Wednesday, 13 May 2009
Risalah Tarbiah - Asbab segala bencana
Dunia adalah tempat persinggahan sementara untuk menuju akhirat yang kekal didalamnya abadan abada. Untuk mencapai ke tempat destinasi yang hendak dituju maka perlu bagi kita melalui laluan yang sukar dan cobaan rintangan untuk mencapai ke destinasi yan berikut.
Manusia diuji dengan pelbabai cubaan Allah dan ujian yang paling nyata adalah harta kekayaan dunia yang menyebabkan manusia gagal mengawal nafsu hingga melupakan segala perintahnya, Sabda nabi saw yang berikut :
HADITH dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:"Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:"Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.
Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:"Kerana inilah tanganku dipotong" Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun." (Muslim)
Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim.
Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.
Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!'
Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.
Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment