Sunday, 29 March 2009

Risalah ilmiah


1)Bolehkah puasa 6 hari di bulan syawal dan diniatkan bersamanye puasa qadha'.maksudnye,setelah berpuase 6 hari di bulan syawal, secare automatik,kite telah menqadakkan 6 hari puasa?

2)Bolehkah puasa Qadha digabungkan dengan puasa sunat hari isnin dan khamis ?

Jawapan: Persoalan pertama

TIDAK BOLEH menghimpunkan niat puasa sunat 6 Syawal dengan puasa Qadha.

Jawapam :persoalan kedua

BOLEH menghimpunkan puasa qadha dan puasa isnin dan khamis.

Perincian persoalan seperti berikut, para ulama berbeza pendapat dalam masaalah ini,ia dikenali sebagai al-Tasyrik atau Tasyrik al-Niah yakni menghimpunkan 2 niat atau lebih dalam 1 amalan.

Pandangan yang lebih terperinci daripada al-Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayisy al-‘Uthaibiy. Secara ringkasnya masaalah ini adalah seperti berikut:

1. Hendaklah kita dapat membezakan antara amalan-amalan yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihannya yang tersendiri dengan amalan mutlak (umum) yang tidak berdiri sendiri dan tidak memiliki kelebihan yang tersendiri. Sebagai Contoh:

i. Perbezaan antara solat Tahiyyatul Masjid dengan solat sunat Dhuha. Dimana jika kita perhatikan, kita akan dapati solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihan yang tersendiri.

ii. Sebaliknya solat Tahiyyatul Masjid adalah solat sunat yang tidak berdiri sendiri dan tidak memiliki kelebihan yang tersendiri. Dimana solat sunat Tahiyyatul Masjid itu disyaritkan kepada sesiapa yang memasuki masjid, agar dia tidak terus duduk melainkan setelah dia menunaikan sembahyang terlebih dahulu. Maka jika seseorang masuk kemudian dia mendapati para jamaah telah mendirikan solat fardhu, lalu dia terus mengikuti jamaah, maka dia secara tidak langsung telah TIDAK melanggar arahan Nabi agar tidak terus duduk apabila memasuki masjid. Demikian halnya jika dia memasuki masjid selepas dikumandangkan azan Zohor contohnya, lalu dia masuk dan menunaikan solat sunat qabliah Zohor, maka dia telah mendapat pahala solat sunat qabliah dan pahala mematuhi saranan Nabi agar tidak memasuki masjid dan terus duduk melainkan didahulukan dengan mendirikan solat. Oleh dalam situasi ini, orang itu tidak ada lagi padanya sunat Tahiyyatul Masjid. Berbeza jika dia lakukan sebaliknya, andaikan dia menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid selepas dikumandangkan azan, setelah selesai, muazzin terus mengumandangkan iqamah, maka dia tidak dikira telah menunaikan solat sunat qabliah dengan mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid tadi, kerana sunat sunat Qabliah Zohor adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Perbezaan diantara solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan solat sunat Dhuha ini hendaklah diperhatikan sebaik mungkin. Memahami perbezaan ini memudahkan kita merungkaikan persoalan ini.

2. Utk lebih mudah difahami persoalan ini, saya datangkan lagi contoh amalan lain yang menyerupai kedudukan solat sunat Tahiyyatul Masjid ini.

- Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Dimana puasa pada hari Isnin dan Khamis ini tidak ada pahala khusus atas puasa tersebut, berbeza dengan puasa pada hari ‘Arafah dan ‘Asyura sebagai contoh. Akan tetapi sunatnya puasa pada hari Isnin dan Khamis adalah kerana pada dua hari tersebut semua amalan akan diangkat kepada Allah S.W.T. maka dengan itu Nabi S.A.W. suka amalannya diangkat kepada Allah dalam keadaan baginda sedang berpuasa.

Oleh itu, jika seseorang hendak berpuasa Qadha, Nazar, Kaffarah, atau puasa sunat 6 Syawal, digalakkan dia memilih hari Isnin dan Khamis agar dia beroleh pahala puasa yang dilakukannya dan beroleh juga kelebihan amalan diangkat kepada Allah, dalam keadaan dia berpuasa.
-
3. Berdasarkan penjelasan di atas, maka tidak tepat untuk menghimpunkan 2 niat atau lebih terhadap amalan yang setiap satu memiliki kelebihan yang tersendiri dan berdiri sendiri.

Maka TIDAK BOLEH menghimpunkan niat Qadha Ramadhan dengan Nazar, demikian juga TIDAK BOLEH menghimpunkan niat Qadha Ramadhan dengan niat sunat 6 Syawal. Nabi S.A.W. bersabda:

من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal, dia telah berpuasa setahun penuh, (kerana) sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan, dia memperoleh 10 kali ganda pahala amalan kebaikan yang dilakukannya.” (H.R. Ibn Majah).

Puasa 6 hari Syawal itu memperoleh pahala 6 hari x 10 (gandaan pahala) = 60, dicampur dengan puasa Ramadhan 30 hari x 10 (gandaan pahala) = 300. Maka 300 + 60, hasil tambahnya adalah 360, samalah kelebihannya seperti kita telah berpuasa setahun (Qamariah).

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template