Imam Mahdi adalah seorang pemimpin akhir zaman yang akan menyatukan semula daulah islamiah yang telah terpecah kepada banyak negara, yang dahulunya hanya ada satu negara yg dipimpin oleh baginda rasul S.A.W dan kehalifah sahabah. kemudian berlakunya perang antara sahabat dan tabiin,seterusnya perang salib yang akhirnya meruntuhkan sebuah kerajaan islam. Tanda-tanda sebelum datangnya imam Mahdi seperti berikut. 1.Sewaktu pecahnya Sungai Furat, keluarlah emas daripada bukit yang berdekatan. Akibatnya, muncullah tiga puak yang saling berebutkan harta emas itu. Salah satu puak yang paling hampir dengan timbunan emas itu berkata, “Demi Allah, kami akan bunuh sekalian manusia kerana jika kami biarkannya, nescaya akan habislah ia.” Selepas itu tercetuslah pembunuhan besar-besaran sehingga dari setiap seratus orang, semuanya terbunuh melainkan seorang sahaja yang hidup. Setiap yang pergi merebut harta itu berharap dialah orang yang seorang itu. Itulah lambang ketamakan mereka terhadap harta dunia pada zaman itu. 2.Keluar seorang dari keturunan as-Sufyani yang kafir daripada anak Khalid bin Sufyan di Syria hingga terjadi satu peperangan yang sangat besar. Imam Mahdi tidak akan muncul melainkan setelah as-Sufyani mendapat kuasa dan memerintah. Kafir yang dimaksudkan adalah dia memerintah negaranya menggunakan sistem kafir, bukan sistem kenegaraan Islam. Syria atau Syam yang dimaksudkan adalah umum, iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya negara-negara Eropah, kerana Syam itu bersempadan dengan Rom pada zaman dahulu. Khalid bin Sufyan itu bukan namanya seperti yang biasa kita fahami, tetapi bermaksud negara-negara maju yang mencipta teknologi dan alat-alat baru (Khalid), dan mereka pula bersatu tenaga menentang Islam, selain mahu kekal memerintah dunia ini (Khalid), dan penduduknya selalu mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih (Sufyan). Atau mereka amat mementingkan kebersihan dan memakan makanan yang berkhasiat. 3.Berlaku peperangan yang berpunca dari puak Ibqak. Menurut para ulama, puak Ibqak ini adalah penduduk yang ada padanya warna putih dan hitam di Mesir. Secara realitinya mereka adalah golongan yang datang dari Asia dan dari Afrika. Mesir yang dimaksudkan bukanlah negara Mesir yang kita kenali, tetapi adalah lambang sahaja. Sebab Mesir itu adalah negara penghubung antara benua Asia dan Afrika. 4.Muncul pula puak Ashab. Ashab ialah satu puak yang kulitnya bercampur warna putih dan merah. Mereka adalah golongan yang datang dari Eropah iaitu orang yang kulitnya kemerah-merahan. Mereka bangun serentak menjadi satu kuasa dunia menjajah negara-negara di Asia dan Afrika, iaitu sewaktu penjajahan Eropah ke atas Asia dan Afrika sedikit masa dahulu. Mereka juga bersekutu (Ashab) dalam tindakan dan matlamat, juga bersekutu dalam menentang Islam. 5.Muncul puak A’raj iaitu satu puak yang ketuanya adalah seorang yang berjalan capik dan datang dari arah Maghribi. Mereka yang dimaksudkan adalah pasukan tentera yang datang dari Amerika Syarikat (disebutkan Maghribi). Capik yang dimaksudkan adalah banyak kelemahan dalam pasukan tenteranya dan di dalam negaranya, bukan capik anggota badan. Ia mengaku besar dan kuat sedangkan urusan dalamannya sendiri pun tidak terurus. Itulah capik yang dimaksudkan. Iaitu negara kuasa besar dunia yang pincang masyarakat dan pentadbirannya, atau negara yang lengkap peralatan perangnya tetapi tidak tahu berperang dengan sebenar-benarnya. 6.Berlaku peperangan antara semua puak berkenaan yang berlanjutan selama setahun dan kemenangan adalah di pihak tentera Sufyani. Perang yang dimaksudkan di sini ada dua iaitu Perang Dunia Kedua (1941-45). Puak Ibqak adalah gabungan Jerman dan Jepun (Ibqak) yang berjaya ditewaskan oleh pasukan as-Sufyani (Amerika) dan Ashab (sekutu di Eropah). Dan yang kedua ialah Perang Teluk (1991) iaitu antara Iraq (Ibqak) dengan Amerika (as-Sufyani) dan sekutunya Eropah (Ashab). Yang dilihat menang adalah tentera as-Sufyani (Amerika) dan yang dilihat kalah adalah puak Ibqak (Iraq). 7.Kemudian muncul pula seorang raja dari negeri Maghribi yang membunuh semua lelaki dan memperkosa wanita. Dia menunggu di bumi Arab untuk memerangi puak as-Sufyani sehingga segala harta bendanya dirampas. Raja yang dimaksudkan adalah Presiden baru Amerika Syarikat, yang meneruskan usaha mengepung dan menyekat Iraq sehingga negara dan rakyat Iraq menderita kesempitan hidup, ramai yang mati kebuluran atau kekurangan zat, begitu juga wanita dan kanak-kanak turut mati akibat sekatan yang dikenakan itu. Harta benda yang dimaksudkan itu adalah bahan-bahan makanan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Iraq, melainkan dengan dicatunya, dan kedua ialah sumber petroleum Iraq yang pengeluarannya amat dikawal oleh mereka. 8.Puak as-Sufyani meneruskan peperangan dengan puak Rom dan Turki sehingga berlaku berbagai-bagai penganiayaan dan kerosakan seperti perut perempuan mengandung dibelah dan kanak-kanak dibunuh. Kali ini as-Sufyani yang dimaksudkan adalah puak di Eropah Timur yang membunuh ramai umat Islam tanpa pilih kasih lagi. Rom dan Turki yang dimaksudkan adalah negara-negara yang pernah ditakluk oleh Kerajaan Osmaniyah dahulu termasuk di negara-negara bekas jajahan Rom yang pernah ditawan oleh Turki Osmaniyah. Mereka amat zalim sehingga perempuan mengandung dan kanak-kanak yang tidak bersalah pun turut dibunuh. 9.Orang-orang as-Sufyani terus-menerus memburu orang-orang Quraisy, menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Turki, di samping sebahagiannya menerima penyeksaan. Sebahagian yang lain pula berjaya melarikan diri ke Khurasan. As-Sufyani yang dimaksudkan di sini adalah puak Badwi dari Bani Saud yang menawan Hijaz termasuk Makkah dan Madinah. Mereka membunuh semua keturunan Alawi, Hasani, Husaini dan Hasyimi. Ramai yang lari menyelamatkan diri ke negara-negara lain seperti ke Afrika, ke Syria, ke Turki dan India. Ada yang berjaya diturut oleh mereka lalu dibunuh. Ramai yang menerima seksaan. Akhirnya Ahlulbait yang dimulia dan didoakan oleh seluruh umat Islam itu, berpecah-pecah ke serata tempat. Ramai yang mati dan ramai yang diseksa. Yang selamat tidak berani menonjolkan diri. Akhirnya pupuslah seluruh Ahlulbait daripada kota Makkah dan Madinah dan daripada kekuasaan terhadap umat Islam. Kaum Quraisy juga turut diturunkan daripada menjawat sebarang jawatan pemerintahan. Mereka kini menjadi orang biasa, dan dibiarkan begitu sahaja - tanpa jawatan, tanpa penghormatan dan tanpa pembelaan. 