Sunday, 8 August 2010

Risalah Tarbiah - Pakaian dan Perhiasan

0 comments

Berhias adalah satu sunnah nabi saw dan dituntut pada sekalian mukmin supaya mencerminkan seorang mukmin bersih, indah dan ianya juga adalah sumber dakwah pada orang yang kafir agar mereka tertarik pada agama islam bukan hanya sekadar shakhsiah peribadi sahaja bahkan permakaianan yang tertib dan sopan.

Tetapi berhias juga kadangkala boleh mendatangkan mudharat jika ia tidak mengikut kehendak syarak dan mengikut hawa nafsu. Firman Allah swt dalam kitabnya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putrera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau kanak-kanak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki(hamba) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS. An Nuur 31)

Bukan sahaja pada wanita sahaja perlu berjaga-jaga dalam berhias diri tetapi juga kepada kaum lelaki tidak kurang dituntut menjaga diri dari perkara sedemikian yang mana Nabi saw telah bersabda :

daripada riwayat Ibnu Umar ra,
Bahwa Umar bin Khathab melihat kain sutera bergaris pada pintu mesjid lalu berkata: Ya Rasulullah saw.! Kalau saja engkau membeli ini lalu engkau kenakan di hadapan kaum muslimin pada hari Jumat dan untuk menemui tamu utusan (delegasi) yang datang kepadamu! Rasulullah saw. bersabda: Yang memakai ini hanyalah orang yang tidak mempunyai bagian memakainya di akhirat. Beberapa waktu kemudian, Rasulullah saw. mendapatkan beberapa potong kain sutera. Rasulullah saw. memberikan sebagian kepada Umar. Umar bertanya: Ya Rasulullah saw.! Engkau memberikanku pakaian ini padahal engkau telah mengatakan tentang kain sutera Utharid beberapa waktu yang lalu? Rasulullah saw. bersabda: Aku memberikan ini kepadamu bukan untuk engkau pakai. Lalu Umar memberikannya kepada saudaranya yang masih musyrik di Mekah

Serta didalam hadith yang diriwayat oleh Barra' bin Azib ra., beliau berkata:

Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk melaksanakan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin (mengucap yarhamukallah), melaksanakan sumpah dengan benar, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarkan salam. Beliau melarang kami dari cincin atau bercincin emas(laki), minum dengan wadah dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qas (terbuat dari sutera) serta mengenakan pakaian sutera baik yang tebal dan tipis(laki)

Dan Hadith yang telah diriwayatkan oleh Hudzaifah bin Yaman ra.:
Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian minum dalam wadah emas dan perak dan jangan mengenakan pakaian sutera sebab pakaian sutera itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia dan untuk kalian di akhirat pada hari kiamat

Haruslah diingat bahwasanya Seorang muslim itu, mereka dibolehkan berhias asalkan ianya tidak mendatangkan rasa keegowan, riak dan takabbur kerana sifat ini hanyalah sifat Allah dan hamba Allah yang doif seperti kita tidak sepadan bersifat sedemikian.
Bagi wanita juga mereka diwajibkan menutup aurat dan behias dalam erti kata tidak keterlaluan supaya tidak menarik perhatian yang boleh mendatangkan kemaksiatan dan kemudaratan terhadap diri dan bangsa islam itu sendiri seperti berzina, berkhalwat dan perkara-perkara lain.

Bukankah islam itu agama yang indah, janganlah merosakkan keindahan islam itu dengan mencerminkan keburukan dan contoh yang boleh menjejaskan islam itu sendiri.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, 4 August 2010

Risalah Ramadhan - Sahur Dan Pandangan Sains

1 comments

Puasa adalah amalan yang dituntut bagi umat islam, ianya juga mengandungi hikmah yang besar bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dalam puasa ini terkandung didalamnya sahur yang mengandungi hikmah disebaliknya seperti sabda nabi SAW, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah) Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Dalam riwayat yang lain baginda bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai) Mengikut hadis ini pula, bersahur menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.

Umat Islam disuruh melewatkan sahur kerana nabi bersabda, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” (Ahmad) Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.” (Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar disebutkan, “Imam Ibn Abdil Bar berkata, hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur kesemuanya adalah bertaraf sahih dan mutawatir.”

Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.

Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan dari itu satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini.

Tambahan dari itu, puasa meredakan tekanan atau stress pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, bersedekah, memelihara lidah serta membanyakkan solat dan zikir. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

Justeru puasa Ramadan yang diwajibkan Allah kepada umat Islam adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia dan ia mampu dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat kerana pendekatannya adalah tidak memudaratkan. Yang paling penting ialah, ia adalah ibadah yang diwajibkan Allah dan Allah amat mengetahui apakah yang terbaik bagi manusia.

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template