Sunday, 5 April 2009

Risalah Solah - 7 Jenis Solat Sunat


Sebagai seorang muslim selain dituntut mengerjakan solat fardhu berjemaah, kita juga perlu mengerjakan solat-solat sunat bagi mencari keredhaan Allah s.w.t disamping menghidupkan sunnah nabi s.a.w. Diantara solat sunat yang afdhal dilakukan dalam seharian ada 7 jenis semuanya. Seperti berikut ;

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

Fadhilat Solat Awwabin

Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.


SOLAT SUNAT RAWATIB


Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)


SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

SOLAT SUNAT ISYRAK

Sesudah Terbitnya matahari kira-kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan sembahyang 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq

Daripada anas bin maliq, rasulullah s.a.w bersabda;

Sesiapa yang bersembahyang subuh berjemaah, kemudian duduk berzikrullah sehinga terbit matahari, kemudian dia bersembahyang sunat 2 rakaat adalah baginya pahala mengerjakan haji dan umrah.
(riwayat tarmizi)

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


SOLAT TAUBAH

Di dalam Al-Quran Allah berfirman ;

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa yaitu dengan 2 rakaat, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada waktu makruh. Sebaik-baiknya pada waktu 2/3 malam (semasa qiamullail)

Keterangan

*Makruh tahrim - Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1.

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4.

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

1 comments:

CIKGU ANI: " BAHASA JIWA BANGSA" on 2 June 2009 at 20:16 said...

semoga anda sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya.

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template