Wednesday, 29 April 2009

Risalah Tokoh - Kenali Ulama' Agung Mesir

0 comments

Al-‘Arif billah asy- Shaikh Soleh Ja’afari, Beliiau adalah pengasas bagi Tariqah Ja’afariah dan beliau juga adalah Imam & Khatib di Masjid al–Azhar di Qaherah.


Al-‘Arif billah asy- Shaikh Muhammad Khalil Khatib ,Pengasas Tariqah Khatibiah As-Syaziliah Tanta ( 1909-1986M ).Seorang wali mastur dan menolak segala kemashyuran ,bermazhab Hanafi dan pernah ditawarkan untuk menjawat jawatan “Shaikhul Azhar” di zaman ‘Al Arifbillah As Shaikh Abdul Halim Mahmud sebanyak 2 kali.Wafat ketika berumur 77 tahun setelah menyelesaikan 77 buah kitab.Masyhur dengan gelaran “Syair Rasul ”

Al-‘Arif billah asy- Shaikh Muhammad Zaki Ibrahim Pengasas ‘Asyirah Muhammadiah di Qaherah, Mesir.

Al-‘Arif billah asy- Shaikh Muhammad Ibrahim Helmi Al-Qadir meninggal dalam keadaan sujud di malam lailatul qadar ketika menjadi imam pada sujud yang terakhir, keturunan Al-‘Arifbillah asy- Shaikh Abdul Qadir Jailani yang ke 17.Mahir di dalam bidang hadis
Al-Alim Al-‘Alamah Al-Hafiz Al-Imam Jalil Al-‘Arif billah asy- Shaikh Maulana Muhammad al-Hafiz b.Abdul Latif at Tijani al-Husaini.( 1315-1398 ).Merupakan Shaikh Ulama Hadis dan Shaikh Sufi dan Shaikh Tariqah Tijaniah di negeri Mesir.Wafat ketika berumur 83 tahun. “Setiap yang menghadiri majlis ilmunya tidak akan berganjak sehinggalah akan memenuhi di rung hatinya keimanan, kebenaran, ketenangan, kecintaan dan sentiasa loba di dalam membuat kebaikan ”

Al-Alim Al-‘Alamah Al-Hafiz Al-Imam Jalil Al-‘Arif billah asy- Shaikh Maulana Muhammad bin Abdul Rahim An-Nasyabiyah.Pengasas Tariqah An-Nasyabiyah As-Syazliah Tanta dan Shaikh Jamei al-Ahmadi Tanta..( 126.. –1338 @1849-1920 ) Beliau juga digelar sebagai “Abu Maarif ” kerana ke mashyurannya dan kearifannya didalam Mazhab Syafie.Belaiu merupakan Shaikh yang pertama mensyaratkan agar tidak mengambil sebarang ganjaran ……… dan banyak mewakafkan madrasah-madrasah .Sejak kecil kehidupan beliau sentiasa zuhud pada dunia dan maqabalah terhadap ilmu dan ibadah.Sering beriktikaf di masjid sehingga akhirnya beliau wafat ketika berumur 71 tahun.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, 28 April 2009

Risalah sahabah - Kisah Abu Hurairah ra

0 comments


Sahabat nabi saw adalah insan yang paling mulia selepas nabi kerana pengorbanannya dalam membantu berjuang bersama nabi saw, jasa mereka tidak mampu dibayar melainkan jannah Allah swt firman Allah swt dalam quran

Pada Surah At-Taubah ayat: 100
Terjemahannya :
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Tafsir Ibnu Katsier :
Allah Swt memberitahu tentang redha-Nya kepada orang-orang yang terdahulu dan yang pertama-tama masuk islam dari golongan Muhajirin dan Ansar, serta orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan sebaik- baiknya. Bagi mereka itu semuanya Allah menyediakan kehidupan di surga dengan segala ni’mat dan kebahagiaannya.

Beserta dengan ini marilah bersama mengenal mereka dengan mengunkap kisah sahabat ra pada minngu ini mengenai kisah Abu Hurairah ra, yaitu Bapa Kucing Kecil

Tokoh kita ini biasanya berpuasa sunah tiga hari setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam peninggalan Hijri), mengisi malam harinya dengan membaca Al-Quran dan solat tahajud. Akrab dengan kemiskinan, beliau sering mengikatkan batu ke perutnya, bagi menahan lapar. Dalam sejarah beliau dikenal sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dialah Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah), begitu orang mengenalnya. Kenapa beliau dikenal sebagai "Bapak Kucing"? Di waktu jahiliyah namanya dulu Abdu Syamsi ibn Shakhr Ad-Dausi, dan tatkala beliau memeluk Islam, beliau diberi nama oleh Rasul saw dengan Abdurrahman. beliau sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang bayangnya. Inilah sebabnya beliau digelar sebagai "Bapa Kucing".

Penghafal Hadits Terbesar Sepanjang Masa


Shahabat mulia Abu Hurairah adalah seorang perawi agung yang paling banyak meriwayatkan hadith. dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam kemampuan dan kekuatan ingatan. Abu Hurairah r.a. mempunyai kelebihan dalam seni menghafal apa yang didengarinya, ingatannya mempunyai keistimewaan dalam segi menghafal dan menyimpan. Didengarya, lalu terpatri dalam mindanya, hampir tidak pemah beliau melupakan satu kata atau satu huruf pun dari apa yang telah didengarnya, sekalipun usia bertambah dan masa saling berganti. Oleh karena itulah, beliau telah mewakafkan hidupnya untuk lebih banyak mendampingi Rasulullah saw sehingga termasuk antara sahabat yang terbanyak menerima dan menghafal Hadith, serta meriwayatkannya.

Sewaktu datang zaman pemalsuan hadith yang dengan sengaja masyarakat mereka hadith-hadith palsu, seolah-olah ianya berasal dari Rasulullah saw mereka memperalat nama Abu Hurairah dan menyalahgunakan keterangannya dalam meriwayatkan Hadith dari Nabi saw , hingga sering kali mereka mengeluarkan sebuah "hadith", dengan menggunakan kata-kata: -- "Berkata Abu Hurairah... "

Dengan perbuatan ini hampir-hampir mereka menyebabkan keterangan Abu Hurairah dan kedudukannya selaku penyampai Hadith dari Nabi saw menjadikan ianya satu keraguan dan tanda tanya, kalaulah tidak ada usaha dengan susah payah dan ketekunan yang luar biasa, serta banyak waktu yang telah di habiskan oleh tokoh-tokoh utama para ulama Hadith yang telah membaktikan hidup mereka untuk berkhidmat kepada Hadith Nabi dan menyingkirkan setiap tambahan yang dimasukkan ke dalamnya.

Di sana Abu Hurairah berhasil meloloskan diri dari jaringan kepalsuan dan penambahan yang sengaja hendak diselundupkan oleh kaum perosak ke dalam Islam, dengan mengkambing hitamkan Abu Hurairah dan membebankan dosa dan kejahatan mereka kepadanya.

Setiap anda mendengar muballigh atau penceramah atau khatib Jum'at mengatakan kalimat yang mengesankan dari Abu Hurairah r.a berkata beliau, telah bersabda Rasulullah saw.." Saya katakan ketika anda mendengar nama ini dalam rangkaian kata tersebut, dan ketika anda banyak menjumpainya, nah banyak sekali dalam kitab-kitab Hadith, sirah, fiqah serta kitab-kitab Agama pada umumnya, maka ketahuilah bahwa anda sedang menemui suatu pribadi, antara sekalian banyak pribadi yang paling gemar bergaul dengan Rasulullah dan mendengarkan sabdanya. Karana itulah perbendaharaannya yang menakjubkan dalam hal Hadith dan pengarangan penuh hikmat yang dihafalkannya dari Nabi saw jarang sekali diperoleh dan bandingkannya.

Beliau adalah salah seorang yang menerima pantulan revolusi Islam, dengan segala perubahan yang mengkagumkan yang telah diciptakan. Dari seorang hamba upahan menjadi perawi hadith agung.

Dari seorang yang teronta-ronta di tengah-tengah lautan manusia, menjadi imam dan ikutan! Dan dari seorang yang sujud di hadapan batu-batu yang disusun, menjadi orang yang beriman kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Inilah Abu Hurairah ra sekarang bercerita dan berkata: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, dan pergi hijrah dalam keadaan miskin. Aku menerima upah sebagai pembantu pada Busrah binti Ghazwan demi untuk mengisi perutku! Akulah yang melayani keluarga itu bila mereka sedang menetap dan menuntun binatang tunggangannya bila sedang bepergian. Sekarang inilah aku, Allah telah menikahkanku dengan putri Busrah, maka segala puji bagi Allah yang telah menjadikan Agama ini tiang penegak, dan menjadikan Abu Hurairah ikutan ummat.!"

Islamnya Abu Hurairah


Jika dibandingkan Nabi saw, umurnya lebih muda sekitar 30 tahun. Dia lahir di Daus, sebuah desa miskin di padang pasir Yaman. Hidup di tengah kabilah Azad, beliau sudah yatim semenjak kecil, yang membantu ibunya menjadi penggembala kambing.

Abu Hurairah ra datang kepada Nabi saw di tahun yang ke tujuh Hijrah sewaktu beliau berada di Khaibar, beliau memeluk Islam karana dorongan kecintaan dan kerinduannya terhadap Islam. Dan semenjak beliau bertemu dengan Nabi Saw; dan berbai'at kepadanya, hampir-hampir beliau tidak pernah berpisah daripada nabi kecuali pada ketika waktu tidur . Begitulah berjalan selama masa empat tahun yang dilaluinya bersama Rasulullah saw yakni sejak beliau memeluk agama islam hingga wafatnya Nabi, pergi jauh disisi Yang Maha Tinggi. Kita katakan: "Waktu yang empat tahun itu tak ubahnya bagai suatu usia manusia yang panjang lebar, penuh dengan segala yang baik, dari perkataan, sampai kepada perbuatan dan pendengaran!'

Dengan fitrahnya yang kuat, Abu Hurairah mendapat kesempatan yang besar yang memungkinkannya untuk memainkan peranan yang penting dalam berbakti kepada Agama.

Ketika itu pahlawan perang dikalangan sahabat amat banyak walhal ahli feqah, juru da'wah dan para guru amat sedikit. Tetapi lingkungan dalam masyarakat ketika itu amat memerlukan tulisan dari penulis. Di masa itu golongan manusia pada umumnya bukan hanya terbatas pada bangsa Arab saja bahkan termasuk juga benua eropah tidak mampu menulis. Dan tulisan itu belum Lagi merupakan bukti kemajuan terhadap masyarakat dikala itu.

Walaupun Abu Hurairah bukanlah seorang penulis, beliau hanya seorang ahli hafal yang mahir, di samping memiliki kesempatan atau mampu mengadakan kesempatan yang diperlukan itu, karena ia tak punya tanah yang akan digarap, dan tidak punya perniagaan yang akan diurus.

Beliau menyadari bahwa dirinya termasuk orang yang terakhir masuk Islam, maka ia bertekad untuk mengejar ketinggalannya, dengan cara mengikuti Rasul terus menerus dan secara tetap menyertai majlisnya. Kemudian disadarinya pula adanya bakat pemberian Allah ini pada dirinya, berupa daya ingatannya yang luas dan kuat, serta semakin bertambah kuat, tajam dan luas lagi dengan do'a Rasul "", agar pemilik bakat ini diberi Allah berkat.

