'had Ilmi. Setelah itu beliau pindah mengajar di Universiti Imam Muhammad Ibnu Saud Qashim dalam fakulti Syari'ah dan Ushuluddin sehingga kini. Beliau menjadi anggota Hai'atu Kibaril Ulama (Angota Ulama'.) Kerajaan Saudi Arabia. Syaikh Utsaimin memiliki impak yang besar didalam medan dakwah kepada Allah Azza wa Jalla, beliau selalu mengikuti berbagai perkembangan dan situasi dakwah di berbagai tempat.

Perlu diketahui, bahwa Syaikh Muhammad bin Ibrahim Rahimahullah telah berkali-kali menawarkan kepada Syaikh Utsaimin untuk menjadi qadhi (hakim), bahkan telah mengeluarkan Surat Keputusan yang menetapkan beliau sebagai Ketua Mahkamah Syari'ah dikota Ihsa' , tetapi setelah melalui berbagai pendekatan pribadi, akhirnya Mahkamah memahami ketidak sediaan Syaikh Utsaimin memangku jabatan ketua Mahkamah .

Karya-karya beliau:Syaikh Utsaimin Hafizhahullah memiliki karangan lebih dari 40 buah. Di antaranya berupa kitab dan risalah. Dan Insya Allah semua karya beliau ini akan dikodifikasikan menjadi satu kitab dalam Majmu'ul Fatawa war Rasa'il

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday 13 May 2009

Risalah Tarbiah - Asbab segala bencana

0 comments



Dunia adalah tempat persinggahan sementara untuk menuju akhirat yang kekal didalamnya abadan abada. Untuk mencapai ke tempat destinasi yang hendak dituju maka perlu bagi kita melalui laluan yang sukar dan cobaan rintangan untuk mencapai ke destinasi yan berikut.

Manusia diuji dengan pelbabai cubaan Allah dan ujian yang paling nyata adalah harta kekayaan dunia yang menyebabkan manusia gagal mengawal nafsu hingga melupakan segala perintahnya, Sabda nabi saw yang berikut :

HADITH dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:"Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:"Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.


Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:"Kerana inilah tanganku dipotong" Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun." (Muslim)

Huraian


Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim.

Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.

Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!'

Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.

Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)



[+/-] Selengkapnya...

Sunday 10 May 2009

Risalah Tarbiah - Dosa dan Bahaya Riba

0 comments

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu beliau berkata, Rasulullah shallahu 'alahi wasallam bersabda, "Allah melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba), mereka sama saja". (HR. Muslim dan Ahmad)

Hadith yang mulia ini menjelaskan secara tegas tentang keharaman riba,
bahaya yang ditimbulkan bagi pribadi dan masyarakat, serta ancaman bagi
mereka yang berkecimpung dalam kubangan dosa riba, sebab Rasulullah saw menyebutkan laknat bagi orang- orang yang bersyerikat di dalamnya.

Akibat dari dosa riba ini telah dirasakan oleh banyak kalangan baik muslim
mahupun non muslim, karana riba merupakan kezaliman yang sangat jelas dan
nyata. Sehingga wajar bagi Allah subhanahu wata'ala dan Rasul-Nya shallahu
'alahi wasallam mengancam orang-orang yang telibat di dalamnya dengan
berbagai ancaman. Di antaranya adalah dengan azab yang pedih, sebagaimana
firman Allah subhanahu wata'ala,
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan
seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit
gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata
(berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah
telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah
sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil
riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang
larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Dan barang siapa yang
mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka;


mereka kekal di dalamnya". (QS. Al-Baqarah:275).

Allah subhanahu wata'ala juga menghilangkan keberkahan harta dari hasil riba

dan pelakunya dicap melakukan tindakan kekufuran, sebagaimana firman-Nya,
"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai
setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa". (QS.
Al-Baqarah:276)

Allah subhanahu wata'ala memerangi riba dan pelakunya, sebagaimana
dijelaskan dalam firman-Nya,
"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah
bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari
pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan
tidak (pula) dianiaya". (QS. Al-Baqarah:279)

Selain ancaman dari Al-Qur'an di atas, Rasulullah shallahu 'alahi wasallam
juga menjelaskan bahaya riba dan sekaligus mengancam pelakunya, sebagaimana
telah dijelaskan dalam hadits Jabir di atas.

Rasulullah shallahu 'alahi wasallam juga bersabda, "Jauhilah tujuh dosa
besar yang membawa kepada kehancuran," lalu beliau sebutkan salah satunya
adalah memakan riba. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadits yang lain Nabi shallahu 'alahi wasallam mengancam pelaku riba
dengan lebih tegas, beliau bersabda,
"Dosa riba memiliki 72 pintu, dan yang paling ringan adalah seperti
seseorang berzina dengan ibu kandungnya sendiri." (Shahih, Silsilah Shahihah

no.1871)

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Hakim dan dishahihkan oleh beliau
sendiri, dijelaskan, "Bahwa satu dirham dari hasil riba jauh lebih besar
dosanya daripada berzina 33 kali".

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dengan sanad yang shahih
dijelaskan, "Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari hasil riba dan dia

paham bahwa itu adalah hasil riba maka lebih besar dosanya daripada berzina
36 kali".