10.Dalam usaha memburu saki-baki lelaki Quraisy itu, tentera as-Sufyani yang berkuda menuruti hingga ke Khurasan. Mereka telah membinasakan banyak bandar dan membunuh beratus ribu manusia, termasuk kanak-kanak dan wanita. Khurasan yang dimaksudkan di sini adalah umum, ertinya jauh kerana Khurasan itu memang amat jauh pada pandangan orang zaman dahulu. Tentera berkuda itu bukanlah kuda yang ditunggang, tetapi kenderaan tentera yang lengkap dan moden. 11.Semasa sampai di Khurasan, keganasan dan kezaliman mereka bertambah dahsyat. Setiap keluarga Rasulullah SAW dan Bani Hasyim serta penduduk Khurasan yang melindungi akan ditangkap lalu dibunuh. Ini juga sudah berlaku di seluruh dunia Islam, sehingga orang yang berani mengaku dirinya sebagai Ahlulbait akan menerima seksaan, difitnah dan dipermalukan. Mereka sentiasa dipandang serong oleh pihak berkuasa. Keadaan ini berlaku selama beberapa tahun, yang disebut sebagai zaman fitnah terbesar dan terhebat, yang langsung tidak dapat dibayangkan kedahsyatannya oleh manusia pada zaman dahulu akan bentuknya. 12.Setelah berlaku keganasan, kezaliman dan fitnah yang besar itu, zahirlah Imam Mahdi dengan tujuan menghapuskan segala kezaliman dan peperangan yang sedang dahsyat dilakukan oleh puak-puak manusia yang memusnahkan bumi Tuhan ini. Memang Imam Mahdi zahir ketika manusia di seluruh dunia sedang berada di puncak penyelewengan dan kezaliman yang maha dahsyat itu. Zahirnya Imam Mahdi itu membawa cahaya baru yang bersinar terang di dalam hati setiap orang yang beriman. 13.Semasa huru-hara dan peperangan itulah, Imam Mahdi bersama-sama dua orang pembantu dan tujuh orang lain, melarikan diri dari Madinah lalu bersembunyi di Makkah. 14.Apabila dikhabarkan kedatangan Imam Mahdi ke Makkah, rajanya amat gembira. Kedatangan Imam Mahdi disambut dengan gembira dan diizinkannya tinggal di Makkah dengan aman. Asalnya begitulah yang berlaku, tetapi raja Makkah itu dihasut oleh syaitan dan ditakut-takutkan bahawa dia akan kehilangan kuasa pemerintahan kepada Imam Mahdi. Maka terlintaslah di hatinya untuk berbaiat kepada Imam Mahdi. Terfikir padanya bahawa dia sudah tidak ada jalan lain lagi, melainkan tunduk kepada Imam Mahdi. 15.Namun keadaan sebaliknya yang berlaku. Raja Makkah itu telah mengkhianati dan menipu Imam Mahdi. Dia berjaya juga ditipu oleh syaitan yang membujuknya dengan pelbagai perkara dan bayangan menakutkan. Dia cuba membunuh kedua-dua pembantu Imam Mahdi. Salah seorang daripadanya berjaya dibunuh di antara Rukun dan Maqam Ibrahim, manakala yang seorang lagi berjaya melepaskan diri lantas dengan segera memberitahukan hal ini kepada Imam Mahdi. Ini menyebabkan Imam Mahdi bersedih hati dan menyabarkan yang lain. 16.Imam Mahdi mengumpulkan jemaahnya untuk memerangi raja Makkah yang dimurkai oleh Allah dan segala isi langit itu. Imam Mahdi berkhemah di salah sebuah bukit di Taif. Perang pun berlaku dan Imam Mahdi berjaya membunuh raja Makkah yang zalim. Itulah perang pertama daripada enam peperangan yang lain yang akan dilaluinya kelak.
