Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.
Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.
Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika ada yang ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.
pendapat ustaz azhar
Thursday, 11 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment