Assalamu Alaikum
Salam ramadhan pada sekalian pengunjung blog ini, Atau panggilan salam bagi masyarakat arabnya" Kullu am wa antum bikhair" dengan membawa makna "Moga setiap tahun kamu berada dalam kebaikan", panggilan ini memang sesuai dijadikan sebagai salam dalam bulan yang berkah ini yaitu bulan Ramadhan, bukan sahaja sebagai salam tetapi juga ianya adalah doa kepada sesiapa yang kita ucapkan.
Apa-apa pun Alhamdulillah syukur kerana dapat kita bertemu dan diberi peluang sekali lagi pada bulan Ramadhan, Ahlan...Ahlan ya Ramadhan. Kedatangan bulan ini wajar kita mengambil sebanyak mana Fadhilat atau kelebihan yang ada pada bulan ini. Sabda nabi Saw yang bermaksud , diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya : Telah bersabda Rasulullah S.A.W "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Aiwah marilah kita bersama-sama mengambil peluang keemasan yang ada dengan beramal sebanyak mungkin, tidak ada lagi alasan yang kita boleh berikan kerana sebelum ramadhan syaitan bebas menghasut ditambah pula nafsu jadi 2 lawan satu la. tapi sekarang tinggallah nafsu yang ada disamping kita, ermmm kalau 1(nafsu) lwn satu(manusia) agaknya siapalah yang menang, Jadi bak kata pepatah tepukla Dada Tanyalah Iman kita eiya.
Monday, 24 August 2009
Risalah ku....
Wednesday, 19 August 2009
Risalah Taribiah - Kepentingan Ramadhan
Sunat-sunat puasa
* Makan sahur serta mentakhirkannya.
* Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau benda-benda yang manis atau air. Buah tamar adalah makanan yang terbaik dari segi agama dan
kesihatan dan jika tiada buah tamar berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.
* Berdoa setelah berbuka - Rasulullah s.a.w berdoa setelah berbuka dengan ucapan, mafhumnya, Wahai Tuhanku aku telah berpuasa untukmu dan aku telah
berbuka dengan rezeki kurniaanmu.
* Mengkadakkan jamuan berbuka puasa – Menjamu orang-orang berbuka puasa adalah satu kebajikan.
Wajib imsak
Imsak bererti menahan diri dari makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari, seseorang Islam itu wajib berimsak (menahan diri) walaupun mereka
tidak berpuasa ataupun puasanya telah terbatal oleh beberapa sebab.
Mereka yang wajib berimsak
* Orang yang masih menyangka hari berkenaan masih 30 Syaaban, kemudian disedari telah satu Ramadan.
* Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja. Orang yang tidak berniat pada malamnya dan tidak pula berniat puasa sebulan Ramadan.
* Orang yang berbuka kerana menyangka telah masuk waktu berbuka (Maghrib) rupa-rupanya masih siang.
Tidak wajib imsak
* Mereka yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.
* Kanak-kanak yang hampir baligh.
* Orang kafir ketika masuk Islam.
* Orang gila ketika sembuh.
* Orang yang sakit ketika sembuh.
Adab ketika berpuasa
Perkara-perkara di bawah adalah sangat dituntut kepada umat Islam seluruhnya apatah lagi di waktu mana kita sedang mengerjakan ibadat puasa, antara tuntutan itu ialah:
* Menanamkan rasa penuh harap, segala amalan kita mudah-mudahan diterima baik oleh Allah.
* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan sahur.
* Mengelakkan diri apa-apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.
* Mengurangkan tidur di siang hari.
* Hendaklah kita selalu mengingatkan bencana dan balasan Allah di akhirat.
* Menjauhkan diri dari mengumpat, mencerca, mencela, mencaci, maki hamun, berbohong serta mencarut dan apa-apa sahaja perkataan yang kotor dan berbau busuk dan hina didengar telinga.
