Sunday, 12 April 2009

Risalah Hukum - Kepentingan Tajwid


Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. dan menjadi fardhu 'ain ketika hendak membaca Al -Quran sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
Bermaksud: 'Bacalah Al-Quran dengan bertartil (memelihara hukum tajwid).
Surah Al-Muzammil: 4


Rasulullah s.a.w. bersabda:

hadith
Bermaksud: Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya'.
Riwayat Imam Al-Bukhari

Berdasarkan dalil diatas kita dapat melihat betapa pentingnya belajar ilmu tajwid namun demikian disebabkan perasaan malu dan segan ramai dikalangan kita yang sudah dewasa khususnya tidak pandai dalam membaca quran dengan bertajwid apatah lagi seorang yang pandai dalam bidang agama tetapi gagal dalam membaca quran mengikut sunnah rasul dan cara yang betul. Harus diigat bahwa Al-Quran adalah kalamullah dan wajib kita menghormatinya bukan setakat beramal sahaja tetapi kaedah membaca juga tidak boleh diambil sambil lewa.

Jadi dengan ini merilah kita bersama-sama berazam agar meningkatkan diri dari kekurangan supaya menjadi insan yang lebih cemerlang, Insya Allah

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template