بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Solat berjemaah amatlah dititik beratkan dizaman rasulullah s.a.w, namun alangkah sedihnya umat diakhir zaman ini telah leka dan lalai tentang menunaikannya, ynag lebih buruk lagi ada sesetengah individu gagal menunaikan kewajipan solat lima waktu. Dan ketahuilah solat berjemah adalah lebih afdhal dan semputna jika dibandingkan dengan solat bersendirian. jadi marilah kita bersama-sama merenung sejenak tentang hadith rasulullah s.a.w tentang fadhilat solat fardhu berjemaah :
Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Friday, 27 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment