Friday, 3 April 2009

Risalah Fadhilat Quran


Hazrat ‘Uqbah bin Amir RA berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami sedang duduk di atas ’suffah’ dan bertanya,

“Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silatur-rahim?”

Kami menjawab, “setiap orang daripada kami akan menyukainya,”

Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan (al-ibil).”

(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Moral Hadith


Hadith diatas menunjukkan betapa besarnya fadhilat quran, namun begitu tidak ramai yang dapat mengamalkan hal tersebut. Sekiranya bapa atau ibu dapat mengajar anak-anak mereka atau orang lain tentang quran insyaallah bukan sahaja mereka dapat fadhilat sebegini bahkan mereka juga dapat mendidik anak-anak mereka dan saudara mereka, dan pabila anak-anak mereka pandai kelak, mereka juga dapat mengajarkan quran kepada yang lain, nah betapa besarnya saham kita kelak hatta walau kita matipun pahala tidak henti-henti.

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template