Bentuk Riba
Riba dibagi menjadi dua bentuk;

1. Riba Nasi`ah, yang bererti mengakhirkan masa pembayaran, ini terbagi
menjadi dua;

Pertama; Seseorang atau perusahaan tertentu memberikan pinjaman kepada
seorang peminjam dengan membayar bunga sekian peratus dalam jangka waktu
tertentu dan dibayar dalam bentuk angsuran. Misalnya; seorang nasabah
meminjam wang ke salah satu bank sebanyak Rm100 ribu dengan bunga 10% dalam

jangka waktu 10 bulan, maka setiap bulan pihak nasabah harus membayar
hutangnya Rm11 ribu, jadi selama 10 bulan itu dia harus membayar Rm.110
ribu.

Kedua; Pihak nasabah membayar tambahan bunga baru dari bunga sebelumnya
disebabkan karena tertundanya pembayaran pinjaman setelah jatuh tempo.
Semakin lama tertunda pinjaman itu, maka semakin banyak tumpukan hutang yang

harus ditanggung oleh pihak nasabah. Dalam kacamata Islam riba ini disebut
riba jahiliyyah. Misalnya si A meminjam uang ke bank B sebanyak Rp. 100 juta

dengan bunga 10% dalam jangka waktu 10 bulan, setiap bulannya pihak peminjam

harus membayar Rm11 ribu, maka selama 10 bulan itu dia dikehandaki
membayar Rm110 ribu, jika dia tidak menunda pembayaran (ini sudah jelas
riba). Tapi jika sudah jatuh tempoh yang dia belum boleh melunaskan hutangnya
maka hutangnya berbunga 15% dan begitu seterusnya (dalam kondusi seperti ini telah terhimpun dua bentuk riba sekaligus yaitu riba nasi`ah dan riba fadhl), dan inilah yang berlaku di bank-bank konvesional yang disebut dengan istilah bunga.

2. Riba Fadhl, yaitu jual beli dengan sistem barter pada barang yang sejenis

tapi timbangannya berbeda, misalnya si A menjual 15 gram emas"perhiasan"
kepada si B dengan 13 gram emas, ini adalah riba karana jenis
barangnya sama tapi timbangannya berbeza. Contoh kedua; menjual dengan
sistem barter 1 lembar wang kertas benilai Rm100.000,- dengan wang kertas
pecahan seribu senilai Rm95.000,- atau 110.000,-.

Bekerja di Tempat/Lembaga Riba

Syaikh Shalih al-Fauzan ketika ditanya tentang bekerja di perusahaan yang
bertransaksi dengan riba berkata, "Bertransaksi dengan riba haram hukumnya
bagi perusahaan, bank dan individu. Tidak boleh seorang muslim bekerja pada
tempat yang bertransaksi dengan riba meskipun persentase transaksinya minim
sekali sebab pegawai pada instansi dan tempat yang bertransaksi dengan riba
bererti telah bekerja sama dengan mereka di atas perbuatan dosa dan
melampaui batas. Orang-orang yang bekerja sama dan pemakan riba, sama-sama
tercakup dalam laknat yang disabdakan oleh Rasulullah shallahu 'alahi
wasallam, "Allah telah melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan
dengan (hasil) riba, pencatatnya serta kedua saksinya". (HR.Muslim). Beliau
bersabda lagi, "Mereka itu semua sama saja." (dalam andil menjalankan riba,
red).

Jadi disini, betapa Allah melaknat orang-orang yang memberi makan dengan (hasil) riba, saksi dan pencatat karana mereka bekerja sama dengan pemakan riba itu.
Karenanya wajib bagi anda untuk mencari pekerjaan yang jauh dari hal itu.
Allah subhanahu wata'ala berfirman (artinya), "Barangsiapa yang bertakwa
kepada Allah, niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan
menganugerahi nya rizki yang tidak dia sangka-sangka". (Q,.s.ath-Thalaq: 2).

Dan sabda Nabi saw, "Barangsiapa meninggalkan sesuatu karana Allah Ta'ala maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik darinya". (HR. Ahmad). (Al-Muntaqa Min Fatawa Syaikh Shalih al-Fauzan,
Jld.IV, Hal. 142-143, No. 148)


Impak Negatif Riba Bagi Pribadi dan Masyarakat


a.. Sebagai bentuk maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, Rasulullah saw bersabda, "Setiap umatku dijamin masuk surga kecuali yang enggan". Para shahabat bertanya, "Siapa yang enggan masuk surga wahai Rasulullah?". Beliau menjawab, "Barangsiapa yang ta'at kepadaku pasti masuk syurga dan barangsiapa yang berbuat maksiat (tidak ta'at) kepadaku itulah orang yang enggan (masuk surga)". (HR.al-Bukhari)

b.. Ibadah haji, shadaqah dan infak dalam bentuk apapun tidak diterima
oleh Allah subhanahu wata'ala kalau berasal dari hasil riba, Rasulullah
shallahu 'alahi wasallam bersabda dalam hadits yang shahih, "Sesunguhnya
Allah itu baik dan Dia tidak menerima kecuali dari hasil yang baik".