Beliau telah menyiapkan dirinya dan menggunakan bakat dan kemampuan yang kurnia Ilahi untuk memikul tanggung jawab dan memelihara peninggalan yang sangat penting ini dan mewariskannya kepada generasi kemudian.

Abu Hurairah bukan tegolong dalam barisan penulis, tetapi sebagaimana telah kita utarakan, beliau adalah seorang yang beketerampilan dalam bidang hafalan dengan mempunyai daya ingatan yang kuat. Karana beliau juga tidak punyai tanah yang akan diushakan atau perniagaan yang akan disibukkan, ini telah memberikan peluang untuknya berdamping dengan nabi saw, baik dalam perjalanan mahupun dikala menetap.

Begitulah beliau mempermahir dirinya dengan ketajaman daya ingatnya untuk menghafal Hadith-hadith Rasulullah saw. Sewaktu Rasul telah pulang ke Rafikul'Ala (wafat), Abu Hurairah terus-menerus menyampaikan hadith, yang menyebabkan sebahgian sahabatnya merasa hairan sambil tertanya-tanya di dalam hati, dari mana datangnya hadith-hadith ini.

Abu Hurairah telah memberikan penjelasan untuk menghilangkan rasa kecurigaan dan keraguan kepada sahabat lain, beliau berkata: "Tuan-tuan telah mengatakan bahwa Abu Hurairah banyak sekali mengeluarkan hadith dari Nabi saw. Dan tuan-tuan katakan pula orang-orang Muhajirin yang lebih dahulu daripadanya masuk Islam, tidak ada menceritakan hadith itu? Ketahuilah, bahwa sekalian sahabatku orang-orang Muhajirin itu, mereka sibuk dengan perdagangan mereka di pasar-pasar, sedang sahabat-sahabatku dari orang Anshar sibuk degan tanah pertanian mereka. Sedang aku adalah seorang miskin, yang paling banyak menyertai majlis Rasulullah, maka aku hadir sewaktu yang lain tidak. Dan aku tahu seandainya mereka lupa adalah karena kesibukan mereka.

Dan Nabi saw pernah berbicara kepada kami di suatu hari, berkata beliau: "Siapa yang membentangkan serbannya hingga selesai ucapanku, kemudian dia mengambil serban ke dirinya, maka ia tidak akan terlupa dedikitpun dari apa yang telah didengarnya dari padaku!"

Maka kuhamparkan kainku, lalu beliau berbicara kepadaku, kemudian kuraih kain itu ke diriku, dan demi Allah, tak ada suatu pun yang terlupa bagiku dari apa yang telah kudengari daripadanya! Demi Allah kalau tidaklah karana adanya ayat di dalam Kitabullah nescaya tidak akan kukabarkan kepada kalian sedikitpun melainkan! Ayat itu ialah:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, sesudah Kami nyatakan kepada manusia di dalam Kitab mereka itulah yang dikutuk oleh Allah dan dikutuk oleh para pengutuk (Malaikat-malaikat) !"

Demikianlah Abu Hurairah menjelaskan rahasia kenapa hanya ia seorang diri yang banyak mengeluarkan riwayat dari Rasulullah saw. Yang pertama: karena ia melowongkan waktu untuk menyertai Nabi lebih banyak dari para shahabat lainnya.
Kedua, karena ia memiliki daya ingatan yang kuat, yang telah diberi berkat oleh Rasul, hingga ia jadi semakin kuat. Ketiga, ia menceritakannya bukan karena ia gemar bercerita, tetapi karena keyakinan bahwa menyebarluaskan hadits-hadits ini, merupakan tanggung jawabnya terhadap Agama dan hidupnya. Kalau tidak dilakukannya berarti ia menyembunyikan kebaikan dan haq, dan termasuk orang yang lalai yang sudah tentu akan menerima hukuman kelalaiannya!

Oleh sebab itulah ia harus saja memberitakan, tidak suatupun yang boleh menghalanginya dan tidak jua seorangpun boleh melarangnya, hingga pada suatu hari Amirul Mu'minin Umar berkata kepadanya: "Hendaklah kamu hentikan menyampaikan berita dari Rasulullah! kalau tidak, akan kukembalikan kau ke tanah Daus. !" (yaitu tanah kaum dan keluarganya).

Tetapi larangan ini tidaklah mengundang suatu tuduhan bagi Abu Hurairah, hanyalah sebagai pengukuhan dari suatu pandangan saja oleh Umar, yaitu agar orang-orang Islam dalam jangka waktu tersebut, tidak membaca dan menghafalkan yang lain, kecuali Al-Quran hingga ia melekat dan mantap dalam hati sanubari dan fikiran.

Kerana Al-Quran adalah kitab suci Islam, Undang-undang Dasar dan risalah lengkap dan terlalu banyak mnceritakan tentang Rasulullah saw yang teristimewa. Tambahan lagi sewaktu wafatnya baginda Nabi saw, saat baru tercetusnya usaha menghimpunkan Al-Quran, maka ditakuti jika dihafal hadith pada ketika itu ianya akan mengundang campur aduk terhadap hadith dan quran!

Oleh karena ini, Umar berpesan: "Sibukkanlah dirimu dengan Al-Quran karena dia adalah kalam Allah." Dan katanya lagi: "Kurangilah olehmu meriwayatkan perihal Rasulullah kecuali yang mengenai amal perbuatannya!"

Dan sewaktu beliau mngutus Abu Musa al-Asy'ari ke Irak beliau berpesan kepadanya: "Sesungguhnya anda akan mendatangi suatu kaum yang dalam mesjid mereka terdengar bacaan Al-Quran seperti suara lebah. maka biarkanlah seperti itu dan jangan anda bimbangkan mereka dengan hadith-hadith, dan aku menjadi pendukung anda dalam hal ini!"

Al-Qur'an sudah dihimpun dengan jalan yang sangat cermat, hingga terjamin keasliannya tanpa dirembesi oleh hal-hal lainnya. Adapun hadits, maka Umar tidak dapat menjamin bebasnya dari pemalsuan atau perubahan atau diambilnya sebagai alat untuk mengada-ada terhadap Rasulullah SAW dan merugikan Agama Islam.

Abu Hurairah menghargai pandangan Umar, tetapi beliau juga percaya terhadap dirinya dan teguh memenuhi amanat, hingga beliau tak mahu menyembunyikan suatu pun dari Hadits dan ilmu selama diyakininya bahwa menyembunyikannya adalah dosa dan kejahatan.

Demikianlah, setiap ada kesempatan untuk menumpahkan isi dadanya berupa Hadith yang pernah didengar dan ditangkapnya tetap jua disampaikan dan dikatakannya.

Hanya terdapat pula suatu hal yang merisaukan, yang menimbulkan kesulitan bagi Abu Hurairah ini, karena sering kali beliau berucap berkenaan Haditsnya maka akan adanya tukang hadits yang lain yang akan menyebarkan Hadits-hadits dari Rasul saw dengan menambah-nambah dan melebih-lebihkan hingga para sahabat merasa sulit terhadap sebahgian besar dari Hadith-hadithnya. Orang yang sering berbuat demikian adalah Ka'ab al-Ahbaar, seorang Yahudi yang masuk Islam.

Pada suatu hari Marwan bin Hakam bermaksud menguji kemampuan menghafal dari Abu Hurairah. Maka dipanggilnya beliau dan dibawanya duduk bersamanya, lalu dimintanya untuk mengkabarkan hadith-hadith dari Rasulullah saw. Sementara itu disuruhnya penulisnya menuliskan apa yang diceritakan Abu Hurairah dari balik dinding. Sesudah berlalu satu tahun, dipanggilnya Abu Hurairah kembali dan dimintanya membacakan sekali lagi Hadith-hadith tersebut yang telah ditulis sekretarinya. Ternyata tak ada yang terlupa oleh Abu Hurairah walau sepatah kata pun!

beliau berkata tentang dirinya, -- "Tak ada seorang pun dari sahabat-sahabat Rasul yang lebih banyak menghafal Hadith dari padaku, kecuali Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, karena beliau pandai menuliskan sedangkan aku tidak." Dan Imam Syafi'i mengemukakan pula pendapatnya tentang Abu Hurairah: -- "beliau seorang yang paling banyak menghafal di antara seluruh perawi Hadith yang sesamanya." Sementara Imam Bukhari menyatakan pula: --"Ada delapan ratus orang atau lebih dari shahabat tabi'in dan ahli ilmu yang meriwayatkan Hadits dari Abu Hurairah."

Demikianlah Abu Hurairah ra tidak ubah bagai suatu perpustakaan besar yang telah ditaqdirkan kebijaksanaannya dan keabadiannya bagi menyampaikan risalah dari baginda nabi rasulullah saw.

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Fadhail - Kelebihan Al-Quran

0 comments

Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat. Pertama, al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, amanah. Ketiga, tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”


(Hadith diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)

Sepertimana dalil diatas menunjukkan betapa besarnya kelebihan Al-Quran sehinngakan pembacanya dapat berada dibawah naungan rahmat Allah swt ketika semua manusia berada dalam kegelisaha di padang mahsyar kelak.

Padang Mahsyar ini adalah tempat perhimpunan dari semua umat termasuk umat nabi saw yaitu umat akhir zaman. Ianya juga tempat untuk dihisab segala amalan yang dilakukan dari amalan kebaikan sehinggalah amalan keburukkan. Sekiranya manusia berjaya disini maka berjayalah manusia untuk masuk kedalam syurga kelak, harus diingat Mahsyar ini boleh menjadi tempat yang tenang dan boleh juga menjadi tempat yang azab mengikut amalan individu tersebut.

Moga hadith yang kita lihat diatas menjadi intipati untuk berjuang dan menjadikan kita lebih istiqamah dalam beramal agar berjaya didunia dan diakhirat kelak, Insya Allah.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, 27 April 2009

Risalah Tarbiah - Tinggalkan Perkara Yang Sia-sia.

0 comments

Sabda nabi saw yang berbunyi :

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعـنيه

حديث حسن رواه الترمذي ابن ماجه

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Telah bersabda Rasulullah SAW: "Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya."

Hadith Hasan riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah

Kehidupan didunia ini hanyalah sementara sahaja jika dibandingkan kehidupan diakhirat yang kekal selama-lamanya, namun manusia sememangnya alpa dengan kemewahan , kecantikan ,serta hawa nafsu yang mengawal diri dari berfikir.

Apa yang lebih diutamakan hanyalah keduniaan dan bekalan yang akan dibawa kelak dilupa dan diabaikan, walhal ajal bukan kita yang menentukan entah esok atau sekejap lagi kita bakal menemui Allah swt.

Jadi haruslah diingat bahwasanya janganlah lalai dan lupa tentang semua amalan didunia ini akan dihisab oleh Allah swt, maka seharusnya kita mengambil ihtimam tentang apa yang diamanahkan olehnya dan meninggalkan perkara yang sia-sia yang boleh mendatangkan dosa dan memudharatkan diri kelak.

Tinggalkanlah maksiat dan perkara-perkara yang boleh melupakan dan menjauhkan diri dengan Allah swt. Marilah berazam dan bertikad untuk melakukan perkara yang diredahainya dan meninggalkan perkara yang dilaknat olehnya.


[+/-] Selengkapnya...

Sunday, 26 April 2009

Risalah Tokoh - Ibnu Taymiyah

0 comments

Tokoh yang sememangnya dikenali kerana memiliki ilmu yang banyak dalam bidang agama dan perjuangannya dari segi penulisan serta peperangan telah membangkitkan agama Allah agar terpacak teguh dibumi yang fana' ini, beliau sememangnya tidak asing lagi adalah Taqiyyudin Ahmad bin Abdilhalim bin Taymiyyah atau nama gelarannya Ibnu Taymiyyah seorang ulama' agung yang berasal dari bumi Baghdad.

beliau lahir dari keluarga yang bertaqwa. Ayahnya Syihabuddin bin Taymiyyah. Seorang Syaikh, hakim, khatib, 'alim dan wara'. Bangnya Majduddin Abul Birkan Abdussalam bin Abdullah bin Taymiyyah Al-Harrani. Syaikhul Islam, Ulama fiqih, ahli hadits, tafsir, Ilmu Ushul dan hafizul quran.

Lahir di harran, 10 Rabiul Awwal 661 H di zaman ketika Baghdad merupakan pusat kekuasaan dan budaya Islam. Ketika berusia enam tahun, Taymiyyah kecil dibawa ayahnya ke Damaskus.

Di Damaskus beliau telah belajar dari banyak guru. Ilmu hisab, khat, Nahwu, Ushul fiqih merupakan bahgian dari ilmu yang diperolehnya. Di usia remaja beliau telah mereguk limpahan ilmu utama dari manusia utama. Dan satu hal lagi beliau telah dikurniai Allah Ta'ala kemampuan mudah menghafal dan sukar lupa. Hingga dalam usia muda , beliau telahpun menghafal Al-qur'an.

tidak hanya itu, beliau telah mengimbangi ketamakannya menuntut ilmunya dengan kebersihan hatinya. beliau amat suka menghadiri majlis-majlis mudzakarah (dzikir). Pada usia tujuh belas tahun kepekaannya terhadap dunia ilmu mulai ketara. Dan pada umur 19, beliau telahpun memberi fatwa.

Ibnu Taymiyyah amat menguasai rijalul Hadits (perawi hadits) dan Fununul hadith (jenisjenis hadith) baik yang lemah, cacat atau shahih. Beliau memahami semua hadith yang termuat dalam Kutubus Sittah dan Al-Musnad. Dalam mengemukakan ayat-ayat sebagai hujjah, beliau memiliki kehebatan yang luar biasa, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan kelemahan para mufassir. Tiap-tiap malam beliau telah menulis tafsir, fiqh, ilmu 'ushul sambil mengomentari para filosof . Sehari semalam beliau mampu menulis empat buah kurrosah (buku kecil) yang memuatkan berbagai pendapatnya dalam bidang syari'ah. Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikul Ibnul Warid bahwa karangan beliau mencapai lima ratus judul.

Al-Washiti mengemukakan: "Demi Allah, syaikh sekalian (Ibnu Taymiyyah) memiliki keagungan khuluqiyah, amaliyah, ilmiyah dan mampu menghadapi tantangan orang-orang yang menginjak-injak hak Allah dan kehormatanNya."

Mujahid Dan Mujaddid

Dalam perjalanan hidupnya, beliau juga terjun ke masyarakat menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar. Ia tak mengambil sikap uzlah melihat merajalelanya kema'syiyatan dan kemungkaran. Suatu saat, dalam perjalanannya ke Damaskus, disebuah warung yang biasa jadi tempat berkumpulnya para pandai besi, ia melihat orang bermain catur. Ia langsung mendatangi tempat itu untuk mengambil papan catur dan membalikkannya. Mereka yang tengah bermain catur hanya termangu dan diam.

Beliau juga pernah mengobak-ngabikkan tempat pemabukkan dan pendukungnya. Bahkan, pernah pada suatu jum'at, Ibnu Taymiyyah dan pengikutnya memerangi penduduk yang tinggal digunung jurdu dan Kasrawan karena mereka sesat dan rusak aqidahnya akibat perlakuan tentara tar-tar yang pernah menghancurkan kota itu. Beliau kemudian menerangkan hakikat Islam pada mereka.

Tak hanya itu, beliau juga seorang mujahid yang menjadikan jihad sebagai jalan hidupnya. Katanya: "Jihad kami dalam hal ini adalah seperti jihad Qazan, jabaliah, Jahmiyah, Ittihadiyah dan lain-lain. Perang ini adalah sebagian nikmat besar yang dikaruniakan Allah Ta'ala pada kita dan manusia. Namun kebanyakan manusia tak banyak mengetahuinya."

Tahun 700 H, Syam dikepung tentera tar-tar. beliau segera mendatangi ketua kota Syam dengan memecahkan segala kemungkinan yang terjadi. Dengan mengemukakan ayat Alqur'an beliau membangkitkan keberanian membela tanah air menghalau musuh. Kegigihannya itu membuatkan beliau dipercaya untuk meminta bantusan sultan di mesir. Dengan argumentasi yang matang dan tepat, beliau mampu menggugah hati sultan. Pabila sultan mengarahkan seluruh tenteranya menuju Syam sehingga akhirnya diperoleh kemenangan yang gemilang.

Pada Ramadhan 702 H, beliau terjun sendiri kemedan perang Syuquq yang menjadi pusat komando pasukan tar-tar. Bersama tentara Mesir, mereka semua maju bersama dibawah komando Sultan. Dengan semangat Allahu Akbar yang menggema mereka berhasil mengusir tentara tar-tar. Syuquq dapat dikuasai.

Pandangan Dan Jalan Fikiran


Pemikiran Ibnu Taymiyyah tidak hanya terbatas dalam bidang syar'I, tetapi juga mengupas masalah politik dan pemerintahan. Pemikiran beliau dalam bidang politik dapat dikaji dari bukunya Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyah fi naqdh Kalam as-Syi'ah wal Qadariyah (Jalan Sunnah Nabi dalam pemyangkalan terhadap keyakinan kalangan Syi'ah dan Qadariyah), As-Siyasah as-Syar'iyah (Sistem Politik Syari'ah), Kitab al-Ikhriyaratul 'Ilmiyah (Kitab aturan-aturan yuridis yang berdiri sendiri) dan Al-Hisbah fil Islam (Pengamat terhadap kesusilaan masyarakat dalam Islam)

Sebagai penganut aliran salaf, beliau hanya percaya pada syari'at dan aqidah serta dalil-dalilnya yang ditunjukkan oleh nas-nas. Karena nash tersebut merupakan wahyu yang berasal dari Allah Ta'ala. Aliran ini tak percaya pada metode logika rasional yang asing bagi Islam, karena metode semacam ini tidak terdapat pada masa sahabat maupun tabi'in. Baik dalam masalah Ushuludin, fiqih, Akhlaq dan lain-lain, selalu ia kembalikan pada Qur'an dan Hadits yang mutawatir. Bila hal itu tidak dijumpai maka ia bersandar pada pendapat para sahabat, meskipun ia seringkali memberikan dalil-dalilnya berdasarkan perkataan tabi'in dan atsar-atsar yang mereka riwayatkan.

Menurut Ibnu Taymiyyah, akal pikiran amatlah terbatas. Apalagi dalam menafsirkan Al-Qur'an maupun hadits. Ia meletakkan akal fikiran dibelakang nash-nash agama yang tak boleh berdiri sendiri. Akal tak berhak menafsirkan, menguraikan dan mentakwilkan qur'an, kecuali dalam batas-batas yang diizinkan oleh kata-kata (bahasa) dan dikuatkan oleh hadits. Akal fikiran hanyalah saksi pembenar dan penjelas dalil-dalil Al-Qur'an.

Bagi beliau tidak ada pertentangan antara cara memakai dalil naqli dengan yang sahih dengan cara aqli yang sorih. Akal tidak berhak mengemukakan dalil sebelum didatangkan dalil naqli. Bila ada pertentangan antara aqal dan pendengaran (sam'i) maka harus didahulukan dalil qath'i, baik ia merupakan dalil qath'i maupun sam'i.

Polemik Ibnu Taymiyah


Pribadi Ibnu Taymiyyah memiliki banyak skop. Beliau sering kegiatannya menentang segala bid'ah, khurafat dan pandangan-pandangan yang menurutnya sesat. Tak heran jika beliau banyak mendapat tantangan dari para ulama.

"Sesungguhnya saya lihat ahli-ahli bid'ah, orang-orang yang besar diombang-ambingkan hawa nafsu seperti para mufalsafah (ahli filsafat), Bathiniyah (pengikut kebathinan), Mulahadah (mereka yang keras menentang Allah) dan orang-orang yang menyatakan diri dengan wihdatul wujud (bersatunya hamba dengan khaliq), Dahriyah (mereka yang menyatakan segalanya waktu yang menentukan), Qadhariyah (manusia berkehendak dan berkuasa atas segala kemauannya), Nashiriyah, Jamhiyah, Hulliyah, mu'thilah, Mujassamah, Musyibihah, Rawandiyah, Kilabiyah, Salimiyah dan lain-lain yang terdiri atas orang-orang yang tenggelam dalam kesesatan, dan mereka yang telah tertarik masuk kedalamnya penuh sesat. Sebagian besar mereka bermaksud melenyapkan syari'at Muhammad yang suci, yang berada diatas segala agama.

Para pemuka aliran sesat tersebut menyebabkan manusia berada dalam keraguan tentang dasar-dasar agama mereka. Sedikit sekali saya mendengan mereka menggunakan Al-qur'an dan hadits dengan sebenarnya. Mereka adalah orang-orang zindiq yang tak yakin dengan agama. Setelah saya melihat semua itu, jelaslah bagi saya bahwa wajib bagi setiap orang yang mampu untuk menentang kebathilan serta melemahkan hujjah-hujjah mereka, untuk mengerahkan tenaganya dalam menyingkap keburukkan-keburukkannya dan membatalkan dalil-dalilnya." Demikian diantara beberapa pendapatnya yang mendapat tantangan dari mereka yang merasa dipojokkan dan disalahkan.

Tahun 705 H, kemampuan dan keampuhan Ibnu Taymiyyah diuji. Para Qadhi berkumpul bersama sultan di istana. Setelah melalui perdebatan yang sengit antara mereka, akhirnya jelah bahwa Ibnu Taymiyyah memegang aqidah sunniyah salafiyah. Banyak diantara mereka menyadari akan kebenaran Ibnu Taymiyyah.

Namun, upaya pendeskriditan terhadap pribadi Ibnu Taymiyyah terus berlangsung. Dalam sebuah pertemuan di Kairo beliau dituduh meresahkan masyarakat melalui pendapat-pendapatnya yang kontroversial. Sang qadhi yang telah terkena hasutan memutuskan Ibnu Taymiyyah bersalah. Beliau diputuskan tinggal dalam penjara selama satu tahun beberapa bulan.

Dalam perjalanan hidupnya, beliau tidak hanya sekali merasakan kehidupan penjara. Tahun 726 H, berdasarkan fakta yang diputar balikkan, Sultan megeluarkan perintah penangkapannya. Mendengar ini ia berujar, "Saya menunggu hal itu. Disana ada masalah dan kebaikkan banyak sekali."

