Thursday, 7 May 2009

Risalah Hadith - Keutamaan Dakwah



Daripada Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Kemerosotan Bani Israil bermula dengan demikian: Apabila seorang lelaki di kalangan mereka bertemu dengan lelaki yang lain maka dia berkata, “Wahai fulan takutilah ALLAH Subhanahu-Wataala dan tinggalkanlah perkara yang kamu lakukan kerana perkara tersebut tidak halal bagi kamu.” Selepas itu dia bertemu lagi pada masa yang lain sedangkan lelaki tersebut masih lagi belum berubah. Keadaan yang demikian tidak pula menghalangnya daripada menjadi rakan yang makan, minum dan duduk bersama. Apabila mereka melakukan demikian maka ALLAH Subhanahu-Wataala telah menyatukan sebahagian hati mereka dengan sebahagian yang lain (hati-hati orang yang taat telah dijadikan sebagaimana keadaan hati-hati penderhaka). Kemudian Baginda SAW membaca ayat berikut:

لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨) ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩) تَرَىٰ ڪَثِيرً۬ا مِّنۡهُمۡ يَتَوَلَّوۡنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا قَدَّمَتۡ لَهُمۡ أَنفُسُہُمۡ أَن سَخِطَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَفِى ٱلۡعَذَابِ هُمۡ خَـٰلِدُونَ (٨٠) وَلَوۡ ڪَانُواْ يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلنَّبِىِّ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مَا ٱتَّخَذُوهُمۡ أَوۡلِيَآءَ وَلَـٰكِنَّ ڪَثِيرً۬ا مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (79) Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka). (80) Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.

(al-Maidah: 78-81).

Selepas itu Baginda SAW telah bersabda dengan begitu tegas, “Demi ALLAH, kamu hendaklah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta menahan orang zalim daripada kezaliman dan bawalah dia ke jalan yang benar.”

(Dipetik dari kitab at-Targhib, hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template