c.. Allah subhanahu wata'ala tidak mengabulkan doa orang yang memakan
riba, Rasulullah shallahu 'alahi wasallam bersabda, "Ada seorang yang
menengadahkan tangannya ke langit berdo'a, "Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara
makanannya haram, pakaiannya haram, dan daging yang tumbuh dari hasil yang
haram, maka bagaimana mungkin do'anya dikabulkan." (HR.Muslim)

d.. Hilangnya keberkahan umur dan membuat pelakunya melarat, Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah seseorang memperbanyak harta kekayaan dari hasil riba, melainkan berakibat pada kebangkrutan dan melarat." (HR.Ibnu Majah).

e.. Sistem riba menjadi sebab utama kehancuran negara dan bangsa.
Realiti menjadi saksi bahwa negara kita kini mengalami krisis ekonomi dan
keadilan yang tidak stabil karana penerapan sistem riba, ini disebabkan para
petualang riba memindahkan simpanan kekayaan mereka ke negara-negara yang
memiliki ekonomi kuat untuk memperoleh bunga riba tanpa memikirkan
maslahat di dalam negeri sendiri, sehingga negara kini mengalami pertumbuhan yang lembab.

f.. Pengembangan kewangan dan ekonomi dengan sistem riba merupakan
penjajahan ekonomi secara sistematik dan diselubungi oleh negara-negara
pemilik modal, dengan cara pemberian pinjaman lunak. Ini akan menyebabkan hilangnya atau lenyap bangsa kita untuk menopoli ekonomi negara sendiri.

g.. Memakan riba menjadi sebab utama su`ul khatimah, karana riba ini merupakan
bentuk kezaliman yang menyengsarakan orang lain, dengan cara menghisap
"darah dan keringat" pihak peminjam, itulah yang disebut rentenir atau
lintah darat.

h.. Pemakan riba akan bangkit di hari Kiamat kelak seperti orang gila dan
kesurupan. Ayat yang menyebutkan tentang hal ini, menurut Syaikh Muhammad
al-Utsaimin memiliki dua pengertian, yakni di dunia dan di hari Kiamat
kelak. Beliau menjelaskan bahwa jika ayat itu mengandungi dua makna, maka
dapat diertikan dengan keduanya secara bersamaan. Yakni mereka di dunia
seperti orang gila dan kesurupan serta bertingkah laku seperti orang kerasukan
syaitan (tidak peduli dan mementingkan diri). Demikian pula di Akhirat
mereka bangun dari kubur juga dalam keadaan seperti itu.

Sedangkan mengenai ayat, "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah,"
maka beliau mengatakan kehancuran materi (hakiki) dan maknawi. Kehancuran
materi seperti tertimpa bencana dalam hartanya sehingga habis,

misalya sakit yang parah dan memelukan perbelanjaan yang besar, atau keluarganya yang
sakit, kecurian (dirompak), terbakar dan lain-lain, ini merupakan hukuman
dunia. Atau binasa secara maknawi, dalam erti kata dia memiliki harta yang
bertumpuk-tumpuk tetapi seperti orang fakir karana hartanya tidak memberi
manfaat apa-apa. Apakah orang seperti ini kita katakan memiliki harta?

Tentu tidak, bahkan ia lebih buruk daripada orang fakir, kerana harta yang
diperolehi adalah sedikit demi sedekit yang ada di sisinya, dan hanya disimpan untuk ahli warisnya sahaja. Sementara mereka tidak dapat mengambil manfaat darinya sedikit pun. Inilah kebinasaan harta riba secara maknawi.

[+/-] Selengkapnya...

Saturday 9 May 2009

Risalah Tokoh - Sheikh Ahmed Deedat

0 comments


Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di daerah Surat,India pada tahun 1918. Beliau berpisah dengan ayahnya hingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit yang disebabkan kesusahan dan pekerjaan ayahnya terpaksa berhijrah dan berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.

Tanpa pendidikan formal serta untuk menghindari dari kemiskinan yang sangat pedih, Ahmed Deedat pergi ke Afrika Selatan untuk dapat hidup bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun pemergiannya ke Afrika selatan menyusuli ayahnya itu adalah saat terakhir beliau bertemu ibunya kerana ibunya telah meninggal dunia selang beberapa bulan kemudian.

Di negera yang asing, seorang anak kecil ini yang baru berusia 9 tahun tanpa berbekalkan pendidikan formal dan penguasaan dalam bahasa Inggris telahpun memulakan peranan yang harus dimainkannya dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut tidak hanya dapat mengatasi kehebatan bahasa, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran Deedat dalam membaca menolongnya untuk mendapatkan promosi sampai beliau menyelesaikan standar 6. Kurangnya biaya menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya beliau bekerja dalam bidang retail (eceran).

pada tahun 1936 bermula detik perubahan sewaktu beliau bekerja sebuah pusat muslim berhampiran sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-hentinya dari siswa misionari yang menentang Islam selama kunjungan mereka ke pusat berkenaan menanamkan rasa keinginan yang membara didalam diri anak muda ini untuk melakukan perubahan untuk menghentikan propaganda mereka yang salah.