Tuesday, 5 June 2012
Monday, 20 February 2012
Monday, 25 April 2011
Risalah Anjung Dapur - Pasta Sloppy Joe Mac and Cheese
Risalah anjung dapur akan membawa para pengunjung sekelian mengenai resepi pasta, sebagaimana kita ketahui pelbagai jenis pasta yang dapat kita lihat, antaranya Bolognese, Alfredo, dan lain-lain lagi hidangan pasta ini yang pernah kita lihat. bagi masyarakat eropah italy sememangnya mereka ini senonim dengan pasta ini, tetapi bagi masyarakat arab, mereka juga mengemari pasta dan mudah didapati dipasaran. Pasta yang yang akan dihidangkan kepada anda adalah pasta Sloppy Joe Mac and Cheese. ianya tidaklah susah seperti yang kita sangkakan..cara-caranya adalah seperti berikut.
Bahan-bahannya :
* 1 (16 ons) paket elbow makaroni
* 1 kg daging lembu giling (mafrum)
* 2 biji tomato dipotong dadu
* 1 (6 ounce)tomato pasta atau sos pasta atau pizza
* 1 (1.3 ons) paket sloppy joe seasoning
* 1 / 4 cup mentega
* 1 bawang kecil dan setengah bawang besar, dicincang berasingan
* 1 / 4 cawan tepung gandum
* Mustard 1 sendok teh jenis kering
* 1 sudu teh garam
* 1 / 4 sudu teh lada hitam
* 3 cawan setengah-setengah
* 1 sudu makan sos Worcestershire
* 4 cawan keju diparut jenis Cheddar keju
Cara-cara adalah :
1. air didihkan beserta sedikit garam didalam periuk A sederaha besar. Letakkan makaroni didalam periuk tadi, dan masak selama 8 hingga 10 minit atau hingga masak.
2. Panaskan oven 375 darjah F (190 derajat C). serta pinggan casserole besar.
3. minyak dituang sedikit didalam periuk B dimasak bersama 1/2 bawang besar hingga kekuningan, tuang daging lembu dalam periuk di atas api sederhana dan ditambah air, masak hingga daging empuk. masukkan tomato yang dipotong dadu tadi, pasta tomato, 1 paket sloppy joe dan tambah sedikit lada. api dapur dibuka sederhana, biarkan ia mendidih selama 10 minit dan kering.
4.Sediakan mangkuk yang berasingan dan campurkan tepung, mustard, garam, dan merica didalam mangkuk tadi
5. Lelehkan 1 / 4 mentega didalam periuk C besar di atas api yang sederhana tinggi. Masukkan bawang kecil, dan masak hingga kekuningan. ambil campuran tepung tadi tuangkan setengah-setengah cawan berperingkat didalam periuk tadi sambil digaul. setelah bahan tadi likat tambah sos Worcestershire dan (masak selama 1 minit), hingga agak mengental. Padam api dan campur 3 cawan keju bersama pasta yang ditos ke dalam periuk C, gaul dan ratakan lapisan dengan sedikit sos.
6.Buat 3 lapisasn menggunakan 3 cawan apabila Transfer ke pinggan casserole. Lapisan bawah campuran daging tadi dgn satu cawan keju, lapisan kedua pasta. dan lapisan ketiga daging bersama keju.
7. Tutup, dan panggang 30 minit dalam ketuhar. Tanggalkan penutup, dan terus baking 10 minit, sampai kelihatan keju diatas lembut.
Tuesday, 19 April 2011
Risalah Anjung Dapur - Nasi Maqlubah
Nasi Maqlubah, tidak asing lagi bagi masyarakat arab disamping baryani, kabsah dan lain-lain lagi. Apa yang menarik bagi maqlubah ini berbanding dengan baryani adalah, nasinya menggunakan rempah berlainan seperti Kabsah, kari dan lain-lain lagi serta caranya dihidang. Langkah-langkahnya seperti berikut.