Kehidupan dalam penjara beliau telah memanfaatkan untuk membaca dan menulis. Tulisan-tulisannya tetap mengesankan kekuatan hujjah dan semangat serta pendapat beliau. Sikap itu malah mempersempit ruang gerak Ibnu Taymiyyah. Tanggal 9 Jumadil Akhir 728 H, semua buku, kertas, tinta dan pena-nya dirampas. Perampasan itu merupakan hantaman berat bagi Ibnu Taymiyyah. Setelah itu ia lebih banyak membaca ayat suci dan beribadah. Memperbanyak tahajjud hingga keyakinanya makin mantap.

Setelah menderita sakit selama dua puluh hari, beliau menghadap Rabbnya sesuai dengan cita-citanya: mati membela kebenaran dalam penjara. {Pada hari itu, tanggal 20 Dzulqaidah 728 H pasar-pasar di Damaskus sepi. Kehidupan berhenti sejenak. Para Amir, pemimpin, ulama dan fuqaha, tentera, laki-laki dan perempuan, anak-anak kecil semuanya telah keluar rumah dan sekalian manusia telah turun kejalan untuk mengantar jenazahnya

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, 23 April 2009

Risalah fadhail - Kelebihan Berwudhuk

0 comments


1. Allah Subhanahu wa Ta’ala mencintai orangorang
yang bersih, sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala :

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang
yang bertaubat dan mencintai orang-orang
yang bersih (Al-Baqoroh :222)


2. Sesungguhnya gurrah dan tahjil (cahaya akibat
wudhu yang nampak pada wajah, kaki, dan
tangan) merupakan alamat khusus ummat
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam pada
hari kiamat kelak, sebagaimana sabda Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Salam :

“Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari
kiamat dalam keadaan bercahaya wajahwajah,
tangan-tangan dan kaki- kaki mereka
karena bekas wudhu” (Riwayat Bukhori dan
Muslim)


3. Wudhu dapat menghapuskan dosa-dosa dan
kesalahan-kesalahan, sebagaimana sabda Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Salam :
"Barang siapa yang berwudhu lalu
membaguskannya, maka akan keluar
kesalahan-kesalahannya dari badannya bahkan
sampai keluar dari bawah kuku-kukunya".
(Hadits riwayat Muslim no 245)


4. Wudhu bisa mengangkat derajat, sebagaimana
sabda Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam :
َ
“Maukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu
yang Allah menghapuskan kesalahankesalahan
dengannya dan mengangkat
derajat-derajat?” Para sahabat menjawab :
“Tentu, Ya Rosulullah”, Beliau berkata :
“Sempurnakanlah wudhu pada saat keadaankeadaan
yang dibenci (misalnya pada waktu
musim dingin-pent) dan perbanyaklah langkah
menuju mesjid-mesjid dan setelah sholat
tunggulah sholat berikutnya …”.(Hadits riwayat
Muslim no 251)


5. Dengan wudhu seseorang bisa masuk surga
dari pintu-pintu surga yang dia sukai,
sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Salam :

"Tidak ada seorang pun dari kalian yang
berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya
kemudian berkata : kecuali akan dibukakan baginya
pintu-pintu surga yang delapan dan dia masuk
dari pintu mana saja yang dia sukai". (Hadits
riwayat Muslim, Irwa’ul Ghalil no 96)

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, 22 April 2009

Risalah hayatus sahabah - Aisyah Binti Abu Bakar rha

0 comments

Seorang gadis kecil periang berumur sembilan tahun sedang gembira bermain-main dengan teman-temannya. Tiba-tiba beberapa orang yang sudah agak tua muncul dari sebuah rumah yang berhampiran datang ke tempat anak-anak tadi bermain. Mereka lalu membawa anak gadis itu pulang, memberinya pakaian yang rapi, dan malam itu juga, gadis itu dinikahkan dengan seorang yang paling agung di antara manusia, Nabi ummat akhir zaman. Suatu penghormatan paling unik yang pernah diterima seorang wanita. Aisyah rha adalah salah seorang putri tersayang Sayidina Abu Bakar ra, sahabat Nabi yang setia, yang kemudian menggantikan Nabi sebagai Khalifah Islam yang pertama.

Aisyah rha. lahir di Mekkah 614 Masihi, delapan tahun sebelum permulaan zaman Hijrah. Orangtuanya sudah memeluk agama Islam. Sejak mulai kecil anak gadis itu telah dididik sesuai dengan tradisi paling mulia - agama Islam - dan dengan sempurna dipersiapkan dan diberinya hak penuh untuk kemudian menduduki tempat yang mulia. Beliau menjadi isteri Nabi selama sepuluh tahun. Masih muda sewaktu dinikahkan dengan Nabi, tetapi beliau memiliki kemampuan yang sangat baik sehingga dapat menyesuaikan diri dengan tugas barunya. Kehadirannya membuktikan bahwa beliau seorang yang bijak dan setia, dan sebagai istri, sangat mencintai tokoh dermawan paling besar bagi umat manusia.

Di seluruh dunia, beliau diakui sebagai pembawa riwayat paling otentik bagi ajaran Islam seperti apa yang telah disunahkan oleh suaminya. beliau dianugerahi ingatan yang sangat tajam, dan mampu mengingat segala pertanyaan yang diajukan para tamu wanita kepada Nabi, serta juga mengingat segenap jawapan yang diberikan oleh Nabi. Diingatnya secara sempurna semua yang disampaikan Nabi kepada para delegasi dan jemaah di masjid. Karana kamar Aisyah itu bersebelahan dengan masjid, dengan cermat dan tekun ia mendengarkan dakwah, ta'lim, dan mudzakarah Nabi dengan para sahabat dan orang-orang lain. Ia mengajukan juga pertanyaan-pertanyaan kepada Nabi tentang soal-soal yang sulit dan rumit sehubungan dengan ajaran agama Islam. Hal-hal inilah yang menyebabkan beliau menjadi ilmuwan dan periwayat yang paling besar dan paling otentik bagi sunnah Nabi dan ajaran Islam.

Aisyah tidak ditakdirkan hidup bersama-sama dengan Nabi untuk waktu yang lama. Pernikahannya itu berlangsung hanya sepuluh tahun saja. Tahun 11 Hijrah, 632 Masihi, menyaksikan kewafatan Nabi saw dan dimakamkan di kamar yang dihuni Aisyah. Nabi digantikan oleh seorang sahabat yang setia, Abu Bakar ra, sebagai khalifah islam yang pertama. Aisyah terus menduduki urutan pertama, dan setelah Fathima rha. meninggai dunia di tahun 11 Hijrah, Aisyah dianggap sebagai wanita yang paling penting di dunia Islam. Tetapi ayahnya, Abu Bakar, tidak berumur panjang. beliau meninggal dunia dua setengah tahun setelah kewafatan Nabi. Selama kekuasaan Umar al-Faruq, khalifah yang kedua, Aisyah menduduki posisi sebagai ibu utama di seluruh daerah-daerah Islam yang berkembang secara cepat dan semakin meluas. Orang yang datang untuk meminta nasihat-nasihatnya yang bijaksana tentang segala hal yang penting. Setelah itu menyaksikan khalifah Umar ra terbunuh dan kemudian Khalifah Usman.

Dua peristiwa kesyahidan tersebut telah mengguncangkan sendi-sendi Islam, dan menjurus kepada perpecahan yang tragik di kalangan umat Islam. Keadaan itu sangat merugikan agama yang sedang tersebar luas dan berkembang dengan cepat, yang pada waktu itu telah menjalar sampai ke batas pegunungan Atlas di sebelah Barat, dan ke puncak-puncak Hindu Kush di sebelah Timur. Aisyah ra tidak dapat mendiamkan diri sebagai penonton dalam menghadapi keadaan pepecahan umat dikala itu. Dengan sepenuh hati beliau membela mereka yang menuntut balas atas kesyahidan khalifah yang ketiga. Di dalam Perang Unta, suatu pertempuran melawan Ali, khalifah yang keempat, pasukan Aisyah kalah dan beliau terus mundur ke Madinah di bawah perlindungan pengawal yang diberikan oleh putra khalifah sendiri. Beberapa orang sejarawan yang menaruh minat terhadap peristiwa itu, baik yang Muslim maupun yang bukan, memberikan kritik kepada Aisyah dalam pertempuran melawan Ali. Tetapi tidak seorang pun yang meragukan kesungguhan hati dan keyakinan Aisyah untuk menuntut balas bagi darah Usman.

Aisyah menyaksikan berbagai perubahan yang dialami oleh Islam selama tiga puluh tahun kekuasaan khalifah yang saleh. beliau meninggal dunia tahun 678 Masehi. Ketika itu kekuasaan berada di tangan Muawiyah. Penguasa ini amat takut kepada Aisyah dengan kritik-kritiknya yang pedas berkenaan dengan negara Islam yang secara politis sedang berubah itu. Ibu Utama agama Islam ini terkenal dengan bermacam ragam sifatnya kesalehannya, umurnya, kebijaksanaannya, kesederhanaannya, kemurahan hatinya, dan kesungguhan hatinya untuk menjaga kemurnian riwayat sunnah Nabi. Kesederhanaan dan kesopanannya segera menjadi obor penyuluh bagi wanita Islam sejak waktu itu juga. Ia menghuni ruangan yang berukuran kurang dari 12 X 12 kaki bersama-sama dengan Nabi. Ruangan itu beratap rendah, terbuat dari batang dan daun kurma, diplester dengan lumpur. Pintunya cuma satu, itu pun tanpa daun pintu, dan hanya ditutup dengan secarik kain yang digantungkan di atasnya.

Selama masa hidup Nabi, jarang sekali Aisyah ra tidak kekurangan makan. Pada malam hari ketika Nabi mengembuskan nafasnya yang terakhir, Aisyah tidak mempunyai minyak. Waktu Khalifah Umar berkuasa, isteri dan beberapa sahabat Nabi mendapatkan tunjangan yang cukup besar tiap bulannya. Aisyah jarang menyimpan duit atau pemberian yang diterimanya sampai keesokan harinya, karana semuanya itu segera dibagikan kepada orang-orang yang memerlukannya. Pada suatu hari di bulan Ramadhan, waktu Abdullah ibn Zubair menyerahkan sekantung duit sejumlah satu lakh dirham, Aisyah membagikan duit itu sebelum waktu berbuka puasa.

Aisyah ra pada zamannya terkenal sebagai orator. Pengabdiannya kepada basyarakat, dan usahanya untuk mengembangkan pengetahuan orang tentang sunnah dan fiqh, tidak ada tandingannya di dalam catatan sejarah Islam. Jika orang menemukan persoalan mengenai sunnah dan fiqh yang sukar untuk dipecahkan, soal itu akhirnya dibawa kepada Aisyah, dan kata kata Aisyah ra menjadi keputusan terakhir. Kecuali Ali, Abdullah ibn Abbas dengan Abdullah ibn Umar, Aisyah juga termasuk kelompok intelektual di tahun-tahun pertama Islam.

Ibu Agung Agama Islam ini mengembuskan nafasnya yang terakhir 17 Ramadhan, 58 Hijriah (13 July, 678 Masehi). Kematiannya menimbulkan rasa duka terutamanya penduduk di Madinah dan di seluruh dunia Islam. Aisyah rha. bersama Khadijah rha. dan Fathima az-Zahra rha. dianggap sebagai wanita yang paling menonjol di kalangan wanita Islam. Kebanyakan para ulama' menempatkan Fathimah rha. di tangga teratas, diikuti oleh Khadijah rha, dengan Aisyah rha sebagai yang terakhir. Tapi ulama ibn Hazim malah menempatkan Aisyah rha. nomor dua sesudah Nabi Muhammad SAW, di atas semua isteri, sahabat, dan rekan-rekannya. Menurut Allama ibn Taimiya, Fathimahlah yang berada di tempat teratas, karena beliau adalah anak yang paling disayangi Nabi, Khadijah itu agung karena dialah orang pertama yang memeluk agama Islam. Tetapi, tidak seorang pun yang menandingi Aisyah mengenai peranannya dalam menyebarluaskan ajaran Nabi.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, 21 April 2009

Risalah Tarbiah - Yang Haram dan Halal itu Jelas

0 comments

Islam sememangnya menitik beratkan hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum halal dan haram , semua aspek-aspek yang perlu dititik beratkan termasuklah makan ,minum, tempat tinggal dan semua perkara-perkara yang berkait rapat dengan hukum dosa dan pahala.

Tambahan lagi masyarakat kini sememangnya masyi atau cerdik dalam hukum hakam tapi malangnya gagal memahaminya dengan melaksanakan perkara-perkara yang dituntut. Makan dari sumber yang haram ,pakain , harta semua ini akan dihisab oleh Allah swt dan yang paling penting adalah hidup diatas dunia ini hanyalah sementara sahaja. Dan malang sekali sekiranya kita kembali kelak dihapan Allah swt tidak ada satupun yang bersih hatta daging jasad kita sendiri berkembang dari sumber yang tidak diredhainya. Sabda nabi saw didalam hadithya yang berbunyi



عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما ، قـال : سمعـت رسـول الله صلي الله عـليه وسلم يقول: إن الحلال بين ، وإن الحـرام بين ، وبينهما أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه ، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام ، كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه،ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله ، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ، ألا وهي الـقـلب

رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
(Diriwayatkan oleh Bukari dan Muslim)


Jadi dengan ini marilah kita bersama-sama mengikat keazaman diri dalam merealisasikan perkara yang diradhainya dengan mencari rezki dari sumber yang halal semetelah juga menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah azza wajalla. sekian wassalam.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, 20 April 2009

Risalah Tarbiah - Larangan Mengumpat

0 comments

Ramai dikalangan kita tidak menyedari bahawa mereka telahpun melakukan dosa setiap hari tanpa mereka sedari dan alangkah ruginya pula pahala yang mereka kerjakan dalam seharian hilang begitu sahaja, ini berikutan kerana mereka telah melakukan dosa dengan mengumpat.

Apakah itu mengumpat ?
Mengumpat ialah apabila seseorang menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain dibelakang individu tersebut atau tanpa disedarinya.

Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai Mengumpat seperti sabdanya yang bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila
menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging
saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,
inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja
besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan
mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda
Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang itu akan terkejut besar apabila
melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya
kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada
orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat
nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib
berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Cara yang terbaik bagi menghindari perbuatan mengumpat ini adalah dengan memperbanyakkan amalan dengan berzikir, kurangkan becakap benda yang sia-sian dan lalai.

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, 19 April 2009

Risalah Tokoh - Dr Yusuff Qarhawi

0 comments

Dr yusuff Qardhawi diahirkan di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Ketika berusia 10 tahun, dia sudahpun menghafal al-Qur'an. Beliau telah menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, serta melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar di Fakulti Usuluddin. Hasil berkat kegigihannya beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1952.
Dr Al-Qardhawi telah memperoleh gelaran doktor pada tahun 1972 dengan Tasis bertajuk "Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahaskan persoalan zakat dengan suasana modern.

Disebabkan kelambatannya meraih gelaran doktor, karana beliau terpaksa meninggalkan Mesir akibat kekejaman rejim yang berkuasa ketika itu. Dia terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana beliau telah mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar. Pada waktu yang sama, beliau juga telah mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi dan mendapat kewarganegaraan Qatar serta menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.

Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah mengenyam "pendidikan" didalam penjara sejak dari mudanya, ketika itu Mesir dipegang Raja Faruk pada tahun 1949. sewaktu itu umurnya masih baru berusia 23 tahun, beliau ditangkap karana keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Dan pada April tahun 1956, beliau telah ditangkap lagi ketika terjadinya Revolusi Jun di Mesir. dan Oktober berikutnya sekali lagi beliau mendekam di penjara militer selama dua tahun.

Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga telah dilarang dipilih sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai menciptakan provokasi kepada umum tentang ketidak adilan rejim saat itu.

Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat putri dan tiga putra. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, beliau membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Dan hebatnya beliau, kerana tidak membedakan pendidikan yang harus ditempuhi oleh anak-anak perempuannya dan laki-lakinya.

Salah seorang putrinya memperoleh gelaran doktor fizik dalam bidang nuklear dari eropah. Putri keduanya pula memperoleh gelaran doktor dalam bidang kimia juga dari eropah, dan yang ketiga masih lai menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika.

Anak laki-laki yang pertama menempuh S3 dalam bidang teknik elektro di Amerika, yang kedua belajar di Universiti Darul Ulum Mesir. dan yang bungsu telah menamatkan kuliahnya pada fakulti teknik jurusan listrik.

Dilihat dari keseragaman pendidikan anak-anaknya, kita dapat membaca sikap dan pandangan Qardhawi terhadap pendidikan modern. Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Sebabnya ialah, karana Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembagian ilmu secara dikotomis. Semua ilmu dapat diislamikan, bergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.(Source)

Pandangan ulama' tentang Dr. Yusuf Al Qaradawi sebagai berikut :

Hasan al Banna : "Sesungguhnya beliau adalah seorang penyair yang hebat dan berbakat"

Imam Kabir Samahatus Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz mantan mufti kerajaan Saudi dan ketua Hai'ah Kibarul Ulama berkata: "Buku-bukunya memiliki banyak ilmiah dan sangat berpengaruh di dunia Islam."

Imam al Muhaddits Muhammad Nashiruddin al Albany-ahli hadis terkemuka abad 20 berkata, "Saya diminta (al Qaradhawy) untuk meneliti riwayat hadis serta menjelaskan kesahihan dan ke dha'ifan hadis yang terdapat dalam bukunya (Halal wal Haram). Hal itu menunjukkan beliau memiliki akhlak yang mulia dan pribadi yang baik. Saya mengetahui semua secara langsung. Setiap dia bertemu saya dalam satu kesempatan, dia akan selalu menanyakan kepada saya tentang hadis atau masalah fiqh. Dia melakukan itu agar dia mengetahui pendapat saya mengenai masalah itu dan dia dapat mengambil manfaat dari pendapat saya tersebut. Itu semua menunjukkan kerendahan hatinya yang sangat tinggi serta kesopanan dan adab yang tiada taranya. Semoga Allah SWT mendatangkan manfaat dengan keberadaannya." Mengapapa pengikut ke-2 syaikh itu tidak mengambil manfaat dari kesaksian mereka?

Imam Abul Hasan an Nadwi - ulama terkenal berasal dari India berkata: "al Qaradhawy adalah seorang 'alim yang sangat dalam ilmunya sekaligus sebagai pendidik kelas dunia."

Al 'Allamah Musthafa az Zarqa', ahli fiqh asal Suriah berkata: "al Qaradhawy adalah Hujjah zaman ini dan dia merupakan nikmat Allah atas kaum muslimin."

Al Muhaddits Abdul Fattah Abu Ghuddah, ahli hadith asal Suriah dan tokoh Ikhwanul Muslimin berkata: "al Qaradhawy adalah mursyid kita. dia adalah seorang 'Allamah."

Syaikh Qadhi Husein Ahmad, amir Jamiat Islami Pakistan berkata: "Al Qaradhawy adalah madrasah ilmiah fiqhiyah dan da'awiyah. Wajib bagi umat untuk mereguk ilmunya yang sejuk."

Syaikh Thaha Jabir al Ulwani, direktur International Institute of Islamic Thought di AS - berkata: "Al Qaradhawy adalah faqihnya para dai dan dainya para faqih."

Syaikh Muhammad alGhazaly- dai dan ulama besar asal Mesir yang pernah menjadi guru al Qaradhawy sekaligus tokoh Ikhwanul Muslimin berkata: "Al Qaradhawy adalah salah seorang Imam kaum muslimin zaman ini yang mampu menggabungkan fiqh antara akal dengan atsar." Ketika ditanya lagi tentang al Qaradhawy, beliau menjawab, "Saya gurunya, tetapi dia ustazku. Syaikh dulu pernah menjadi muridku, tetapi kini dia telah menjadi guruku."

Syaikh Abdullah bin Baih -dosen Univ. malik Abdul Aziz di Saudi - berkata: "Sesungguhnya Allamah Dr. Yusuf al Qaradhawy adalah ulama' yang tidak perlu lagi pujian karena dia adalah seorang 'alim yang memiliki keluasan ilmu bagaikan samudera. Dia adalah seorang da'i yang sangat berpengaruh. Seorang murabbi generasi Islam yang sangat hebat dan seorang reformis yang berbakti dengan amal dan perkataan. Dia telah menyebarkan ilmu dan hikmahnya karana dia adalah seorang pendidik yang profesional."

[+/-] Selengkapnya...

Friday, 17 April 2009

Risalah Fadhail Amal - Amalan Jumaat

0 comments

Hari Jumaat sememangnya hari yang mulia tetapi masyarakat kini sering gagal dalam memanfaatkan hari tersebut, Allah swt telah menanugerahkan tiap-tiap hari dalam seminggu mempunyai satu hari yang paling barakah dan menjadikannya penghulu segala hari yaitu jumaat

Antara amalan-amalan yang patut dilakukan adalah seperti berikut

Amalan Sunat Hari Jumaat


Pada malam Jumaat digalakkan Qiamullail, bangun ditengah malam sambil berzikir, serta memperbanyakkan berselawat dan bersolat sunat (Tahhajut, Taubah, Tasbih, Hajat, Witir)

Pada subuhnya pula, setiap muslim digalakkan mandi sunat, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah dipenuhi ambillah saf seterusnya serta berniat beriqtikaf

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan



Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"



Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah.
Nabi saw pernah menegur para sahabatnya yang terus duduk tanpa solat tahiyat masjid sewaktu beliau sedang berkhutbah.Di Dalam sunnah juga dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang tahiyat itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, 16 April 2009

Risalah Tarbiah - Api Neraka

0 comments

KEHEBATAN APINYA

Kehebatan api neraka sememangnya digeruni walau hanya didengari bagi orang yang beriman dengannya, seperti mana disebut oleh rasul saw ;
Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata:Api dunia kamu adalah satu
dari 70 bahagian api neraka;"lalu seseorang
bertanya;"Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi
untuk membakar orang kafir?Maka Rasulullah menjawab,
"Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa
di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas
sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia
ini lagi berdasarkan hadith Rasulullah: Diriwayat oleh
Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda: "Api neraka mengadu kepada Allah
dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku
memakan di antara satu sama lain."Lalu Allah
membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada
musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya
mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,"
Riwayat Bukhori


MAKANAN PENDUDUK NERAKA


Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan
ini tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah:

"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon
yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula
menghilangkan lapar." Al Ghasiyah 6-7


MINUMAN AHLI NERAKA


1. Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah:

"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh
orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di
antaranya dan di antara air yang mendidihh yang
memuncak panasnya."

2. Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah:

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di
sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah
dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali
orang-orang yang berdosa." Al Haqqah : 35-37


3. Sadid (air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli
neraka)

Firman Allah: "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam,
dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar
dari tubuh ahli neraka." Ibrahim 16


4. Air seperti Tembaga cair

Firman Allah:

"Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan
diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih
yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang
paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al
Kahfi 29.


PAKAIAN AHLI NERAKA


1. Pakaian dari api

Firman Allah:

"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang
bertengkar,mereka saling bertengkar mengenai tuhan
mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka
pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang
mendidih ke atas kepala mereka." Al Hajj 19

2. Pakaian dari minyak tar

Firman Allah:

"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka
diliputi oleh jilatan api neraka." Ibrahim 50.

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin
yang kafir dan engkar kepada Allah,batu-batu termasuk
patung berhala.Firman Allah;

"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang
keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang
diperintahkanNya." At Tahrim 6


PENDUDUK NERAKA

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti
penduduknya adalah orang miskin,dan aku melihat ke
dalam neraka,aku mendapati majoriti penduduknya adalah
wanita," Riwayat Bukhori.


NAMA-NAMA NERAKA


Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah
disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1. Jahannam -

Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka
Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai." An-
Naba:21

2. Latho

Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat
sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang
berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" - Al- Ma
arij; 15-16.

3. Al-Hutamah

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan
dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa
Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang
dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al Humazah 4-7

4. Sa ir

Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud:
Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke
neraka sa ir. 5. Saqar

Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya
ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka
Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak
membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit
manusia."

6. Al- Jahim

" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada
orang-orang yang sesat." Asy-Syura :91

7. Al- Hawiyah

" Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan
(kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka
Hawiyah. .. iaitu api yang sangat panas. Al- Qari
ah;8-11.


[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, 15 April 2009

Risalah Tokoh - Sheikh Ahmad Yasin

0 comments

Risalah tokoh pada mingu ini adalah seorang pejuang yang masyhur dalam membangkitkan intifada Palastin, Beliau adalah Sheikh Ahamad Yassin yang mana telah dilahirkan di Desa Joura-Ashkelon (kini wilayah Israel) pada bulan Jun 1936.

Pada usia 12 tahun ia telah menyaksikan kekalahan bangsa Arab kepada Israel laknatullah alaih dalam perang Arab-Israel. Kekalahan itu telah membentuk cara berfikir bagi Yassin muda. Dia telah berprinsip, rakyat Palestin harus mengendalikan diri mereka sendiri dengan cara mempersenjatai diri, bukan berpaksi pada bangsa yang lain, baik pada bangsa Arab lain mahupun masyarakat internasional.

Yassin bersekolah hingga tahap 5 Ibtidaiyah di Desa Joura. Meletusnya perang Arab-Israel pada tahun 1948 membuatkan dia dan keluarganya berkongsi keperitan di Jalur Gaza. Seusia sekolah menengahnya pada tahun 1957-1958, Yassin yang lumpuh keempat-empat anggota tubuhnya akibat kecelakaan semasa kecil tidak menghalang beliau memperoleh pekerjaan sebagai guru.

Aktiviti politik Yassin dimulai ketika beliau berusia linkungan 20-an berpartisipasi dalam tunjuk perasaan di Jalur Gaza menentang invasi segi tiga Israel, Inggeris, dan Perancis terhadap Mesir pada tahun 1956.

Menurut BBC News, Yassin belajar di Universiti Al Azhar, Cairo, tempat kelahiran Ikhwanul Muslimin. Di sanalah dia membentuk keyakinan bahwa tanah Palestina-wilayah Palestin dan Israel-adalah tanah wakaf milik Muslim seluruh dunia dan bahwasanya tidak seorang pemimpin Arabpun boleh mempunyai hak untuk menyerahkan bahgian apa pun dari wilayah ini.

Sheikh Yassin menjadi aktif dalam perlibatan Ikhwanul Muslimin wilayah Palestin, namun begitu beliau baru sahaja dia dikenal secara meluas setelah Intifada Palestin yang pertama pada tahun 1987.

Pemerintah Israel sewaktu itu telah menangkap Sheikh Yassin pada tahun 1982 dengan tuduhan memimpin gerakan perlawanan rahsia dan menyembunyikan senjata. Dia dijatuhi hukuman 13 tahun penjara, namun dibebaskan pada 1985 melalui transaksi penukaran tawanan antara Israel dan Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina (PFLP).

Pada akhir tahun 1987 Sheikh Yassin bersama pemimpin Palestin lainnya mendirikan Hamas yang kemudiannya sangat berperanan dalam intifada pertama (1987-1993). Dia menjadi pemimpin spiritual gerakan parti itu. Pada tahun 1989 Sheikh Yassin bersama tokoh Hamas lainnya ditangkap pasukan Israel dan mendapat vonis hukuman seumur hidup.

Pada tahun 1997 Sheikh Yassin dibebaskan atas permintaan Almarhum Raja Hussein dari Jordan sebagai kompensasi atas gagalnya percubaan pembunuhan oleh Mossad terhadap Kepala Biro Politik Hamas Khaled Meshal di Amman.

Dia telah cuba membina hubungan baik dengan autoriti Palestin dan para pemimpin lain di dunia Arab, namun pendiriannya menaggani isu perdamaian tidak mahu dikompromikan. Menurut BBC, Sheikh Yassin berulang kali mengatakan, "Apa yang disebut jalan damai itu bukan perdamaian dan itu bukanlah pengganti bagi jihad dan perlawanan."

Dalam wawancara dengan United Press International bulan Jun tahun itu, ketika ditanya apakah dia akan menerima hudna atau gencatan senjata dengan Israel, Yassin mengatakan Hamas telahpun bersiap tetapi hanya dengan syarat-syarat khusus. Hudna menurut dia tak sekadar berakhirnya kekerasan di kedua pihak, tetapi harus menyebabkan orang Palestin mendapatkan haknya.

Sheikh Yassin menjadi ilham yang kuat bagi ana-anak muda Palestin yang kecewa oleh runtuhnya harapan perdamaian. Ia mengilhami mereka untuk memberikan nyawa.

Maut telah menjemput baliau pada tanggal 22 March 2004 lalu saat sang pemimpin spiritual dan dua pengawalnya itu keluar dari masjid setelah solat subuh. Menurut saksi, helikopter tempur Israel meluncurkan tiga rudal ke arah Yassin dan dua pengawalnya.

Hantaman keras peluru itu mengakibatkan ketiganya tewas seketika. Sumber dari hospital menambah, serbuan tersebut juga meragut nyawa lima orang lain
dan 17 lainnya telah cedera.

Sumber keamanan Israel mengungkapkan, Perdana Menteri Ariel Sharon memberikan perintah secara langsung dan mengawasi helikopter yang menyerang pemimpin lumpuh berkerusi roda itu.

Gelar syuhada telahpun diraihnya
Insya Allah tiket ke syurga telah digenggamnya
Selamat jalan sang mujahid
Selamat jalan as Syahid......

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, 14 April 2009

Risalah Fadhail amal - Fadhilat Dzikir

0 comments

Didalam Quran dan hadith banyak disebut tentang kelebihan atau fadhilat dzikir seperti mana Allah swt telah berfirman ;

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Didalam hadith Rasulullah saw juga terdapat banyak dalil-dalil yang menyebut tentang kelebihan dzikir ini diantaranya ialah :

Dari riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah swt berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.



Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:


“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:


“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:


“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:


“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:


“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:


“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:


“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:


“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:


“Belum.”

Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:


“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:


“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:


“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:


“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

[+/-] Selengkapnya...

Monday, 13 April 2009

Risalah sahabah -Penyair dan Panglima Islam

0 comments

Abdullah Ibnu Rawahah - Penyair dan Panglima Islam

Sewaktu itu islam masih baru bertapak dan rasulullah saw masih lagi menetap di kota Mekkah, menghadapi para utusan yang datang dari kota Madinah, dengan menyelinap menyembunyikan diri dari kaum Quraisy. Mereka yang datang ini terdiri dari dua belas orang utusan suku atau kelompok yang kemudian dikenal dengan nama Kaum Anshar (penolong Rasul). Mereka sedang dibai'at Rasul (diambil janji sumpah setia) yang terkenal pula dengan nama Bai'ah Al-Aqabah Al-Ula (Aqabah pertama). Merekalah pembawa dan penyi'ar IsIam pertama ke kota Madinah, dan bai'at merekalah yang membuka jalan bagi hijrah Nabi beserta pengikut beliau, yang pada gilirannya kemudian, membawa kemajuan pesat bagi Agama Allah yaitu Islam. Maka salah seorang dari utusan yang dibai'at Nabi itu, adalah Abdullah bin Rawahah.

Dan pada tahun berikutnya, Rasulullah saw membai'at lagi tujuh puluh tiga orang Anshar dari penduduk Madinah pada bai'at 'Aqabah kedua, maka tokoh Ibnu Rawahah ini pun termasuk salah seorang utusan yang dibai'at itu.

Kemudian sesudah Rasullullah bersama sahabatnya berhijrah ke Madinah dan menetap di sana, maka Abdullah bin Rawahahlah yang paling banyak berusaha dan bergiat dalam membela Agama dalam mengukuhkan sendi-sendinya. Dialah yang paling berwaspada mengawasi kegiatan dan tipu muslihat Abdullah bin Ubay (pemimpin golongan munafik) oleh penduduk Madinah yang telahpun bersedia untuk mengangkat Ibnu Ubay untuk menjadi raja sebelum kedatangan Islam berhijrah ke sana,Ibnu Ubay ini adalah seorang yang tidak pernah putus asa dalam berusaha menjatuhkan Islam dengan tidak mensia-siakan setiap kesempatan yang ada. Berkat kesiagaan Abdullah bin Rawahah yang terus-menerus mengikuti gerak-gerik Abdullah bin Ubay ini dengan cermat, maka gagallah usaha Abdullah bin Ubay dalam merialisasikan maksud jahatnya terhadap Islam apabila kegiatannya dapat di patahkan.

Ibnu Rawahah adalah seorang penulis yang tinggal di suatu lingkungan yang langka dengan kepandaian tulisannya. Dia juga seorang penyair yang handal, apabila bait-bait syair meluncur dari lidahnya, terlihat akan kelancaran yang jitu dan indah didengari.

Semenjak dia memeluk Islam, dibaktikan kemampuan bersyairnya itu untuk mengabdi diri bagi kejayaan Islam. Rasullullah saw sangat menyukai syairnya dan sering meminta beliau untuk lebih tekun lagi membuat syair.

Pada suatu hari, beliau duduk bersama para sahabatnya, tiba-tiba datanglah Abdullah bin Rawahah, lalu Nabi bertanya kepadanya, "Apa yang anda lakukan jika anda hendak mengucapkan syair?"

Jawab Abdullah, "Kurenungkan dulu, kemudian baru kuucapkan." Lalu teruslah ia mengucapkan syairnya tanpa bertangguh, demikian kira-kira artinya secara bebas:

"Wahai putera Hasyim yang baik,
Sungguh Allah telah melebihkanmu dari seluruh manusia,
Dan memberimu keutamaan,
Di mana orang tak usah iri.

Dan sungguh aku menaruh firasat baik yang kuyakini terhadap dirimu, Suatu firasat yang berbeda dengan pandangan hidup mereka.

Seandainya anda bertanya dan meminta pertolongan mereka, Dan memecahkan persoalan , Tiadalah mereka hendak menjawab atau membela.

Karana itu Allah mengukuhkan kebaikan dan ajaran yang anda bawa, Sebagaimana Ia telah mengukuhkan dan memberi pertolongan kepada Musa."

Apabila mendengar demikian Rasulullah menjadi gembira dan redha kepadanya, lalu bersabda, "Dan engkau pun akan diteguhkan oleh Allah."

Dan sewaktu Rasulullah sedang thawaf di Baitullah pada 'umrah qadla, Ibnu Rawahah berada di muka beliau sambil membaca syair dari rajaznya:

"Oh Tuhan,
Kalaulah tidak karana Engkau,
Nescaya tidaklah kami akan mendapat petunjuk,
Tidak akan bersedeqah dan Solat!

Maka mohon diturunkan sakinah keatas kami, Dan diteguhkan pendirian kami jika musuh datang menghadang.

Sesungguhnya orang-orang yang telah menganaya terhadap kami, Bila mereka membuat fitnah akan kami tolak dan kami tentang."

Maka orang-orang Islampun sering mengulangi syairnya yang indah itu.

Penyair Rawahah yang produktif ini amat berduka sewaktu turunnya ayat al-Quranul Karim yang artinya, "Dan para penyair, banyak pengikut mereka orang-orang sesat." (QS Asy-Syu'ara: 224). Tetapi kedukaan hatinya menjadi terlipur sewaktu turun ayat yang berikut, "Kecuali orang-orang(penyair) yang beriman, beramal soleh, dan banyak mengingati Allah serta menuntut bela sesudah mereka dianiaya." (QS Asy-Syu'ara: 227)

Dan sewaktu Islam terpaksa terjun ke medan perang karana membela diri, tampillah Abdullah ibnu Rawahah membawa pedangnya ke medan tempur Badar, Uhud, Khandak, Hudaibiah dan Khaibar, seraya menjadikan kalimat-kalimat syairnya dan qashidahnya menjadi slogan perjuangan, "Wahai diri! Seandainya engkau tidak tewas terbunuh, tetapi engkau pasti akan mati juga!"

Dia juga menyorakkan teriakan perang, "Singkirlah kamu, hai anak-anak kafir dari jalannya. Menyingkir kamu setiap kebaikan akan ditemui pada Rasulnya."

Dan pabila datang waktu perang Muktah. Abdullah bin Rawahah adalah panglima yang ketiga dalam pasukan Islam. Ibnu Rawahah berdiri dalam keadaan bersedia bersama pasukkan Islam yang berangkat meninggalkan kota Madinah. Dia berdiri tegak sejenak lalu mengucapkan syairnya:

"Yang kupinta kepada Allah Yang Maha Rahman,
Keampunan dan kemenangan di medan perang,
Dan setiap ayunan pedangku memberi ketentuan,
Bertekuk lututku pada angkatan perang syaitan,
Akhirnya aku tersungkur memenuhi harapan,
Mati syahid di medan perang!"

Benar, itulah cita-cita kemenangan yang gilang terbilang, pukulan pedang atau tusukan tombak, yang akan membawaku ke alam syuhada yang berbahagia!

Balatentara Islam maju bergerak kemedan perang Muktah. Sewaktu orang-orang Islam dari kejauhan telah dapat melihat musuh-musuh mereka, mereka memperkirakan besarnya balatentara Romawi sekitar dua ratus ribu orang! Karana menurut kenyataan barisan tentara mereka seakan tak ada ujung akhir dan seolah-olah tidak terbilang banyaknya!

Orang-orang Islam yang melihat jumlah mereka yang sedikit, lalu terdiam dan sebagian yang ada menyeletuk berkata, "Baiknya kita kirim utusan kepada Rasulullah, memberitakan jumlah musuh yang besar. Mungkin kita dapat bantuan tambahan pasukan, atau jika kita diperintahkan tetap maju maka kita patuhi."

Tetapi Ibnu Rawahah, bagaikan datangnya siang bangun berdiri di antara barisan pasukan-pasukannya lalu berucap, "Kawan-kawan sekalian! Demi Allah, sesungguhnya kita berperang melawan musuh-musuh kita bukan berdasar bilangan, kekuatan atau banyaknya jumlah. Kita tidak memerangi mereka, melainkan karena mempertahankan Agama kita ini, yang dengan memeluknya kita telah dimuliakan Allah! Ayuhlah kita maju! Salah satu dari dua kebaikan pasti kita capai, kemenangan atau syahid di jalan Allah!"

Dengan bersorak Kaum Muslimin yang sedikit bilangannya tetapi besar imannya itu menyatakan setuju. Mereka berteriak: "Sungguh, demi Allah, benar yang dibilang Ibnu Rawahah!"

Demikianlah, pasukan terus ke tujuannya, dengan bilangan yang jauh lebih sedikit menghadapi musuh yang berjumlah 200 ribu orang Romawi untuk menghadapi suatu peperangan dahsyat yang belum ada taranya. Kedua-dua pasukan bala tentara itu pun bertemu, lalu bermulalah pertempuran di antara keduanya.

Pemimpin yang pertama Zaid bin Haritsah yang gugur sebagai syahid, disusuli pula pemimpin yang kedua gugur menemui syahid Ja'far bin Abi Thalib, dan menyusul pula sesudah itu pemimpin yang ketiga yaitu, Abdullah bin Rawahah. Di kala itu dia mencapai panji perang dari tangan kanan Ja'far, sementara peperangan sudah mencapai puncaknya. Hampirlah pasukan Islam yang kecil itu, tersapu musnah di antara pasukan-pasukan Romawi yang datang membajirinya laksana air bah, yang berhasil dihimpun oleh Heraklius untuk maksud ini.

Ketika dia bertempur sebagai seorang prajurit dan pemimpin, ibnu Rawahah telah menoleh mukanya ke belakang, ke kiri dan ke kanan tanpa rasa ragu-ragu dan gentar menjaga barisan perajurit-perajurit yang lain seraya berkata:

"Aku telah bersumpah wahai diriku agar maju ke medan ini,
Tapi kenapa kulihat engkau seolah-olah menolak syurga...
Wahai diriku, bila kau tak terbunuh, kau kan pasti mati jua,
Inilah kematian sejati yang sejak lama kau nanti...
Tibalah waktunya apa yng engkau idam-idamkan selama ini,
Jika kau ikuti jejak keduanya, itulah ksatria sejati!
(Maksudnya, kedua sahabatnya Zaid dan Ja'far yang telah mendahului gugur sebagai syuhada)
Jika kamu berbuat seperti keduanya, itulah ksatria sejati!"

Dia pun maju menyerbu orang-orang Romawi dengan tabahnya. Kalau tidaklah taqdir Allah yang menentukan, bahwa hari itu adalah saat janjinya akan ke syurga, nescaya dia akan terus menebas musuh dengan pedangnya, hingga dapat menewaskan sejumlah besar dari mereka. Tetapi waktu keberangkatannya sudah tiba, yang memberitahukan awal perjalanannya pulang ke hadrat Allah, maka naiklah ia sebagai syahid.

Jasadnya jatuh terkapar, tapi rohnya yang suci dan perwira naik menghadap Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Tinggi, dan tercapailah puncak idamannya, "Hingga dikatakan, yaitu bila mereka meliwati mayatku, 'Wahai prajurit perang yang dipimpin Allah, dan benar ia telah terpimpin!'" "Benar engkau, ya Ibnu Rawahah! Anda adalah seorang prajurit yang telah dipimpin oleh Allah!"

Sewaktu pertempuran sengit sedang berkecamuk di bumi Balqa' Syam, Rasulullah saw sedang duduk bercakap dengan para shahabat yang lain di Madinah. Tiba-tiba percakapan baginda nabi saw terhenti, kedua matanya menjadi basah. Beliau mengangkatkan wajahnya dengan mengedipkan kedua matanya, untuk melepas air mata yang jatuh disebabkan rasa duka dan belas kasihan. Seraya memandang sekeliling ke wajah para shahabatnya dengan pandangan yang haru, beliau berkata, "Panji perang yang dipegang oleh Zaid bin Haritsah, dia bertempur bersamanya hingga ia gugur sebagai syahid... Kemudian diambil alih oleh Ja'far, dan ia bertempur pula bersama panji itu sampai syahid..." kemudian baginda berdiam sebentar, lalu meneruskan ucapannya, "Kemudian panji itu dipegang oleh Abdulah bin Rawahah dan dia juga bertempur bersama panji itu, sampai akhirnya iapun syahid juga."

Kemudian Rasul berdiam lagi seketika, sementara mata beliau bercahaya, menyinarkan kegembiraan, ketentraman dan kerinduan, lalu katanya pula, "Mereka bertiga diangkatkan ke tempatku di syurga."

Perjalanan manalagi yang lebih mulia …
Kesepakatan mana lagi yang lebih berbahagia …
Mereka maju ke medan tempur bersama-sama …
Dan mereka naik ke syurga bersama-sama pula …

Dan penghormatan terbaik yang diberikan untuk mengenangkan jasa mereka yang abadi, ialah ucapan Rasullullah Sallallahu alaihi wa sallam yang berbunyi, "Mereka telah diangkatkan ke tempatku di syurga……"

Sumber : diolah oleh Hafiz Rois sumber dari Buku Rijal Haular Rasul

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, 12 April 2009

Risalah Hukum - Kepentingan Tajwid

0 comments

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. dan menjadi fardhu 'ain ketika hendak membaca Al -Quran sepertimana firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
Bermaksud: 'Bacalah Al-Quran dengan bertartil (memelihara hukum tajwid).
Surah Al-Muzammil: 4


Rasulullah s.a.w. bersabda:

hadith
Bermaksud: Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya'.
Riwayat Imam Al-Bukhari

Berdasarkan dalil diatas kita dapat melihat betapa pentingnya belajar ilmu tajwid namun demikian disebabkan perasaan malu dan segan ramai dikalangan kita yang sudah dewasa khususnya tidak pandai dalam membaca quran dengan bertajwid apatah lagi seorang yang pandai dalam bidang agama tetapi gagal dalam membaca quran mengikut sunnah rasul dan cara yang betul. Harus diigat bahwa Al-Quran adalah kalamullah dan wajib kita menghormatinya bukan setakat beramal sahaja tetapi kaedah membaca juga tidak boleh diambil sambil lewa.