Sudah ditakdirkan, Ahmed Deedat menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkap kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan misionari Kristian selama penaklukan Inggris terhadap pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam diri Ahmed Deedat.

Dibekalkan dengan semangat yang baru ditemui ini, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mulai melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionari. Dikala itu ramai mereka yang mundur tergesa-gesa tidak ketentuan dalam menghadapi argumen balas yang tajam, beliau secara pribadi telah memanggil guru mereka bahkan pendeta-pendeta di daerah tersebut.

Keberhasilan debat ini telah memacu Ahmed Deedat untuk berda'wah. Walaupun beliau berkawin dan baru mempunyai cahya mata, beliau hanya menetap selama tiga tahun di Pakistan selepas kemerdekaan, namun perkara ini tidak menghalang beliau dalam kegiatan dan keinginannya untuk membela nasib Islam dari segala penyimpangan yang memperdayakan umat islam dari pihak misionari Kristian yang tidak bertanggung jawab.

Dengan semangat dan misi untuk menegakkan kebenaran dan keindahan Islam, Ahmed Deedat telah membenamkan dirinya dalam sekumpulan pendakyah yang telah datang lebih dari tiga dekade. Beliau memimpin kelas untuk pelajaran Injil dan telah memberi sejumlah kitab. beliau juga telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi bagi melatih para da'i Islam. Ahmed Deedat bersama-sama dengan keluarganya, berbelanja hampir seorang diri bagi mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenali hingga saat ini.

Ahmed Deedat adalah anggota terawal dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan telah dilantik menjadi presidennya, dan jawatan ini masih lagi dipegangnya hingga hari ini. Beliau juga telah menerbitkan lebih dari 20 buku dan telah berjaya mempromosikan hingga berjuta-juta salinan naskah.

Dengan berkat kesabarannnya Ahmed Deedat, beliau telah berjaya melawan penyebar-penyebar Injil dalam debat umum yang beliau ceburi dan Beribu-ribu naskah buku terbitan beliau telah tersebar ke seluruh dunia dan berjaya menarik ramai manusia kepada islam.

Sebagai penghargaan beliau yang bersejarah itu, Beliau telah mendapat penghargaaan internasional dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan yang sangat berharga terhadap dunia Islam.Tetapi sebenarnya tidak ada sejumlah hadiah dan penghargaan mampu membalas jasa seorang yang berjaya menyeru manusia kepada islam, termasuklah cenderamata sebegini. Buku beliau yang mendemonstrasikan himpunan analisis Ahmed Deedat diambil dari pertemuan-pertemuan pribadi dan pengalaman-pengalamannya melawan gangguan umat Kristen.

Semoga Allah memberkahi beliau dan buku yang dikarangnya berhasil untuk menarik manusia kejalan yang benar , Insya Allah.

[+/-] Selengkapnya...

Friday 8 May 2009

Risalah sahabah - Kisah Puteri Nabi Fatimah rha

0 comments

Fathimah Radhiallahu Anha, merupakan wanita yang dianggap sempurna bukan kerna kecantikan paras rupa tetapi kerna ketabahan dan pengorbanannya sebagai anak nabi dan ibu kepada anak-anaknya. Beliau dikenali sebagai Ummu Abiha (ibu dari ayahnya). Dia adalah puteri yang mulia dari pemimpin para makhluq, Rasulullah SAW, Abil Qasim, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim., Beliau sememangnya banyak bekorban kepada nabi dikala islam belum lagi terpacak teguh. Jasanya sememangnya tidak mampu dibayar melainkan jannah Allah swt. Beliau adalah ibu bagi ahli bait yakni keturunan Nabi saw.

Dia dibesarkan dalam suasana kesusahan. Ibundanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas mengurus rumahtangga seperti memasak, mencuci dan menguruskan keperluan ayahandanya. Dia juga digelari Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab. Fathimah rha. lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, beliau adalah isteri Utsman bin Affan. Fatimah rha Juga lebih muda dari Ummu Kaltsum. Dia adalah anak yang paling dicintai Nabi SAW sehingga beliau pernah bersabda :"Fathimah rha. adalah darah dagingku, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan aku dan apa yang mengganggunya juga menggangguku." (Ibnul Abdil Barr dalam Al-Istii'aab)

Sesungguhnya beliau adalah pemimpin wanita dunia dan penghuni syurga yang paling utama, puteri kekasih Robbil'aalamiin, dan ibu dari Al-Hasan dan Al-Husein. Az-Zubair bin Bukar pernah berkata :"Keturunan Zainab telah tiada dan telah sah riwayat, bahwa Rasulullah SAW menyelimuti Fathimah rha. dan suaminya serta kedua puteranya dengan pakaian seraya berkata :"Ya, Allah, mereka ini adalah ahli baitku. Maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka sebersih-bersihnya." ["Siyar A'laamin Nubala', juz 2, halaman 88]

