Tuesday 26 October 2010

Risalah Fadhilat - Kelebihan Haji

0 comments

Allah berfirman:

جَعَلَ اللّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَاماً لِّلنَّاسِ

"Allah menjadikan Kaabah, rumah suci tempat pelindung untuk keselamatan manusia." (Al-Maaidah ayat 100)

Ibn Abbas r.a berkata bahawa tempat perlindungan dan keselamatan yang di sebutkan disini sebenarnya menggambarkan pemeliharaan agama mereka dan pengerjaan haji. Maksud yang lain ialah bahawa mereka yang memasuki Kaabah akan terselamat daripada serangan.

Hassan Basri r.alaih tatkala membaca ayat ini berkata: "Bahawa agama ini akan tegak dengan gagahnya selagi haji dilakukan diBaitullah dan selagi manusia mengadap muka mereka di dalam sembahyang ke arah Kaabah. (Durre Manthur)

Kaabah telah dua kali binasa, (dan di bangunkan semula) tetapi pada kali ketiganya jikalau ianya musnah, ia akan di angkat daripada dunia ini.

Imam Ghazali r.alaih menukilkan daripada Ali r.anhu berkata: "Apabila Allah Taala ingin untuk membinasakan dunia, Dia akan mula-mula sekali menyebabkan Kaabah runtuh. Kemudian dunia akan di musnahkan (Ithaaf)

Hadis 1.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seratus dua puluh rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, enam puluh untuk mereka yang melakukan tawaf, empat puluh bagi mereka yang mendirikan solat dan dua puluh untuk mereka yang melihat Kaabah." (Baihaqi)

Hadis 2.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa tatkala membicangi batu hitam Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkannya di hari qiyamat, Ia akan mempunyai dua biji mata yang mana dia dapat melihat dan dan lidah di mana dia akan bercakap, menjadi saksi bagi pihak setiap orang yang telah menciumnya dengan kebenaran dan keimanan." (Tirmizi, Ibn Majah dan Darimi)
Menciumnya dengan kebenaran dan keimanan bermaksud melakukannya dengan penuh kepercayaan(yakin) mendapat ganjaran.

Hadis 3.
Ibn Abbas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Hajarul Aswad di turunkan daripada syurga, mempunyai warna yang terlebih putih daripada susu. Dosa-dosa manusia menyebabkan menjadi hitam." (Ahmad dan Tirmizi)
Hadis ini memberitahu kita bahawa disebabkan manusia menyentuhnya dengan tangan-tangan yang penuh dengan dosa, kesan daripada dosa-dosa mereka menyebabkan batu itu menjadi hitam.

Hadis 4.
Ibn Abbas r.anhu berkata: "Daku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Multazam adalah sebuah tempat di mana doa-doa di terima. Barangsiapa berdoa kepada Allah pada tempat ini, Allah mengkabuli doanya." (Al-Musalsilaati Li Shah Waliullah)

Hadis 5.
Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Solat yang di kerjakan oleh seseorang di dalam rumahnya ialah satu solat, dan solat di dalam masjid tempatan( di tempatnya) ialah bersamaan 25 kali solat, dan solatnya yang di lakukan di dalam masjid Jamek di ganjarkan sehingga 500 solat,dan solat di dalam Masjid Al-Aqsa di ganjarkan sehingga 50,000 solat, dan solat di masjidku (Masjid Nabawi) di ganjarkan sehingga 50,000 solat, dan solat di Masjid Al- Haram di ganjarkan 100,000 solat." (Ibn Majah)

Hadis 6.
Umar r.anhu berkata: "Lebih baik bagiku melakukan 70 dosa di Rukiya (di luar Mekah-daripada melakukan satu dosa di dalam Mekah."
Sebagaimana amalan-amalan kesalihan di lipatgandakan dengan banyaknya dari segi ganjarannya, begitulah juga dosa-dosa di lipatgandakan dengan banyaknya.

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template