Thursday, 2 September 2010

Risalah Hadith Dakwah



Daripada Hazrat Nu’man bin Bashir RA, Rasulullah saw telah bersabda,

“Perumpamaan orang yang mentaati hukum-ahkam ALLAH Subhanahu Wataala dan orang yang melanggarinya adala seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka merancang, “Jika kita lubangkan bahagian kita ini maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas.” Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencegah) orang di bawah maka mereka semua (sama ada yang di atas mahu pun yang di bawah) akan selamat.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Huraian

Hadith diatas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita sebagai seorang muslim yang berilmu mendidik atau berdakwah kepada mereka-mereka yang lalai mahupun yang jahil.

Walaupun manusia kini mengecapi pelbagai kejayaan yang dimiliki tetapi agak malang gejala maksiat dan mungkar makin serius dan malahan sering kali kita nampak didepan mata, contohnya gejala berkhalwat semakin menjadi-jadi, zina dan sebagainya. Tugas kitalah sebagai muslim membeteras agar perkara yang besar ini tidak berleluasa malahan jika dibiarkan maka ia akan bertambah dengan hal yang lebih besar seperti gejala membuang bayi yang terhasil dari zina.

1 comments:

garlanyan on 5 March 2022 at 09:29 said...

Steel vs Titanium - Titanium Engineering - TITanium
Steel vs Titanium has two is titanium a metal design variations. There are two parts of the structure. One benjamin moore titanium part ti 89 titanium calculator of the base design is titanium fitness for the blade to titanium bicycle have a shape of

Post a Comment

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template