Imam Muslim telah menceritakan kepada kita dari hadith yang diriwayatkan dari Aisyah' ra. beliau berkata : "Pernah isteri-isteri Nabi SAW berkumpul di tempat Nabi SAW. Lalu datang Fathimah rha. sambil berjalan, sedangkan jalannya mirip dengan jalan Rasulullah SAW. Ketika Nabi SAW melihatnya, beliau menyambutnya seraya berkata :"Selamat datang, puteriku." Kemudian beliau mendudukkannya di sebelah kanan atau kirinya. Lalu dia berbisik kepadanya. Maka Fathimah rha. menangis dengan suara keras. Ketika melihat kesedihannya, Nabi SAW berbisik kepadanya untuk kedua kalinya, maka Fathimah rha. tersenyum. Setelah itu aku berkata kepada Fathimah rha. :Rasulullah SAW telah berbisik kepadamu secara khusus dihadapan ku, kemudian engkau menangis!" Ketika itu Nabi SAW telah pergi, aku bertanya kepadanya :"Apa yang dikatakan Rasulullah SAW kepadamu ?" Fathimah rha. menjawab :"Aku tidak akan menyiarkan rahsia Rasul Allah SAW." Aisyah berkata :"Ketika Rasulullah SAW wafat, aku berkata kepadanya :"Aku mohon kepadamu demi hakku yang ada padamu, ceritakanlah kepadaku apa yang dikatakan Rasulullah SAW kepadamu itu ?" Fathimah rha. pun menjawab :"Adapun sekarang, maka baiklah. Ketika berbisik pertama kali kepadaku, beliau mengabarkan kepadaku bahwa Jibril biasanya memeriksa bacaan beliau terhadap Al Qur'an sekali dalam setahun, dan sekarang dia memeriksa bacaannya dua kali. Maka, kulihat ajalku sudah dekat. Takutlah kepada Allah dan sabarlah. Aku adalah sebaik-baik orang yang mendahuluimu." Fathimah rha. berkata :"Maka aku pun menangis sebagaimana yang engkau lihat itu. Ketika melihat kesedihanku, beliau berbisik lagi kepadaku, dan berkata :"Wahai, Fathimah, tidakkah engkau senang menjadi pemimpin wanita-wanita kaum Mu'min atau ummat ini ?" Fathimah rha. berkata :"Maka aku pun tertawa seperti yang engkau lihat."

Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :"Datang Fathimah rha. kepada Nabi SAW meminta pelayan kepadanya. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya : "Ucapkanlah :"Wahai Allah, Tuhan pemilik bumi dan Arsy yang agung. Wahai, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah biji dan benih. Aku berlindung kepadamu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai nyawanya. Engkaulah awal dan tiada sesuatu sebelummu. Engkau-lah yang akhir dan tiada sesuatu di atasmu. Engkaulah yang batin dan tiada sesuatu di bawahmu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkan aku dari kekurangan." (HR. Tirmidzi)

Inilah Fathimah rha. binti Muhammad SAW yang melayani diri sendiri dan menanggung berbagai beban rumahnya. Thabrani menceritakan, bahwa ketika kaum Musyrikin telah meninggalkan medan perang Uhud, wanita- wanita sahabah keluar untuk memberikan pertolongan kepada kaum Muslimin. Di antara mereka yang keluar terdapat Fathimah. Ketika bertemu Nabi SAW, Fathimah rha. memeluk dan mencuci luka-lukanya dengan air, sehingga darah semakin banyak yang keluar. Tatkala Fathimah rha. melihat hal itu, dia mengambil sepotong tikar, lalu membakar dan membubuhkannya pada luka itu sehingga melekat dan darahnya berhenti keluar." (HR. Syaikha dan Tirmidzi)

Dalam Peperangan
Dalam kancah pertarungan tampaklah peranan puteri Muslim supaya menjadi teladan yang baik bagi pemudi Muslim masa kini. Pemimpin wanita penghuni Syurga Fathimah Az-Zahra', puteri Nabi SAW, di tengah-tengah pertempuran beliau tidak berada dalam sebuah panggung yang besar, tetapi bekerja di antara tikaman-tikaman tombak dan pukulan-pukulan pedang serta hujan anak panah yang menimpa kaum Muslimin untuk menyampaikan makanan, obat dan air bagi para prajurit. Inilah gambaran lain dari puteri sebaik-baik makhluk yang kami persembahkan kepada para pengantin masa kini yang membebani para suami dengan tugas yang tidak dapat dipenuhi.

Ketika Nabi SAW terluka dalam Perang Uhud, dia keluar bersama wanita-wanita dari Madinah menyambutnya agar hatinya tenang. Ketika melihat luka-lukanya, Fathimah rha. langsung memeluknya. Dia mengusap darah darinya, kemudian mengambil air dan membasuh mukanya. Betapa indah situasi di mana hati Muhammad SAW berdenyut menunjukkan cinta dan sayang kepada puterinya itu. Seakan-akan kulihat Az-Zahra' a.s. berlinang air mata dan berdenyut hatinya dengan cinta dan kasih sayang. Selanjutnya, inilah dia, Az-Zahra', puteri Nabi SAW, puteri sang pemimpin. Dia memberi contoh ketika keluar bersama 14 orang wanita, di antara mereka terdapat Ummu Sulaim binti Milhan dan Aisyah Ummul Mu'minin rha. dan mengangkut air dalam sebuah qeribah dan bekal di atas punggungnya untuk memberi makan kaum Mu'minin yang sedang berperang menegakkan agama Allah SWT.

