Friday, 27 November 2009

Salam Aidil Adha

0 comments

Dua dari kanan pemuda yang memakai serban.

Type risalah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha serta Kullu Am wa antum bikhair pada sekalian muslimin dan muslimat diserata pelusuk dunia, moga di hari raya korban ini menjadi satu medium untuk mengorbankan segala kebaikan dari sudut harta dan masa dalam memperjuangkan syiar islam. Kepada yang mampu dari sudut harta jalankanlah ibadah korban dan kepada yang tidak, korbankanlah hatta seucap doa pada insan yang lebih memerlukan. berseqahlahlah dan tunaikanlah ibadah haji dengan seiklas mungkin, moga ketemu di masa dan tahun hadapan sekalian wassalam....

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, 25 November 2009

Risalah Hukum - Hukum Solat Jumaat pada Hari Raya

0 comments

Hukum Solat Jumaat adalah wajib ditunaikan pada asalnya ,namun begitu ia menjadi sunat apabila ia berada atau terkumpul pada hari yang sama dengan hari raya(hari raya jatuh pada hari jumaat).Seperti mana yang terkandung didalam kitab Fiqh al-Sunnah karangan imam Said Sabiq
Teori
Petikan dari Fiqh al-Sunnah:

Andai Jumaat dan Eid berkumpul pada satu hari yang sama, maka gugurlah Jumaat bagi sesiapa yang menunaikan Solat Eid. Daripada Zayd ibn Arqam katanya: "Nabi sallallahu 'alayhi wasallam telah menunaikan Solat Eid dan kemudian baginda meringankan hukum Solat Jumaat lalu bersabda: "Sesiapa yang ingin solat (Jumaat), maka solatlah dia."

[Diriwayatkan oleh Lima Imam, dan sahih menurut Ibn Khuzaimah dan al-Hakim]

Nota: Lima Imam ialah Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa'i dan Ibn Majah.

Praktik
Sesiapa yang tetap ingin menunaikan Jumaat, silakan. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Jangan pula yang solat mengkritik yang tak solat sebab kedua-duanya dibenarkan.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, 23 November 2009

FADHILAT AL-QUR’AN

0 comments

Hazrat Abu Musa R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”

(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)


[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, 10 November 2009

Risalah Hadith - Di akhir zaman nanti

0 comments

ISLAM NAMA SAHAJA
Mafhum hadith ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".



H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, 3 November 2009

Risalah Lughoh Arabiah - Percakapan Harian

0 comments


1. أ َيُّ شـَـئ: apa-apa / apa saja : anything

2. كـُـلُّ شـَـئ : Semuanya : everything

3. أ ُحـِـبُّ: saya suka : i love

4. أ َوَّلاً: dulu : first (i)

أ َوَّلاً: dulu : first (ii)

5. بـِـسـُـهــولـَـةٍ: dengan mudah

6. رُبَّـمـَـا: mungkin : barangkali : boleh jadi : maybe

7. مـِـن َ الأ َفـْضـَـل : lebih baik : better

8. بـَـعـْـدَ ذ َٰلِكَ: selepas itu : kemudian : then : thus : later

9. بـِـسـُـرْعـَـةٍ : cepat : quickly :

10. لـَـمْ أ َتـَـوَقـَّـعْ : tak sangka : not suspectedfast

11. حـَـتـَّى الآنَ : sampai sekarang

12. دَائـِـمًا : selalu : sentiasa : always

13. عـِنـْـدِى : saya ada : saya mempunyai :

14. عـِـنـْـدَمـَـا : apabila : ketika : during : when.

15. أ َتـَـمَـنَّى : saya harap.

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, 1 November 2009

Risalah Tarbiah - Wasiat Rasulullah SAW

0 comments

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."



H.R. Abu Daud dan Tirmizi



Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template