Tuesday, 31 March 2009

Risalah Tauladan



NELAYAN MUKMIN DAN NELAYAN KAFIR


Al-Kisah dizaman dahulu di suatu kampung, tingal dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

Moral Tauladan

Hidup didunia hanyalah sementara namun akhirat adalah tempat tinggal selama-lamanya.

Syurga tempat tinggal bagi orang mukmin manakala dunia adalah tempat bagi orang yang kafir.

Ujian yang diberikan diatas dunia ini bukan bermakna tuhan benci tetapi untuk menguji hamba-hambanya yang bertaqwa agar diberikan balasan yang setimpal kelak.

Jangan leka dan lalai dengan tanggung jawab yang diperintahkan.

Sentiasa bersyukur atas rezki yang diberikan, dan redha dalam menghadapi liku-liku hidup.

Hidup didunia banyak panca roba, mujahadah kerananya.

Jangan berptus asa, sesungguhnya allah benci pada hamba-hambanya yang berputus asa.

Keimana itu adalah lebih bernilai berbanding dunia dan segala isi-isinya.

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template