Perkawinannya dengan Sayyidina Ali
Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikawinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan karena kemiskinan itu, untuk membayar mas kawin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkawin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelari Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam tentera Islam. Maka dari itu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redho dengan suaminya.

Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah rha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mengambilnya dari sumur yang 40 hasta dalamnya, di tengah teriknya matahari padang pasir. Kadangkala dia lapar sepanjang hari. Sering kali beliau berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, Sayidatina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesalahannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Ketika dilihatnya raut muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari bersama anaknya mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, niscaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW telah memberi nasehat kepada puterinya itu ketika masalah itu sampai ke telinga baginda.

Begitu tinggi kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sopan di saat berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidatina Fatimah itu bukanlah disengaja. Bukan juga dia membentak-bentak, marah-marah, meninggikan suara, bermasam muka, atau lain-lain yang menyusahkan Sayidina Ali. Meskipun demikian Rasulullah SAW berkata begitu terhadap Fatimah.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday 7 May 2009

Risalah Hadith - Keutamaan Dakwah

0 comments


Daripada Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Kemerosotan Bani Israil bermula dengan demikian: Apabila seorang lelaki di kalangan mereka bertemu dengan lelaki yang lain maka dia berkata, “Wahai fulan takutilah ALLAH Subhanahu-Wataala dan tinggalkanlah perkara yang kamu lakukan kerana perkara tersebut tidak halal bagi kamu.” Selepas itu dia bertemu lagi pada masa yang lain sedangkan lelaki tersebut masih lagi belum berubah. Keadaan yang demikian tidak pula menghalangnya daripada menjadi rakan yang makan, minum dan duduk bersama. Apabila mereka melakukan demikian maka ALLAH Subhanahu-Wataala telah menyatukan sebahagian hati mereka dengan sebahagian yang lain (hati-hati orang yang taat telah dijadikan sebagaimana keadaan hati-hati penderhaka). Kemudian Baginda SAW membaca ayat berikut:

لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨) ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩) تَرَىٰ ڪَثِيرً۬ا مِّنۡهُمۡ يَتَوَلَّوۡنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا قَدَّمَتۡ لَهُمۡ أَنفُسُہُمۡ أَن سَخِطَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَفِى ٱلۡعَذَابِ هُمۡ خَـٰلِدُونَ (٨٠) وَلَوۡ ڪَانُواْ يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلنَّبِىِّ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مَا ٱتَّخَذُوهُمۡ أَوۡلِيَآءَ وَلَـٰكِنَّ ڪَثِيرً۬ا مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (79) Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka). (80) Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.

(al-Maidah: 78-81).

Selepas itu Baginda SAW telah bersabda dengan begitu tegas, “Demi ALLAH, kamu hendaklah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta menahan orang zalim daripada kezaliman dan bawalah dia ke jalan yang benar.”

(Dipetik dari kitab at-Targhib, hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)

[+/-] Selengkapnya...

Sunday 3 May 2009

Risalah Tarbiah - Sunnah bersiwak

0 comments

Islam sememangnya syumul yaitu menyeluruh bagi menjaga masyarakat muslim dari semua aspek dari segi ibadat, pemakaian, pergaulan, pemakanan, kebersihan dan lain-lainnya. Semuanya ini berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai kepentingannya sendiri. Misalnya hadith berkenaan hukum solat seperti berikut ;

Dari Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan :
Rasulullah saw bersabda: Solat salah seseorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk


Dengan ini kita dapati bahwa solat ianya tidak diterima andainya seseorang itu tidak mengangkat hadas kecil dengan berwudhuk, dan wudhuk ini adalah membersihkan diri dari angota yang diwajibkan bagi menjaga kebersihan sebelum seseorang itu menghadap Allah swt.

Dan Skop Kebersihan ini dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wudhuk, mandi, membersih pakaian dan tempat tingal serta tempat ibadat.

Nabi s.a.w telah menjelaskan bahwa penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani, membersihkan jiwa kita dengan merapatkan diri dengan Allah swt atau jasmani, dengan menjaga diri yaitu membersihkan diri melalui kebersihan tubuh badan, pemakaian, pemakanan dan lain-lainnya.

Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)." (Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak.

Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."

Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah.

Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi.

Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan.

Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut.

Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.

Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.

Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan.

Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata: "Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak." (Hadis riwayat Muslim)

iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.

Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan.

Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan: "Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara."

Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.

Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.

Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

[+/-] Selengkapnya...

Saturday 2 May 2009

Risalah Tarbiah - Pakaian dan Perhiasan

1 comments

Berhias adalah satu sunnah nabi saw dan dituntut pada sekalian mukmin supaya mencerminkan seorang mukmin bersih, indah dan ianya juga adalah sumber dakwah pada orang yang kafir agar mereka tertarik pada agama islam bukan hanya sekadar shakhsiah peribadi sahaja bahkan permakaianan yang tertib dan sopan.

