Tuesday, 28 April 2009

Risalah Fadhail - Kelebihan Al-Quran


Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”


(Hadith diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)

Sepertimana dalil diatas menunjukkan betapa besarnya kelebihan Al-Quran sehinngakan pembacanya dapat berada dibawah naungan rahmat Allah swt ketika semua manusia berada dalam kegelisaha di padang mahsyar kelak.

Padang Mahsyar ini adalah tempat perhimpunan dari semua umat termasuk umat nabi saw yaitu umat akhir zaman. Ianya juga tempat untuk dihisab segala amalan yang dilakukan dari amalan kebaikan sehinggalah amalan keburukkan. Sekiranya manusia berjaya disini maka berjayalah manusia untuk masuk kedalam syurga kelak, harus diingat Mahsyar ini boleh menjadi tempat yang tenang dan boleh juga menjadi tempat yang azab mengikut amalan individu tersebut.

Moga hadith yang kita lihat diatas menjadi intipati untuk berjuang dan menjadikan kita lebih istiqamah dalam beramal agar berjaya didunia dan diakhirat kelak, Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template