Tuesday, 11 August 2009
RISALAH FADHAEL - KELEBIHAN RAMADHAN
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
Tuesday, 4 August 2009
RISALAH TARBIAH - I M A N
Iman yang benar ialah Iman yang merangkumi pengertiandan ciri-ciri keimanan, seperti bersih daripada syirik khafi dan riya’.Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkananggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkaraghaib seolah-seolah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan peranantenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai Imanseperti ini bekorban apa sahaja demi Jalan Allah SWT, menambahkan pergantungan,kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada AllahSWT.
Apabila pengertian Iman seperti ini memenuhi hatiseseorang muslim, jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah danikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan Iman seperti ini mempunyaipengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupandunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yangmeresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahayayang terang akan memenuhi hati seseorang Muslim. Apabila cahaya batin inibertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar yang dapat dilihatoleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit muslim itu hitam atau sawomatang. Manakala di akhirat pula kemanisan Iman ini akan dapat dirasakanlebih manis daripada madu.
Sebahagian daripada tanda-tanda lahir kemanisanIman ialah kecintaan seseorang mu’min untuk melakukan ibadah, merasa selesadan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya.Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalansemata-mata kerana Iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruhsebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith RasulullahS.A.W. yang mulia telah menyebut:
“Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliauakan merasakan kemanisan Iman: beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebihdaripada segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelahdilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam apineraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapihanyalah kerana Allah.”
Iman ada kemanisan. Kemanisan tersebut akan bertambahapabila Iman bertambah kuat dan termeteri.
Sebahagian daripada Iman yang benar dan ibadatyang sah ialah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan ke dalamhati mu’min. Ilham dan lintasan hati akan menyuluh jalan orang-orang yangberiman, menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencarikebenaran.
Kasyaf adalah juga sebahagian daripada kesan Iamnyang benar. Kasyaf yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT membukakantabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyiatau ghaib. termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahuibisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan Izin Allah SWT.Kasyaf seperti dikenali sebagai Firasat Mu’min. Sabda Rasulullah SAW yangbermaksud:
“Takutlah Firasat orang-orang Mu’min, seseungguhnyaia melihat
dengan Nur Allah.”
Dalam satu Athar (kejadian atau kisah yang berlakupada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Sayyidina Othman Bin Affan RA telahberkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya, “Salah seorangdi kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antaradua matanya.” Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya, “Adakah wahyuturun selepas Rasulullah SAW, wahai Amir al-Mu’minin?” Soalan ini dijawaboleh beliau dengan katanya, “Tidak, malah ia adalah firasat orang mu’min”.Kesan zina yang dilihat oleh Sayyidina Othman ialah kesan daripada melihatperkara yang haram, kerana dalan Hadith Rasulullah SAW pernah menyatakanbahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara yang haram.
Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasukdalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku. Kadangkala perkaraini disebut Karamah. Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima,diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukumhakam, kerana dalil hukum hakam hanyalah terbatas pada al-Quran, as-Sunnahdan ceraiannya. Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggapsebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu,mengetahui perkara-prkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yangharus dilakukan atau ditinggalkan.
Sebahagian daripada mimpi-mimpi adalah benar dansebahagian besarnya adalah karut. Mimpi seseorang yang benar-benar berimanpada ghalibnya adalah benar, jelas dan memerlukan ta’bir...
Oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna
Sunday, 2 August 2009
Risalah Hadith - Berkenaan Solat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Ra katanya "saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi didalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kotoran (pada badannya)?" Para sahabat Ra menjawab, "tidak akan tertinggal sedikitpun kotoran", Rasulullah SAW bersabda , "Maka demikianlahlah juga solat lima waktu, melaluinya Allah SWT akan mengampunkan dosanya"
(Hadith riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Moral & Iktibar
*Solat adalah penyuci diri daipada dosa-dosa dalam seharian.
*Solat dapat mencegah fasyak dan munkar
*Solat dengan tertib dan berdisiplin dapat menenangkan jiwa dari sebarang kekusutan.
RISALAH TAULADAN - BATU TERLEPAS DARI NERAKA
Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"
MORAL & IKTIBAR
* Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan
* Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia
* Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah
* Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat
* Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan
* Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah
* batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal
* Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah
* Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.