Jadi dengan ini merilah kita bersama-sama berazam agar meningkatkan diri dari kekurangan supaya menjadi insan yang lebih cemerlang, Insya Allah

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, 9 April 2009

Risalah Tarbiah - 6 Prinsip Para Sahabat ra

0 comments

(1) iman "Laa Ilaha Illallah "dan "Muhammadurasulullah"

(2) Solat khusyuk, khuduk & tawaduk

(3) Ilmu dan Zikir

(4) Ikram Muslimin

(5) Ikhlas Niat

(6) Diri dan Harta Orang Mukmin Telah Dibeli Allah SWT Dengan Syurga

Muzakarah Enam Perkara

Apa yang patut dibuat dan apakah perkara yang patut kita dapat agar keseluruhan agama yang sempurna dan berkualiti dapat dihayati? Agar keseluruhan agama dapat dihayati kita perlu mendapatkan enam perkara (prinsip)di dalam diri kita. Apabila kita mendapat enam perkara maka mudahlah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama dengan sempurna.

Enam perkara adalah perkara yang perlu ada di dalam diri kita. Kita perlu menghayatinya. Sebelum kita dapat menghayatinya kita perlu mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Setelah kita mempunyai keinginan untuk mendapatkannya, barulah kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Setelah berusaha dengan cara yang betul barulah Allah SWT akan mengurniakan enam perkara itu kepada kita. Setelah mendapatkan enam perkara itu barulah mudah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama.

Kita tidak akan berusaha untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Kita tidak akan mempunyai keinginan untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak tahu nilai-nilainya. Apabila manusia itu mengetahui dan meyakini bahawa perkara itu berfaedah atau bernilai kepadanya maka dia akan berusaha mendapatkannya. Usaha akan datang apabila ada keinginan untuk mendapatkannya. Semua kita tahu betapa pentingnya duit di dalam menyempurnakan segala keperluan kita. Hampir kesemua keperluan kita seperti rumah, kenderaan, makanan, pakaian hanya akan didapati apabila kita mempunyai duit. Allah SWT yang menyempurnakan semua keperluan kita tetapi Allah SWT telah menggunakan duit sebagai "asbab". Kita lihat di sekeliling kita, semuanya memerlukan duit. Apabila kita meletak kenderaan, membuang sampah atau mencuci pakaian, semuanya memerlukan duit. Kita tahu bahawa duit itu penting. Kita tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi kepada kita dan ahli keluarga jika kita tidak ada duit. Kita risau dan bimbang memikirkannya. Oleh kerana kita faham dan yakin betapa berharga dan bernilainya duit di dalam kehidupan, maka kita bersedia untuk melapangkan masa bekerja keras walaupun sehingga larut malam untuk mendapatkan duit. Apabila kita berusaha, untuk mendapatkan duit maka Allah SWT memberi kita duit.

Keinginan kepada sesuatu perkara menyebabkan kita bersedia bersusah-payah untuk mendapatkannya. Semua kerja yang kita lakukan memerlukan kita melapangkan masa serta berkorban diri dan harta. Kita bersedia untuk bersusah-payah berkorban diri dan harta pada awalnya kerana kita mempunyai harapan bahawa setelah kita bersusah-payah kita akan mendapat pulangan yang jauh lebih banyak dari pengorbanan harta dan diri yang telah kita lakukan. Pada setiap hari kita menaiki bas, motosikal atau kereta, bersesak di jalanraya untuk pergi ke tempat kerja. Ini bukanlah satu pekerjaan yang senang atau menyeronokkan. Tiada siapa yang suka untuk melakukannya. Semua kita hanya bersedia untuk melakukannya kerana kita terpaksa. Kita bersetuju bahawa bekerja itu penting dan pekerjaan kita adalah "asbab" untuk kita mendapatkan duit dan dengan duit itu Allah SWT mengizinkan kita untuk mendapatkan keperluan kita ditunaikan. Jika sekiranya dengan bekerja kita tidak mendapat duit, maka kita tidak akan bersedia untuk bersusah-payah pergi bekerja. Keinginan kepada duit telah membuatkan kita bersedia untuk bekerja. Untuk tahu tentang faedah duit dan harta-benda, kita tidak perlu diajar atau diberitahu. Kita telah tahu tentang faedah duit sejak kita kecil lagi. Kita lihat faedah yang datang dari duit pada setiap waktu.

Adakah kita tahu tentang faedah iman dan agama? Iman nilainya adalah syurga. Iman sebesar zarah harganya syurga sepuluh kali luas dunia. Adakah kita dapat melihat faedah iman? Kita tidak dapat melihatnya. Kita hanya diberitahu bahawa iman itu nilainya syurga. Kita tidak pernah melihat syurga. Kita hanya diberitahu oleh Allah SWT dan rasulNya. Oleh kerana kita tidak pernah melihat faedah iman, maka untuk mendapatkan keinginan terhadap iman adalah sangat sukar dan payah. Apakah caranya supaya cinta dan haus kepada iman? Apakah caranya supaya kita mempunyai keghairahan untuk mendapatkan agama? Hanya satu cara sahaja yang boleh kita buat untuk menimbulkan keinginan kepada iman dan agama. Kita hendaklah banyak bercakap dan mendengar faedah iman dan agama. Oleh kerana kita hidup di zaman ini maka adalah lebih sukar untuk merasai faedah iman dan agama berbanding para sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah mendengar, berita mengenai syurga terus dari Nabi s.a.w. yang telah melihat sendiri akan syurga dan neraka. Sahabat-sahabat dapat melihat Rasul s.a.w. Mereka dapat melihat Malaikat Jibrail dan wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w.

Kini kita hidup di zaman hampir seribu lima ratus 1500 tahun setelah Baginda Nabi s.a.w. meninggal dunia. Oleh yang demikian, Allah, SWT akan menghargai iman yang kita dapat di zaman ini lebih daripada iman yang didapati oleh sahabat-sahabat di zaman Rasul s.a.w. Apa usaha yang kita buat di zaman ini untuk memperkuatkan iman walaupun sedikit akan dihargai oleh Allah SWT dan Allah SWT boleh melipat gandakan kesannya kepada kita dan kepada seluruh manusia.



(1) Apakah maksud kalimah iman "Laa Ilaha Illallah "?

[Bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah serta bermaksud mengeluarkan 100% kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah di dalam hati kita.] Maksudnya juga "Tiada yang berkuasa membuat sesuatu tanpa izin Allah SWT dan Allah SWT boleh membuat apa sahaja tanpa izin makhluk." Iman tidak ada hadnya (batasnya) sepertimana tidak ada hadnya kebesaran dan keagungan Allah SWT. Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat tiga (3) perkara: (i) Banyak bercakap tentang kebesaran Allah(Laa ilaha Illallah); (ii) Bila orang bercakap kepada kita tentang Laa ilaha Illallah, maka hendaklah kita mendengar dengan tumpuan serta membenarkannya. (iii) Kita hendaklah berdoa memohon iman seperti seorang fakir memohon. Apabila iman kita menjadi kuat, maka dengan izin Allah SWT kita akan dapat mentaati seluruh perintah Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad s.a.w.

Nilai Iman;- Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang: Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa". Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.

Kelebihan:- Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam; Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah; Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.
Back to Top


Dan Apakah maksud kalimah "Muhammadurasulullah"?

[Bermaksud Muhammad itu pesuruh Allah serta yakin cara sunnah nabi membawa kejayaan di dunia dan akhirat tidak cara lain.] Kalimah Muhammadar- Rasulullah juga adalah kalimah amal. Ianya tidak boleh dipisahkan dari kalimah iman. Seluruh sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan keseluruhan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan di dalam mengamalkan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan agama menandakan kekurangan iman.
Kelebihan:-Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong; Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.; Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.
Back to Top


(2) Apakah maksud Solat khusyuk ,khuduk & tawaduk?

[Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat.] Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w. Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara: (i) Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat. (ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara: (a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT). (b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim-ulama'. (c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan). (d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat. (e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. (iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.
Nilai Solat;- Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:
Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat:- Berkat rezeki; Diangkat azab kubur; Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan; Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab; Kelepasan bagi sesiapa yang menjaga solat selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.

Cari; Cerita dari Hadis Rasulullah s.a.w mengenai Saidina Ali r.a. ketika kelaparan.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan; Solat di mana azan diazankan (masjid); Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.
Back to Top


(3) Apakah maksud Ilmu dan Zikir?

Ilmu -Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.

Nilai Ilmu - Dilaporkan di dalam hadith, lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang.

Zikir - Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:

(i) Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari; (A1)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu. (A2) Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar), (A3) Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.

(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?

(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Nilai Zikir - Abu Mussa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati.";- Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.

Kesimpulan Maksud Ilmu; Maksud ilmu ialah mengetahui perintah Allah yang dikehendakiNya pada ketika itu.

Kelebihan Ilmu;- Allah mudahkan jalan ke syurga; malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.

Cara hendak mendapatkannya; Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. yang datang dari Damsyiq yang sanggup meredah padang pasir untuk ke Madinah semata-mata sepotong hadis.

Kesimpulan Maksud Zikir;- Cahaya atau Nur.

Kelebihan Zikir;- Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu Khalid Al-Walid yang meminta 6 orang lawan 60,000 orang kafir; Amal zikir tiga ratus 300 pagi dan 300 petang, amal doa Masnun, solat Nafil; Doa dikurniakan hakikat tersebut.

Back to Top


(4) Apakah maksud Ikram Muslimin?

[Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka] Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.

Nilai Ikram Muslimin - Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya "Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi;- Riwayat At-Tabrani. Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.";- Riwayat Muslim dan Bukhari. Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.";- Riwayat Muslim.

Kesimpulan maksud;- Tunaikan hak saudara seIslam kita tanpa menuntut hak darinya.

Kelebihan;- Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran = Satu 1 diberi di dunia dan tujuh puluh dua 72 lagi disimpan di Akhirat.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid; Kasihi kanak-kanak, hormati 'Alim-Ulamak dan orang tua; Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.
Back to Top


(5) Apakah maksud Ikhlas Niat?

[Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.

Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.

Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.]

Nilai ikhlas;- maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya"-An-Nasai.]

Kesimpulan maksud;- Tunaikan perintah dan tinggalkan larangan Allah keranaNya.

Kesimpulan Kelebihan;- Dikurniakan ganjaran sebesar Bukit Uhud.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah kelebihan, maksud dan cari cerita hadis s.a.w. kisah Saidina Ali r.a. ketika berlawan dengan orang Yahudi; Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu; Doa supaya dikurniakan hakikatnya.
Back to Top


(6) Apakah maksud Diri dan Harta Orang Mukmin Telah Dibeli Allah SWT Dengan Syurga?

[Bermaksud keyakinan bahawa harta, nyawa, masa bukan milik kita tapi milik Allah, dan Allah telah membeli jiwa orang yang berjalan di jalan Allah dengan syurgaNya. Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah (tabligh) kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah]. Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."; At-Taubah ayat 111. Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan;-

Cara;- Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan, Buat 5 amal masjid;(1) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal (2) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran (3) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah (4) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia (5) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.

Kelebihan;- sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.

Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT;-(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."-Bukhari, Muslim (2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."-Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.

Kesimpulan maksud;- Hendaklah yakin bahawa harta, masa, nyawa bukan milik kita tetapi milik Allah; Berfikir cara bagaimana diri keluarga dan umat seluruh alam hingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk syurga Allah.

Kesimpulan Kelebihan;- Berjalan sepagi-sepetang di Jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisi-isinya.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan, dan cari cerita hadis s.a.w kisah sahabat yang bernama Hawzalah r.a.tidak bersama dengan isterinya di malam pertama, syahid di Medan Uhud; Buat 5 amal masjid; Doa supaya dikurniakan hakikat Dakwah dan Tabligh.

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template