Bahan-bahan:
3 gelas beras Basmati atau beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar
1 bunga kobis (zahri)
3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
#kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.
Cara-cara:
1. Basuhkan beras.
2. Rendam beras selama 20 minit.
3. Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
4. Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
5. Sementara itu panas air setengah periuk besar.
6. Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
7. Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
8. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
9. Rebus ayam tersebut hingga masak.
Sementara itu...
1. Kupaskan kulit terung.
2. Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
3. Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
4. Kupas kentang.
5. Potong kentang 1/2 inci tebal
6. Potong bunga kobis.
Panaskan minyak.
Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.
Sementara itu...
1. Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
2. Gaul beras denga sedikit garam.
3. Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
4. Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
5. Biarkan seketika.
6. Sediakan periuk di atas api.
7. Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
8. Masukkan ayam (dari sup)
9. Masukkan 1/4 beras di atas.
10. Masukkan terung goreng.
11. Masukkan1/4 beras.
12. Masukkan kentang goreng.
13. Masukkan 1/4 beras.
14. Masukkan bunga kobis goreng.
15. Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
16. Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.) Masak di atas api sederhana atau di dalam rice cooker.
Selepas masak semuanya nasi tadi, perlulah ditelangkupkan periuk tadi didalam bekas atau talam yang bersesuaian, ini kerana bersempena dengan nama maqlubah yaitu diterbalikkan atau ditelangupkan. Tapi ianya adalah adat bagi masyarakat arab untuk dihidang dan dijamah beramai-ramai. Sekian Bittaufiq Insyaallah.
Wednesday, 13 April 2011
Risalah Fiqh - Hukum Khuluq
PENGERTIAN TUNTUTAN CERAI
Tuntutan cerai, dalam bahasa Arab disebut Al-Khulu. Kata Al-Khulu dengan didhommahkan hurup kha’nya dan disukunkan huruf Lam-nya, berasal dari kata ‘khul’u ats-tsauwbi. Maknanya melepas pakaian. Lalu digunakan untuk istilah wanita yang meminta kepada suaminya untuk melepas dirinya dari ikatan pernikahan yang dijelaskan Allah sebagai pakaian. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Mereka itu adalah pakaian, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka”(Al-Baqarah : 187)
HUKUM AL-KHULU’
Al-Khulu disyariatkan dalam syari’at Islam berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khuatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami-isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zhalim’ (Al-Baqarah : 229).
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.
“Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya berkata ; “Wahai Rasulullah, aku tidak membenci Tsabit dalam agama dan akhlaknya. Aku hanya takut kufur”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Maukah kamu mengembalikan kepadanya kebunnya?”. Dia menjawab, “Ya”, maka dia mengembalikan kepadanya dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya, dan Tsabit pun menceraikannya” (HR Al-Bukhari)
Demikian juga kaum muslimin telah berijma’ pada masalah tersebut, sebagaimana dinukilkan Ibnu Qudamah (3), Ibnu Taimiyyah (4), Al-Hafizh Ibnu Hajar (5), Asy-Syaukani (6), dan Syaikh Abdullah Al-Basam (7), Muhammad bin Ali Asy-Syaukani menyatakan, para ulama berijma tentang syari’at Al-Khulu, kecuali seorang tabi’in bernama Bakr bin Abdillah Al-Muzani… dan telah terjadi ijma’ setelah beliau tentang pensyariatannya. (8).
HUKUM AL-KHULU(9)
Menurut tinjauan fikih, dalam memandang masalah Al-Khulu terdapat hukum-hukum taklifi sebagai berikut.
(1). Mubah (Diperbolehkan).
Ketentuannya, si wanta sudah benci tinggal bersama suaminya kerana kebencian dan takut tidak dapat menunaikan hak suaminya tersebut dan tidak dapat menegakkan batasan-batasan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ketaatan kepadanya, dengan dasar firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami-isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya” (Al-Baqarah : 229)
Al-Hafizh Ibnu Hajar memberikan ketentuan dalam masalah Al-Khulu ini dengan pernyataannya, bahawasanya Al-Khulu, ialah seorang suami menceraikan isterinya dengan penyerahan pembayaran ganti kepada suami. Ini dilarang, kecuali jika keduanya atau salah satunya merasa khuatir tidak dapat melaksanakan apa yang diperintahkan Allah. Hal ini boleh muncul kerana adanya ketidaksukaan dalam pergaulan rumah tangga, boleh jadi kerana jeleknya akhlak atau bentuk fiziknya. Demikian juga larangan ini hilang, kecuali jika keduanya memmerlukan penceraian, kerana khuatir dosa yang menyebabkan timbulnya Al-Bainunah Al-Kubra (Perceraian besar atau Talak Tiga) (10)
Syaikh Al-Bassam mengatakan, diperbolehkan Al-Khulu (mintak cerai) bagi wanita, apabila si isteri membenci akhlak suaminya atau khuatir berbuat dosa kerana tidak dapat menunaikan haknya. Apabila si suami mencintainya, maka disunnahkan bagi si isteri untuk bersabar dan tidak memilih perceraian. (11).
(2). Diharamkan Khulu’, Hal Ini Kerana Dua Keadaan.
a). Dari Sisi Suami.
Apabila suami menyusahkan isteri dan memutus hubungan komunikasi dengannya, atau dengan sengaja tidak memberikan hak-haknya dan sejenisnya agar si isteri membayar tebusan kepadanya dengan jalan tuntutan cerai, maka Al-Khulu itu batil, dan tebusannya dikembalikan kepada wanita. Sedangkan status wanita itu tetap seperti asalnya jika Al-Khulu tidak dilakukan dengan lafazh thalak, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian kecil dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata” (An-Nisa : 19) (12)
Apabila suami menceraikannya, maka dia tidak memiliki hak mengambil tebusan tersebut. Namun, bila isteri berzina lalu suami membuatnya susah agar isteri tersebut membayar terbusan dengan Al-Khulu, maka diperbolehkan berdasarkan ayat di atas”
b). Dari Sisi Isteri
Apabila seorang isteri meminta cerai padahal hubungan rumah tangganya baik dan tidak terjadi perselisihan maupun pertengkaran di antara pasian suami isteri tersebut. Serta tidak ada alasan syar’i yang membenarkan adanya Al-Khulu, maka ini dilarang, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Semua wanita yang minta cerai (mintak cerai) kepada suaminya tanpa alasan, maka haram baginya bau syurga” (HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad, dan dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam kitab Irwa’ul Ghalil, no. 2035)
(3). Mustahabbah (Sunnah) Wanita Minta Cerai (Al-Khulu).
Apabila suami berlaku mufarrith (meremehkan) hak-hak Allah, maka si isteri disunnahkan Al-Khulu. Demikian menurut madzhab Ahmad bin Hanbal.
(4). Wajib.
Terkadang Al-Khulu hukumnya menjadi wajib pada sebagiaan keadaan. Misalnya terhadap orang yang tidak pernah melakukan shalat, padahal telah diingatkan
Demikian juga seandainya si suami memiliki keyakinan atau perbuatan yang dapat menyebabkan keyakinan si isteri keluar dari Islam dan menjadikannya murtad. Si wanita tidak mampu membuktikannya di hadapan hakim peradilan untuk dihukumi berpisah atau mampu membuktikannya, namun hakim peradilan tidak menghukuminya murtad dan tidak juga kewajipan bepisah, maka dalam keadaan seperti itu, seorang wanita wajib untuk meminta dari suaminya tersebut Al-Khulu walaupun terpaksa menyerahkan harta. Kerana seorang muslimah tidak patut menjadi isteri seorang yang memiliki keyakinan dan perbuatan kufur.