Tetapi berhias juga kadangkala boleh mendatangkan mudharat jika ia tidak mengikut kehendak syarak dan mengikut hawa nafsu. Firman Allah swt dalam kitabnya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putrera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau kanak-kanak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki(hamba) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS. An Nuur 31)

Bukan sahaja pada wanita sahaja perlu berjaga-jaga dalam berhias diri tetapi juga kepada kaum lelaki tidak kurang dituntut menjaga diri dari perkara sedemikian yang mana Nabi saw telah bersabda :

daripada riwayat Ibnu Umar ra,
Bahwa Umar bin Khathab melihat kain sutera bergaris pada pintu mesjid lalu berkata: Ya Rasulullah saw.! Kalau saja engkau membeli ini lalu engkau kenakan di hadapan kaum muslimin pada hari Jumat dan untuk menemui tamu utusan (delegasi) yang datang kepadamu! Rasulullah saw. bersabda: Yang memakai ini hanyalah orang yang tidak mempunyai bagian memakainya di akhirat. Beberapa waktu kemudian, Rasulullah saw. mendapatkan beberapa potong kain sutera. Rasulullah saw. memberikan sebagian kepada Umar. Umar bertanya: Ya Rasulullah saw.! Engkau memberikanku pakaian ini padahal engkau telah mengatakan tentang kain sutera Utharid beberapa waktu yang lalu? Rasulullah saw. bersabda: Aku memberikan ini kepadamu bukan untuk engkau pakai. Lalu Umar memberikannya kepada saudaranya yang masih musyrik di Mekah


Serta didalam hadith yang diriwayat oleh Barra' bin Azib ra., beliau berkata:

Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk melaksanakan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin (mengucap yarhamukallah), melaksanakan sumpah dengan benar, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarkan salam. Beliau melarang kami dari cincin atau bercincin emas(laki), minum dengan wadah dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qas (terbuat dari sutera) serta mengenakan pakaian sutera baik yang tebal dan tipis(laki)

Dan Hadith yang telah diriwayatkan oleh Hudzaifah bin Yaman ra.:
Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian minum dalam wadah emas dan perak dan jangan mengenakan pakaian sutera sebab pakaian sutera itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia dan untuk kalian di akhirat pada hari kiamat

Haruslah diingat bahwasanya Seorang muslim itu, mereka dibolehkan berhias asalkan ianya tidak mendatangkan rasa keegowan, riak dan takabbur kerana sifat ini hanyalah sifat Allah dan hamba Allah yang doif seperti kita tidak sepadan bersifat sedemikian.
Bagi wanita juga mereka diwajibkan menutup aurat dan behias dalam erti kata tidak keterlaluan supaya tidak menarik perhatian yang boleh mendatangkan kemaksiatan dan kemudaratan terhadap diri dan bangsa islam itu sendiri seperti berzina, berkhalwat dan perkara-perkara lain.

Bukankah islam itu agama yang indah, janganlah merosakkan keindahan islam itu dengan mencerminkan keburukan dan contoh yang boleh menjejaskan islam itu sendiri.

[+/-] Selengkapnya...

Friday 1 May 2009

Risalah Tokoh - Sayyid Sabiq

0 comments

Tokoh kali ini adalah seorang ulama' agung mesir ketika zaman era kegemilangan jemaah al-Ikhwan al-Muslimin menapak dibumi ardhu kinanah ini. Kemunculannya membantu masyarakat umah ketika ini dengan memberikan impak yang besar dalam ilmu fekh khususnya agar ianya lebih berkembang sesuai dengan zaman era perkembangan islam dizaman ini.

Beliau adalah Syaikh Sayyid Sabiq rah, dilahirkan pada tahun 1915 H di Mesir dan meninggal dunia pada tahun 2000 M. Beliau merupakan salah seorang ulama' al-Azhar yang menyelesaikan kuliahnya di fakulti syari’ah. Kesibukannya dengan dunia feqah melebihi apa yang pernah dibuat oleh para ulama' al-Azhar yang lainnya. Beliau mulai menekuni dunia penulisan melalui beberapa majalah yang aktiv pada waktu itu, seperti majalah mingguan ‘al-Ikhwan al-Muslimun’. Dalam majalah ini, beliau menulis artikel ringkas mengenai ‘Feqah Thaharah.’ Dalam pengajiannya beliau lebih mengutamakan pada kitab-kitab feqh hadith yang menitikberatkan didalam permasalahan hukum seperti kitab Subulussalam karya ash-Shan’ani, Syarah Bulughul Maram karya Ibn Hajar, Nailul Awthar karya asy-Syaukani dan selainnya.

Syaikh Sayyid mengambil metode yang membuang fahaman fanatisme madzhab tetapi tidak menyelar fahaman berikut. Beliau berpegang pada dalil-dalil dari Kitabullah, as-Sunnah dan Ijma’, mempermudahkan gaya bahasa tulisannya untuk pembaca, menghindari istilah-istilah yang runyam, tidak memperlebar dalam mengemukakan ta’lil (alasan-alasan hukum), lebih cenderung untuk memudahkan dan mempraktikkannya demi kepentingan umat agar mereka cintakan agama dan menerimanya. Beliau juga gemar menjelaskan hikmah dari pembebanan syari’at (taklif) dengan meneladani al-Qur’an dalam memberikan alasan hukum.

