Saturday 28 March 2009

Khasiat Kayu Kokka


Kayu kokka adalah tidak asing lagi bagi masyarakat islam khususnya, bahkan pada masa ini pelbagai jenis produk telah dihasilkan daripada kayu tersebut, antaranya seperti tasbih, cincin, minyak dan yang terbaru adalah pati untuk diminum. Walaupun tiada dalil al-quran dan assunnah tentang menerangkan khasiat kayu kokka ini. Namun kajian saintifik menunjukkan kayu kokka ini adalah kayu yang paling bermutu tinngi.

khasiat kayu kokka sebagaimana disebut dalam buku "Mushaf * Tasbih * Tongkat - Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Wad daulah" susunan Pehin Mufti Negara Brunei Darussalam, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (mufti sekarang ini) yang diterbitkan pada tahun 2001 oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Pada halaman 235 - 236 dinyatakan:-

Terdapat tiga jenis kayu kuka asli, iaitu Kuka Nigeria, Kuka Iran dan Kuka Turki. Kayu Kuka dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antara lain khasiat tasbih kayu kuka ini adalah seperti berikut:-


1. Air yang telah direndam dengan tasbih kayu kuka boleh dibuat sebagai penawar atau ubat untuk:- (1.1) Sakit gigi - airnya diminum dan dikumur dalam mulut. (1.2) Sakit kerongkong, seperti tonsil, guam dan ruam - airnya diminum dan dititikkan dalam mulut. Insya-Allah. (1.3) Keracunan - airnya diminum. Insya-Allah. (1.4) Demam panas - airnya diminum. Insya-Allah.
2. Jika tasbih kayu kuka dipakai di badan dengan syarat ianya menyentuh kulit badan, ia boleh jadi penawar kepada: (2.1) Gigitan dan sengatan binatang berbisa seperti ular tedung - letakkan tasbih itu di tempat gigitan / sengatan. (2.2) Kemalangan - Dengan pertolongan Allah, jika seseorang itu membawa tasbih kayu kuka, Insya-Allah terselamat daripada nahas dan kecederaan. (2.3) Melecur air atau minyak panas - kulit tidak melecit dan rasa panas / sakitnya hanya sebentar. (2.4) Khianat orang terhadap pemakainya - tidak berjaya. (2.5) Menjadi pemanis - pemakainya akan disukai ramai.
3. Tasbih kayu kuka boleh dibuat penawar kepada: (3.1) Rasukan makhluk halus - jika kanak-kanak dirasuk hantu, gosokkan tasbih kayu kuka di dahinya. Insya-Allah. (3.2) Sakit kepala - gosokkan di bahagian kepala yang berkenaan. Insya-Allah. (3.3) Sakit otot dan urat - gosokkan di tempat yang sakit. Insya-Allah.

* Sekiranya tasbih kuka diletakkan berhampiran ular berbisa seperti tedung dan senduk, ular akan lemah kerana tulang belikatnya patah.


Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

1 comments:

Type Blog on 28 March 2009 at 15:27 said...

barakallahu fik

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template