Thursday, 28 May 2009

Risalah Tokoh - Sheikh Abderrahman Soudaiss

0 comments



Sheikh Abderrahman Soudaiss sememangnya tidak asing lagi pabila kita mendengar namanya, tentu sekali kita akan teringat akan suasana musim haji atau umrah bagi sesiapa yang pernah menunaikannya. Ini kerna tokoh ini sememanya seorang yang membangkit kan suasana di masijid Al-Haram.

Suaranya yang indah dan khas seperti sedang flu, sangat menyayat hati dalam membaca ayat-ayat Allah dan membuat kita akan kagum dengan beliau. Bacaannya juga dirakam dan ditayangkan dikaca tv diseluruh dunia setiap ramadhan ...Beliau adalah Imam dan Khatib Masjidil Haram, Mekah.

Dengan nada lagu bacaan yang indah didengari ramai dikalangan kita yang akan terikut-ikut dengan nada lagunya, Sheikh yang setaraf qori ini adalah sememangnya seorang yang pakar dalam Al-Quran, Tajwid, dan menghafaznya dengan 30 juz. Kita juga jarang sekali akan terdengar beliau tersilap atau terlupa ketika beliau membacanya dalam setiap solat yang beliau mengimaminya.


[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, 27 May 2009

Risalah Tarbiah - AHLI IBADAT JAHIL DAN ULAMA FASIQ

0 comments

AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Dalam hadith nabi saw ada menceritakan tentang keadaan umat akhir zaman yang bukan sahaja mereka ini terdiri dari golongan pemaksiat yang nyata yang kemungkaran tetapi ada juga yang terdiri dari golongan agama, mereka ini

Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman kelak ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

H.R. Ibnu Ady

Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Manakala golongan ulama' yang fasiq ini mereka sememangnya berilmu dan arif tentang hukum hakam tetapi mereka ini hanya mengguna kepentingan ilmu ini untuk duniawi sahaja semata-mata. Mereka ini terdiri dari pelbagai ragam dan fe'el ada yang mengeluarkan hukum berlandas kan kemahuan nafsu dan ingin mencapaikan kehendak mereka bahkan yang lebih teruk lagi mereka cuba menyesat kan manusia dengan helah tipu daya mereka.

Ada juga yang mengetahui hukum tetapi tidak mampu untuk menegakkannya kerana takut untuk kehilangan harta mereka, kepentingan diri mereka dan sebagainya.

Golongan yang tidak amanah inilah yang akan merosakkan islam dan menjatuhkan mertabat kemuliaan agama Allah ini.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, 26 May 2009

Risalah Fadhilat - Air Fatihah

0 comments

Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tanngan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.

Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, 25 May 2009

Risalah hadith - Keutamaan Salam

0 comments


Salam adalah perkara sinonim dengan umat islam, ia bukan sahaja doa tetapi juga boleh merapatkan silaturrahim antara saudara seislam. Rasul saw banyak menerangkan kepada kita mengenai keutamaan salam seperti berikut,

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Seorang pengendara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah


moga berdasarkan dalil diatas dapat kita mencakna amalan salam dalam kehidupan kita, Insya Allah

[+/-] Selengkapnya...

Risalah Tabiah - Melakukan Setiap Perkara Dengan Ihsan

0 comments


Ihsan atau berbuat baik dalam setiap perkara dalam melakukan kebaikan adalah dituntun oleh Allah taala ,dan perkataan “Ihsan” boleh diertikan sebagai berbuat baik dalam melakukan sesuatu perkara dan perkataan ini adalah berlawanan dengan perkataan “ Isa’ah” yakni keburukan. Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka.

Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:

"Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya."

Ihsan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

Pertama : Ihsan dalam melakukan ibadah

Sifat itu sepatutnya dimiliki oleh setiap insan di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T untuk menjadi umat Islam yang cemerlang. Apabila kita melakukan setiap ibadah seolah-olah macam kita lihat Allah, tetapi sudah pasti kita tidak dapat melihat Allah bahkan yang pasti ialah Allah sentiasa melihat kita. Jadi sudah tentu kita akan melakukan ibadah tersebut dengan cara bersungguh-sungguh.

Ini bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s dalam satu hadis yang panjang seperti mana yang telah diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud:

"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau."

Kedua : Ihsan dalam amalan

Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Ketiga : Ihsan dalam perkataan

Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh mendatangkan manfaat atau sebaliknya.

Kerana semua manusia pada asasnya inginkan orang lain bercakap kepadanya dengan baik dan lemah lembut, maka tidak dapat tidak, ia perlulah melalui dari dalam dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:

"… Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…)

Keempat : Ihsan kepada manusia

Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.

"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat….)"

Allah S.W.T memerinthakan supaya manusia sentiasa melakukan ihsan kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat samada dalam keadaan senang atau pun susah, sihat ataupun sakit, ihsan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan kebaikan kepada mereka dan menghindarkan keburukan dan kemudaratan terhadap mereka.

Adapun ihsan sesama manusia ada kalanya tidak diwajibkan oleh Allah, tetapi sangat disukai olehnya seperti melakukan sedekah dan sebagainya.

Kelima : Ihsan kepada haiwan

Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya."

Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada pada tiap-tiap sesuatu.” Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak.

Ia melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.

Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua mahkluk Allah.

[+/-] Selengkapnya...

 

Type Risalah Copyright © 2008 Art Template by Rois's Blogger Template