Juzuk yang pertama dari kitab beliau yang terkenal adalah “Fiqih Sunnah” diterbitkan pada tahun 40-an di abad 20. Ia merupakan sebuah risalah dalam ukuran kecil dan hanya tertumpu dalam feqah thaharah. Pada mukaddimahnya terkandung kata-kata aluan oleh Syaikh Imam Hasan al-Banna yang memuji manhaj (metode) Sayyid Sabiq dalam penulisan, cara pengajian yang bagus dan berupayanya memberikan daya kepada orang mencintai bukunya itu.

Setelah itu, Sayyid Sabiq terus menulis dan dalam waktu berikutnya beliau telah mengeluarkan juzuk yang sama ukurannya dengan yang pertama sebagai sambungan dari buku sebelumnya hingga akhirnya telah berhasil menerbitkan 14 juz. Kemudian dijilidkan menjadi 3 jilid yang besar. Belaiu terus mengarang bukunya itu hingga mencapai selama 20 tahun seperti yang dituturkan salah seorang muridnya, Syaikh Yusuf al-Qardhawi.

Banyak ulama yang memuji buku karangan beliau ini yang dinilai telah memenuhi hajat perpustakaan Islam kerana feqh sunnah yang dikaitkan dengan madzhab feqh. Karena itu, majoriti kalangan intelektual yang belum memiliki komitmen pada madzhab tertentu atau fanatik terhadapnya akan kagum untuk membacanya. Jadilah buku tersebut sebagai sumber yang memudahkan mereka untuk merujuknya dan menyelesaikan pelbagai permasalahan feqh.

Buku itu kini sudah tersebar di seluruh pelusok dunia Islam dan telah dicetak beberapa kali tanpa keizinan pengarangnya. Tetapi, ada kalanya sebahgian fanatism madzhab mengkritik buku Feqh Sunnah dan menilainya sebagai mengajak kepada ‘tidak bermadzhab’ yang pada akhirnya menjadi jembatan menuju ‘ketidak seragaman.’

Sebahgian ulama menilai Sayyid Sabiq bukanlah termasuk penyeru kepada ‘tidak bermadzhab’ sekali pun beliau sendiri tidak komitmen pada madzhab tertentu. Alasannya, karana beliau tidak pernah mencela madzhab-madzhab feqh yang ada dan tidak mengingkari keberadaanya.

Sementara sebagian ulama yang lain, mengkritik buku tersebut dan menilai Syaikh Sayyid Sabiq sebagai orang yang terlalu bebas dan tidak memberikan feqh perbandingan sebagaimana kemestian di dalam mendiskusikan dalil-dalil naqli dan aqli serta melakukan perbandingan ilmiah di antaranya, lalu memilih mana yang lebih rojih (kuat) berdasarkan ilmu. Apa yang dinilai para penentangnya tersebut tidak pada tempatnya. Sebenarnya buku yang dikarang Sayyid Sabiq itu harus dilihat dari sisi untuk siapa ia menulis buku itu. Beliau tidak menulisnya untuk kalangan para ulama tetapi untuk majoriti kaum pelajar yang memerlukan buku yang mudah dan praktis, baik dari sigi format atau pun content (isi).

Di antara ulama yang mengkritik buku tersebut adalah seorang ulama hadith yang terkenal, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang kemudian menulis buku ‘Tamaamul Minnah Bitta’liq ‘ala Fiqhissunnah”. Kitab ini ibarat takhrij bagi hadith-hadith yang terdapat di dalam buku feqh sunnah.

Syaikh Sayyid Sabiq merupakan medium yang selalu mengajak agar umat bersatu dan merapatkan barisan. Beliau mengingatkan agar tidak berpecah belah yang dapat menyebabkan umat menjadi lemah. Beliau juga mengajak agar membentengi para pemudi dan pemuda Islam dari usaha upaya musuh Allah dengan membiasakan mereka dengan beramal islami, memiliki kepekaan, memahami segala permasalahan kehidupan serta memahami al-Qur’an dan as-Sunnah. Hal ini agar mereka terhindar dari perangkap musuh-musuh Islam.

Beliau juga pernah mengingatkan bahwa Israel adalah musuh utama umat ini yang selalu memusuhi kita secara berkesinambungan. Beliau pernah bertemu dengan salah seorang pengajar berasal dari Palestin yang bercerita kepada beliau, “Suatu kali saya pernah melihat seorang Yahudi sangat serius duduk menghafal Kitabullah dan hadith-hadith Rasulullah. Lalu saya tanyakan kepadanya, ‘Kenapa kamu melakukan ini.?’ Ia menjawab, ‘Agar kami dapat membantah kalian dengan argumentasi. Kalian adalah orang-orang yang reaktif dan sangat sensitif, karana itu kami ingin mengendalikan segala sensiviti kalian itu. Jika kami berdebat dengan kalian, kami akan menggunakan ayat-ayat dan hadits Nabi kalian. Kami juga akan menyebutkan sebagian permisalan dalam bahasa Arab yang mendukung permasalahan kami sehingga kalian bertekuk lutut terhadap seruan kami dan mempercayai kebenarannya.” (alsofwah.or.id)

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template