Saturday, 4 April 2009

Risalah Iktibar-Wanita Solehah

0 comments

Rasulullah SAW, bersabda “Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (istri) shalihah.” (HR.Muslim)

Didalam quran juga Allah telah berfirman ; Wanita Solehah adalah pilihan Allah di dunia ini. Sifat-sifat mereka telah dipuji oleh Allah di dalam firman-Nya. “Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yg mukmin, lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang khusyu’, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanitayang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak meyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:35)


Demikian menunjukkan betapa pentingnya wanita solehah bukan sahaja memberi layanan kepada suami tetapi didalam mendidik keluarga juga mereka adalah guru yang paling ideal, biarpun suami adalah ketua dalam rumah tangga tetapi peranan isteri juga tidak boleh diketepikan, ini kerana generasi perlu dibimbing dan peranan ibu bapa yang soleh sangat diperlukan bagi menjamin keharmonian dan nilai agama berterusan.

Bagi merealisasikan perkara ini maka perlunya bimbingan rohani semenjak kecil lagi. Masyarakat kini lebih menitik beratkan hal pelajaran berbanding hal-hal berkaitan agama. Kini kita dapat lihat banyak golongan yang cerdik pandai tetapi malangnya hanya terbatas dalam mencari kemewahan duniawi berbanding ukhrawi. Alangkah berjayanya seseorang itu sekiranya dia memiliki kedua-dua intipati(Agama dan dunia) dengan ini kejayaan akan dikecapi buat selama-lamanya.

[+/-] Selengkapnya...

Friday, 3 April 2009

RISALAH ATTAUJEH - TASYABUH DALAM BERPAKAIAN

0 comments


Sebuah riwayat hadith didalam Sahih Muslim yang disampaikan sanadnya hinga kepada Abu osman An Nahdi, dia berkata, "Umar r.a pernah mengirim surat kepada kami di Azerbaijan yang isinya: ‘Wahai Utbah bin Farqad! Jabatan itu bukan hasil jerih payahmu dan bukan pula jerih payah ayah dan ibumu. Karena itu kenyangkanlah kaum muslimin di negeri mereka dengan apa yang mengenyangkan di rumahmu , hindarilah bermewah-mewah, memakai pakaian ahli syirik dan memakai sutera."

Dalam Musnad Ali bin Ja’ad ada tambahan, "…pakailah sarung, rida’ (jubah), dan sandal serta buanglah selop dan celana panjang… pakailah pakaian bapa kalian Ismail, hindarilah bernikmat-nikmat dan hindarilah pakaian orang-orang asing." (Riwayat Ali bin Ja’ad dan Abu Uwanah dengan sanad shahih).

Waki’ dan Hanad meriwayatkan ucapan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu di dalam Az Zuhd, beliau berkata, "Pakaian tidak akan serupa hingga hati menjadi serupa." (Sanadnya dha’if).

Ucapan beliau ini diambil dari sabda Rasulullah s.a.w (yang artinya), "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum itu." (HSR Abu Dawud, Ahmad, dan selainnya).

Dari sinilah Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu memerintahkan rakyatnya agar membuang selop dan celana panjang serta memerintahkan mereka mengenakan pakaian yang biasa dikenakan orang Arab, yaitu dengan tujuan memlihara kepribadian mereka agar jangan condong kepada orang-orang ‘ajam.

Perbuatan tasyabuh (dalam hal pakaian) yang dilakukan oleh umat ini kepada musuh-musuhnya merupakan tanda lemahnya iltizam dan akhlak mereka. Mereka telah ditimpa penyakit runsing dan bimbang. Perjalanan mereka yang pincang seperti benda padat yang telah dicairi, dan dileburkan dalam pelbagai bentuk di setiap waktu. Walau bagaimanpun tasyabuh ini merupakan penyakit yang jelek. Perumpamaannya seperti seorang yang menisbahkan dirinya kepada orang lain selain ayahnya. Mereka tidak menyukai oleh umat yang melahirkan mereka, dan tidak pula diakui oleh umat yang mereka tiru itu malah dipandang hina.

Di sini mungkin timbul persoalan dimanakah para ulama dalam membenteras gejala ini. jawapannya, mereka sememangnya telah berusaha keras dalam memberikan didikan dan menyeru manusia kembali kepada konsep yang betul tetapi semakin ramai pula orang-orang yang membidas mereka dan cuba memputar belitkan hal ini. Dimankah pakaian yang dibanga-bangakan dahulu , malangnya pakain barat diangap lebih segak dan cantik dipakai. Wanita dan lelaki dizaman ini lebih gemar berpakaian barat dan memandang rendah pada pakain islam yang diangap lapuk.

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Fadhilat Quran

0 comments

Hazrat ‘Uqbah bin Amir RA berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami sedang duduk di atas ’suffah’ dan bertanya,

“Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silatur-rahim?”

Kami menjawab, “setiap orang daripada kami akan menyukainya,”

Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan (al-ibil).”

(Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Moral Hadith


Hadith diatas menunjukkan betapa besarnya fadhilat quran, namun begitu tidak ramai yang dapat mengamalkan hal tersebut. Sekiranya bapa atau ibu dapat mengajar anak-anak mereka atau orang lain tentang quran insyaallah bukan sahaja mereka dapat fadhilat sebegini bahkan mereka juga dapat mendidik anak-anak mereka dan saudara mereka, dan pabila anak-anak mereka pandai kelak, mereka juga dapat mengajarkan quran kepada yang lain, nah betapa besarnya saham kita kelak hatta walau kita matipun pahala tidak henti-henti.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, 2 April 2009

Risalah Fadhilat Dakwah

0 comments

Berdakwah dan berpesan-pesan antara sesama muslim adalah perkara yang dituntut dalam agama islam dan tanggung jawab ini hanya terletak dibawah bahu umat nabi s.a.w kerana tiada nabi lagi yang akan diturunkan diatas muka bumi ini setelah wafatnya nabi Muhammad s.a.w.
Di dilam Al-Quran Allah s.w.t banyak menyatakan hal ini diataranya ialah :

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

(al-Fussilat: 33)

Dan Allah juga berfirman di dalam surah Az- Zariyat ;

وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(az-Zariyat: 55)

Jadi dengan ini marilah kita mengaplikasikan perkara yang mulia ini bagi menjadikan kerja dakwah ini sebagai satu ibadah seharian disamping beramal dengan ilmu yang disampaikan.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, 1 April 2009

Risalah hadith

0 comments

Celaan dan Amaran kepada sesiapa yang meninggalkan solah

Hazrat ‘Ubadah bin Somit RA telah berkata,

“Kekasihku Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda SAW,

“Jangan menyengutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala masiat.”

(Hadith riwayat Imam Tabarani)


Hadith diatas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w melarang keras kepada umatnya meninggalkan solat dengan sengaja. Walau apa jua keadaan sekalipun kerana solat itu wajib dilakukan pada lima waktu yang ditetapkan. Solat juga adalah amalan pertama yang akan disoal di dalam kubur jika solat diterima Allah maka akan dipermudahkan laluan-laluan seterusnya.

Wahai rakan-rakan ku perbaharuilah amalan-amalan mu. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah sementara, akhirat jua tempat tingal yang kekal selama-lamanya. Janganlah leka dan lalai dalam menghadapi ujian allah didunia. Ingatilah segala wasiat rasulullah s.a.w

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template